Search This Blog

Sibuk!


Sibuk..

Bila kau sibuk..

Kau tak kesah pasalku..

Perasaanku, permintaanku, keinginanku, kesedihanku,

Semua terpaksa diketepikan dulu..


Bila ku sibuk..

Ku layan panggilanmu..

Ku balas SMS mu..

Kebahagiaanmu, kegembiraanmu, kesedihanmu, tawamu,

Semua kudahulukan..

Apa yang lagi penting dari dirimu..


Apa yang lagi penting bagimu..

Mulut kata aku..

Tangan kata kerja..

Hati tak siapa yang tahu..


Bila tangan buat kerja,

Mulut kata aku,

Apa yang mereka nampak?

Pastinya perbuatanmu…

Kerana…..kata hanya boleh didengar…bukan dilihat…

Apa yang lagi penting bagimu…


Sibuk..

Bila kau sibuk..

Kau mintaku faham..

Kau mintaku tunggu..


Bila ku sibuk..

Kau merengek manja..

Kau mahu itu..

Kau mahu ini..

Sedangkan kau tahu itu kelemahanku..

Jadi aku tetap layanmu..


Bila kau lapang..

Kau harap aku sentiasa penuhi masa mu..

Walaupun kau mengguris hatiku..

Walaupun aku sedang sibuk..


Bila ku lapang..

Kau harap aku fahami kerjamu..

Kau harap aku fahami keletihan..

Kau harap aku besarkan hatiku..

Kau sakit..

Kau tak larat..

Nak layan aku tak sempat..

Apatah lagi nak balas SMS ku...


Kenapa kau sanggup bersakit bila perihal kerjamu?

Kenapa kau tak sanggup temanku sepanjang jalan pergi?

Kenapa kau cepat sembuh bila berkaitan dengan kerjamu?

Kenapa kau tak dapat bersengkang mata keranaku sepanjang jalan pulang?


Kau boleh biarkan aku mengubat hatiku sendiri...

Tapi ia membolehkan aku tertekan...

Dan terus tertekan...

Dan terus terpendam..

Dan terus mati...


Mati dalam dakapan sendiri...


Selasa, 29 Jun 2010, 4.51pg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: