Search This Blog

Cari nahas!


awal pagi ni, aku bangun secara tersentap. tak tahu la kenapa. tapi yang aku ingat, aku mimpikan seorang artis yang desperate nak jual album dia... aku yg baru masuk ke company tu, mendapat task utk lariskan album dia. sambil diterangkan hal2 album tersebut, aku juga diugut jika tak dapat lariskan album tersebut.

celik mata, sakit leher. bantal tinggi sangat. kepala pening, nafas panas dan jiwa kaco...hr agak lewat dan pelik.sbb aku org pertama siap dlm rumah sewa aku. biasanya aku last. sbb aku driver. mataku takleh bukak besar2..pedih sgt. aku breakfast depan rumah, sambil pakai spec mata. macho gitu! berger dari kedai tu dlm jam 820 cenggitu. biasalah...kalau gerak lebih jam 8, konfirm sangkut dgn jammed. dgn ngantuk nye, aku kerahkan keringat utk sampai ke ofis.

sampai ofis, br duduk. masuk plak staf baru. wah! hebat org dia. itu pandangan pertama aku. mana tak nya, 6tahun experience.as a software developer. technician support ntah brp puloh tahun ntah. aku pun terang pada dia siapa aku di ofis ni. eh! soklan bangsat dia yg pertama, pasal laptop. laptop ni power tak?leh tampung sofware developer tak?

bila dia dah tanya mcm tu, aku pergi ke pandangan ke dua aku. dia ni takdela hebat mana.sbb dia ni berlagak. aku terus setupkan laptop dia..sedikit problem berlaku, tp aku selesaikan dgn sebelah tgn je. mcmn?tutup suiz...wakakakkaa

bukan aku taknak bg ko laptop woi!! company ni yg xde duit nk beli baru.. so ko kena la bersyukur. tak pandai syukur tul. company lain tu, dah la xde laptop. ada PC pun berkongsi.tau x!dia ni mmg tak pernah susah kot. dari mula masuk, sampai sekrg, 3jam dia br dtg, dia dah ckp sama bnyk dgn aku ckp sepanjang aku kerja kat sini. dia ckp semua ilmu komp dia.. bunyi macam hebat. mana yg aku leh amik, aku akan gunakan..mana yg aku rasa kosong, aku campak ke dalam tong sampah.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

YB Muda!


Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu terdapat seorang raja yang sangat terkenal dengan sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati.Raja yang bernama Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu amat di sanjung tinggi oleh rakyatnya.

Pada suatu hari ramai wakil-wakil dari jajahan takluknya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan di jajahan masing-masing. Jajahan Hijaz, iaitu satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu.

Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya.Setelah semua hadir, maka salah seorang pegawai istana mempersilakan baginda raja bertitah. Setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.

Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap, tetapi apabila baginda ternampak wakil itu bangun untuk berucap, maka Khalifah Umar pun bertanya

“Hai, budak biarlah orang tua berucap dahulu”.Mendengar teguran khalifah itu maka budak itupun menjawab

“Ya, Amirul Mukminin, sekelian manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya.Maka apabila Allah telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara.Jika dipandang dari segi umur sahaja ketahuilah wahai Amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta Paduka Tuanku itu”.

Mendengar saja balasan percakapan wakil dari Hijaz itu, baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan keterlanjurannya.

“Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu?” titah raja itu.Lantas budak itupun meneruskan ucapannya.

“Ya, Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami sekelian adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelekaan. Kami ke mari bukan mengadukan hal negeri kami yang tidak aman tetapi kami ke mari kerana kami telah merasa nikmat keamanan hidup mewah di bawah naungan tuanku yang adil. Kami sekelian telah memperolehi apa yang kami pohonkan”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz berasa pelik melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai wakil negerinya.

Lalu bagindapun bertanya “Berapakah umurmu hai wakil yang bijaksana?”.

“Sepuluh tahun tuanku.”

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

malang untuk 29 mei!

hari ini aku akan pulang ke kota metropolitan yang sesak lagi membosankan. belum selesai masalah yang aku bawa balik dari KL....masalah baru muncul...dahla kerja tak sempat nak siap. pulang ke KL dgn banyak kerja juga.

dalam 3 hari aku berada di kampung halaman ni, macam2 berlaku. pergolakan hati, tuntutan jiwa, keinginan nafsu dan juga ketahanan iman.. semua aspek ini telah menguji aku. dari setiap sudut tak kira masa dan tempat. ia cukup membuatkan aku lemah dan menangis seorang diri di atas tikar. entah mengapa baliknya aku kali ini, merasakan wujudnya ruang kosong disekeliling aku. tambahan lagi, semalam tanggal 29 mei 2010, aku dapat isytiharkan bahawa hari paling malang untukku.

bukan aku tak cuba utk menceriakan hr semalam ku. tapi, penutupnya tetap sedih. mengapa harus terjadi pada diri aku? sesungguhnya aku redha dengan ujianMu kerana aku tahu Kau takkan mengujiku lebih drpd yg aku mampu tampung. tapi, kenapa ia berlanjutan? dan kenapa saat ini?adakah Kau mahu memberi 1 petanda kepada ku bahawa sesuatu bakal berlaku kelak?

musim cuti sekolah telah sampai. ini bermakna musim kenduri akan bermula. jika dahulu, aku hanya menghadiri majlis rakan ayahku sahaja. tapi kali ini, aku sudah mula hadir majlis rakanku sendiri yang kawin. sudah ramai melangkah masuk ke alam melengkapkan diri itu. biarpun disekolah dahulu, akulah yang terkenal dgn pelajar kasanova, ada makwe dsgnya.. tapi orang yang tangkap aku dating yang kawin dulu. aku?bila lagi? insya Allah. ada rezki, adalah.

menjadi kewajipan bg mereka menjemput rakan2 seperjuangan untuk hadir ke majlis mereka. jadi tidak hairanlah jika berlakunya pertindihan jadual. kalau dekat, masalah itu dapat diselesaikan. tetapi jauh. ia membuatkan aku konflik utk memilih, kemana harus aku pergi. 2 2 biji rumah penting. nak pergi 2 2 pastinya tak sempat. ditambah pula dgn masalah kewangan yang aku hadapi. ia membantutkan aku untuk pergi bebas. biarpun hati aku berat utk hadir ke perkahwinan si A... tp, selepas melihat kad jemputan si D, aku sudah merasakan sebutir serba salah didalam hati ini. kemana aku harus pergi? adakah aku pergi ke majlis mereka, mereka akan hadir ke majlis aku nnt? seperti aku menghadiri majlis konvo mereka, tetapi mereka tak hadir pun ke majlis konvo aku. benar kata2 seorang penulis blog.. kenapa rakan yang kita bantu selama ini, hilang bila kita punyai masalah? knp ini berlaku?susah betul nak cari rakan yang sanggup bersama kita.

belum selesai masalah itu, timbul pula masalah baru. antara kereta dan kamera, manakah yang lebih penting utk aku gunakan duit itu? baiki kereta...atau kamera yg sudah lama aku idamkan?



p/s : suatu ketika dahulu, aku berhajat utk memakai pakaian seperti ini utk majlis penganugerahan seseorang. tapi semua itu tinggal kenangan. aku dikhabarkan berita sedih yang aku tak dapat menyertai beliau. tahniah utk DIA!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penjara Janji!


kalau entri b4 this aku cite pasal janji...kali ni aku nak bg lagu janji plak...

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi

dulu aku suka jg nak nynyi lagu ni..al maklumla....dulu pengaruh filem kuat..asal feeling je, terbayang ada background lagu kat belakang...lagu ni la menjadi salah satu pilihan aku...heheheh

malam ni suram jer...dari luar rumah...hujan..sampai ke dalam hati aku..betul kata orang...rambut sama hitam...hati lain lain..tak semestinya org yang kita cinta, faham kita 100%..walaupun dia asyik bising dah faham kita 100%, dan diackp kita yg tak faham dia...sebenarnya dia tak faham kita pun..yg kita faham dia..so kita hanya mampu, berfikir yang dia hanya pandang dari suatu sudut yg dia boleh pandang..kita jgn paksa dia pandang dr sudut kita. sbb pastinya belum tentu dia mampu utk mengecapinya..

justeru dengan itu, lebih baik kita mengalah..sblum kita tersungkur di pintu syurga..pastinya kebenaran akan muncul suatu hari nanti...biarpun dia rasa tak dihargai..suatu hari nanti, dia akan tahu betapa aku hargainya selama aku hidup dgn dia...biar dia dgn labu2 nya...asalkan aku masih dijalan aku...ini saya...ini aku....haaa itu baru kamu....

p/s : hati yang luka, dan sarat dgn kesakitan, nak buat mcmn? hey...sendiri mau ubat la...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Janji!

Tibalah kita
Di penghujung persimpangan

Di penghujung jalan cinta

Kita berdua...


Terpaksa ku relakan
Tak daya ku halangkan

Kerna ku tahu cintamu

Bukan lagi milikku...


Menanti hatimu

Kembali padaku

Menanti purnama

Jatuh ke riba

Beratnya dimata, sebaknya di dada

Melihat kau bersama dirinya


Gadisku... yang ku pinta hanyalah satu

Semadikanlah kenanganmu bersamaku

Walau ditakdirkan tak bersama lagi

Kau gadis pertama yang ku cintai


Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi

Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi

Lihat ke mataku, lihatlah padaku

Lihatlah airmata di mataku... kerna mu


Kau pernah berkata

Cintamu adalah selamanya

Rambulan menjadi saksi

Janji tinggal janji


Kata pada diri ini

Di mana kan ku cari ganti

Gadis seistimewa

Senyumanmu penawar... hati duka


Takkan ku rayu

Kembali padaku

Walau dihatiku

Terasa rindu

Beratnya dimata, sebaknya didada

Mengapa sanggup diriku kau luka


Gadisku... yang ku pinta hanyalah satu

Semadikanlah kenanganmu bersamaku

Walau ditakdirkan tak bersama lagi

Kau gadis pertama yang ku cintai


Oh kasih... sebelum kau melangkah pergi

Ke pangkuan teman baru yang kau sanjungi

Lihat ke mataku, lihatlah padaku

Lihatlah airmata di mataku... kerna mu


Hey gadis... kadang kala ku terfikir sendiri

Dimanakah kesilapan ku ?

Semakin ku cuba, semakin jauh kau dari ku

Jauh dari ku...

Beratnya dimata, sebaknya di dada

Mengapa sanggup diriku kau luka



Janji tinggal janji...itula tajuk lirik yang dicipta dan dinyanyikan oleh adik beradik jutawan belia, KRU. biarpun ku pelat semasa kecil menyebut nama kump korang, aku masih segar igtnku akan lirik2 bait2 lagumu....hehhehe

hari ni nak cerita pasal janji... janji adalah sebuah ikatan. bukan cinta je menjalinkan ikatan...janji pun ada..bila kita dah berjanji...kot mana pun pergi, janji mesti ikut.. bila tak buat janji tu, itulah yang dinamakan janji tinggal janji... lebih teruk lagi, apabila kita mengasume(menganggap) orang yg berjanji tu, takkan laksanakan janjinya. contohnya mcm ni...

menjelang pilihan raya...sesebuah party akan memuntahkan manifesto mereka dan menabur janji mereka untuk itu dan ini. jika mereka menang, mereka akan laksanakan...lambat atau tak, itu tidak termasuk dalam manifesto..asalkan buat dalam tempoh pemerintahan... bila dah tamat tempoh pemerintahan, tak buat jg..itu barulah dinamakan JANJI TINGGAL JANJI... berdosa! sebagai rakyat yang rakus, tak leh sabar, mereka akan cepat melatah dan menyalahkan org yg dah menang tapi tak tunaikan perjanjiannya itu lagi... lebih2 lagi org tu senyap jer. dah hantar surat, memo, tetap tak reply rintihan rakyat tersebut. sedangkan sikitpun org tak fikir masalah yang berlaku pada orang tu.. apa yang berlaku pada org tu...apa dia buat.. yg kita tahu, melatah dan menyalahkah serta menuding puding...eh menuding jari ke arah si pejanji. tanpa usul periksa. mana tahu dia tunggu duit lulus ke. atau dia mencari kontraktor yg bagus ke. kita mana tahu... lebih teruk lagi...apabila tempoh tak habis lagi...rakyat beralih arah kepada janji dengan org lain.... sungguh sadis... atas alasan, "daripada tak dapat lgsg, baik cari janji lain. ", mereka cari janji lain.. tak terpkir ke yg org tu tgh berusaha. org tu dah la dilantik oleh rakyat sendiri. tp kamu tak percaya. bukannya taknak bg masa. bagila masa.. lama tempoh utk dia buktikan janji itu. kenapa kita yang sudah memilih dia, tidak menyokong dia pula? knp?

lainla la kalau dah tamat tempoh, dia masih tak tunaikan janji dia...itu br la kita leh ngamuk. demonstrasi suruh letak jawatan pun xpe. ini tak...belum tamat tempoh, dah cari janji lain...

pendek kata...jika dah janji, tunaikan. pejanji mesti berusaha tunaikan. penejanji(penerimajanji) perlu sabar. barulah janji tak tinggal janji...kalau janji tinggal janji...sian janji kedua tu kena tinggal...dah la kena tinggal...disisihkan pula tu. sape yg salah? mereka dan keluarga mereka...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf!

hari ini dalam hot fm, menceritakan tentang KECOH...mana lagi kecoh antara lelaki dan perempuan? bnyk panggilan masuk memberikan pandangan. yang laki cakap perempuan lagi kecoh...yang perempuan cakap laki lagi kecoh...ada juga perempuan cakap mmg perempuan yang kecoh daripada lagi... aku tertarik dgn 1 panggilan. dia cakap, kajian mengatakan bahawa purata kematian antara lelaki dan perempuan ialah, lelaki akan mati dalam 80tahun manakala perempuan akan mati pada usia 85tahun. kenapa lelaki mati awal daripada perempuan. kerana lelaki tertekan dengan kekecohan yang dilontarkan isteri. maka lelaki mudah dapat sakit jantung. cepat mati. kenapa perempuan mati pada 85tahun? sebab selama baki 5tahun tu la, wanita tiada tempat nak berleter.. relex sket. tak tertekan utk berleter. statement dia sungguh lawak. apapun....ajal maut ditangan Tuhan. baru lahir pun boleh mati. tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, jika ajal dah sampai, ia tidak lewat sesaat, tidak lebih sesaat.

tu sekadar mukaddimah pd entri pada kali ini. hehhee hr ni aku nak cite pasal MAAF.
Susah sangat ke nak mohon maaf? tahukah anda dengan memohon maaf, marah seseorang akan melebur? tak kira salah siapa, alangkah indah jika kita yang mohon maaf dahulu. aku seorang yang susah memohon maaf. tetapi, aku belajar sesuatu dari ibu aku.

dulu...masa aku kecik, even badan aku besar, aku tetap memilih dalam bab makanan ni. suatu pagi, mak aku menggoreng semula nasi briyani malam tadi. ntah kenapa tekak aku pg tu, tak dpat terima nasi briyani goreng tu. aku pun mengamuk dengan menolak sendikit pinggan tu sambil berkata

"adik tak suka nasi briyani goreng pagi2 la!"

mak aku membalas "makan la.sedap tu.makan panas2 la best. nah telur goreng"

telur tu tak dapat menawan hati aku. aku terus merajuk dan berkata "tak nak...xpela. tak payah makan. biar lapar je kat sekolah nnt."

mak aku dtg pada aku, merampas pinggan yang ada didepan aku tu, lalu mencampakkan ke dalam tong sampah. tersentap seketika aku. mata aku dah mula berair. sambil hati aku melonjak marah akibat kelaparan. aku bangun dan berlalu dari dapur tu. tak sengaja melanggar kerusi, menampakkan ia seperti aku mengamuk. tak lama selepas itu, kedengaran bunyi ketukan yang amat kuat. aku masuk dalam bilik, amik beg sekolah, lalu pergi ke sekolah. air mata terus mencurah.

balik petang tu, aku terus ke dapur, mencari makanan mungkin sepotong roti utk mengalas perut sebelum makan malam. ketika itu mak aku belum balik kerja lagi. abah aku yang turut serta dalam acara makan roti tu, tiba2 melemparkan soalan smart pada aku...

"ni apsal kuali ni dalam tong sampah?berlubang lagi..."

fikiran aku teruuuussss melayang kepada bunyi ketukan pg td.. berair semula air mata aku melihat kuali berlubang dalam tong sampah tu. dengan perlahan aku bersuara menjawab pertanyaan abah tu...

"mummy marah sbb adik taknak makan nasi briyani goreng"... bapak aku hanya tersenyum p.ramlee....heh!

aku terus masuk dalam bilik..menangis..dan letih nangis, dengar bunyi kereta. tandanya mak aku sudah pulang dari kerja. aku pun kluar dari bilik. bukak tv. layan cite kartun. ahaks!nama pun budak2. nasib baik takde astro lagi masa tu. kalau tak, konfem bukan astro ceria. sebaik tv dibuka, aku leka dikerusi.ditambah sedikit kemanjaan anak bongsu dan keegoan seorang lelaki macho ketika itu, aku lupa utk memohon maaf pada mak aku. mak aku masuk rumah terus duduk sebelah aku.

"nak join tgk kartun ke mummy ni?"..bisik hati aku.
"adik marahkan mummy ke?" alamak! ape mummy cakap ni....terkejut aku.bila masa aku marahkan mak aku.
"mummy mintak maaf ye.esok mummy masak yang lagi sedap.ok?" tersentap hati aku, automatik mata aku berair, dan secara kinestetiknya, tangan aku memeluk mak aku.

"tak..sepatutnya adik mintak maaf kat mummy.mummy dah masak letih2.tapi adik taknak makan." adegan drama sudah bermula. kartun entah kemana...ego entah kemana...marah pun ntah kemana... yang lebih menyayat hati tu, aku buat salah, mak aku yang mintak maaf. mummy..adik sayangkan mummy.. u r the best mom that i ever have.. taknak ibu lain dah!taknak ibu tiri...hehhehe so abah no chance kawin lain..hahahha

peristiwa itu mengingatkan aku bahawa, maaf boleh meleburkan kemarahan seseorang. tapi tak semestinya mohon maaf boleh selesaikan segalanya. kadang2 jika orang tu asyik buat salah jer. terpaksa la kuar ayat "tiada maaf bagimu".

memetik sedikit daripada sebuah sumber : Memaafkan: Sentiasa menjadi orang pertama meminta maaf. Ini mungkin sukar bagi anda terutama apabila anda tahu anda tidak bersalah. Tetapi jika anda ingin menjayakan perhubungan, telan sahaja ego anda, dan minta maaf, terutama kepada ibu bapa anda, suami, isteri atau kekasih anda. Apabila anda memaafkan secara rela, orang lain akan bersedia memaafkan dan mungkin meminta maaf dari anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

SO, SUSAH SANGAT KE NAK MOHON MAAF?

p/s : kuali berlubang tu, diketuk semula malam tu, dan ada sampai sekrg. masih diguna. :D

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bengang~!!!


hari ini hari agak bengang, suram dan ntah ape negatif ntah lagi.... bermula dgn tidak dpt tdo mlm td... dikejutkan lagi dgn bau asap fogging disubuh hari... bak kata naim, ada bagus dan ada bangangnye org fogging pagi2 ni...yg pertama, bagus! sbb dia kejut subuh... yang kedua, bangang! sbb dia leh membunuh org.. mana tak nye, xleh bernafas dibuatnya..pagi2 dah bengang...cukup disitu...

tak cukup dengan itu, ontheway nak gi keje, ada pulak kereta yang mencabar kewibawaan aku sebagai pemandu drift jengka.... tau la besar...kaya plak tu...kalau aku kaya aku langgar je kete ko..dpt EL..tp oleh sbb aku tak kaya..ditambah dengan perasaan bertimbang rasa...aku hanya menyumpah seranah je pada kau...lalu aku kembali memandu seperti biasa...

nasib baik sampai parking, HOT.fm punya panggilan hangit mcm sial lawak dia...terubat sket kesedihan dan kebengangan aku... aku pun park kereta...berjalan naik ke ofis. mcm biasa,singgah dahulu dia restoran yaqin curry house. 1 1 nye mamak Islam yang diyakini di phileo ni. walaupun nama restoran ada perkataan curry...setitik pun xde masakan curry dlm kedai tu... niat hati nak jamah nasi goreng sbb jiwa tgh bengang..of coz lapar...tapi, potong!sbb nasi goreng dia lembik..mcm tukang masak dia.. cuba mengubah selera aku kpd kueh tiaw goreng, aduuuhhhh! bnyk giler minyak...rockmin and diego, layan nasi lemak..ah!sudah lama aku tak makan nasi lemak. itu tidak boleh dijadikan alasan utk aku memecahkan rekod tak makan nasi lemak...bukan sebab ape. nasi lemak tu terlalu sedikit. tak sempat aku berlapar sampai ke ptg. nnt tghr aku dah nak makan..mana nak cekau duit...oh tidak...lalu aku terus senduk semua makanan yg ada.. cukup untuk aku tahan sampai petang.. tp tak sedap punya pasal,makanan tu and hati aku ni...tak habis dan air pun tak habis..

hari ini punya kerja mcm $%^&*&^%$ . fully ngadap laptop. tak sempat siap 1 PC...dpt 2 laptop utk diformat. kalau diorg ni jenis simpan driver...xpe..ni aku yg kena cari sendiri..attoooiiiii....

sehingga sekrg, jam 625ptg, aku masih buat keje...sambil berblog..erm...sambil tgk kambeng kena tengking dengan pihak HLB...berubah jg suara....hehhee serontot...serontot....

p/s : balik ni nak lepaskan tensen!lebai ajak gi karok...tp duit takde..mcmn ni.....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih Di Ofis~!!!

hari ni ntah mana datang semangat aku nak keje lebih masa..walaupun tak dibayar gaji lebih utk menampung perbelanjaan aku membeli DSLR.... maybe sbb aku nak relak sket esok... atau hati aku yang terusik...aiseh!macam novel yg sedang dibaca nurlina plak... ape2 pun.... malam ni, aku nak melantak bnyk makanan...tapi.....aku takde duit...mcmn?keinginan tinggi........ dengan meja yang serabut.....laptop yang bersepah...



aku gagahkan untuk siapkan kerja aku...sambil menulis blog ni skali....kalau rumahku dekat...maybe jam 6 aku dah balik dah...kejarkan rancangan 630ptg setiap hari isnin hingga khamis...dulu adamaya...kejar jg...tp bila adamaya@shako86 telah berbaik budi menguploadkan rancangan itu....terus aku tak kejar2...download sudah..tapi....kalau kluar ofis jam 6...paling awal 645ptg br sampai rumah...tp kalau balik jam 730mlm....kul 750@8mlm dah sampai...magik tak magik tak magik tak(baca dgn intonasi eric leong-casa impian)

hari ini, aku cuba utk tidak berbalah dgn dia....walaupun tersasul seketika kemarahan aku kepada dia...mana tak nye...dia buat perangai lama dia semula...so tatkala aku dapat mengawal kemarahan aku....aku terus menasihati dia...memandangan aku perlu memperlihatkan contoh ketua keluarga...aisheh!(muka dah merah)....so aku kawal...aku ubat sendiri...aku nasihati dia....moga2 niat suci murni aku ni....dapat mengubah dia drpd tak baik...kepada lebih baik...

P/s : segak juga aku berpakaian pejabat..patutla si nunu minat aku....ahaks!aummm love u too syg..muahh..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

| h.i.d.u.p | t.a.n.p.a | d.i.a |

hari ni aku tak cukup tdo.. semuanya gara2 HATI...bila hati tak tenang, nak solat pun tak kusyuk...bila tak khusyuk, mulalah si setan tu dtg hasut..haihhh bila setan dah hasut...mulalah nak buat bende jahat..bila buat keje jahat nnt, sah2 tak tenang...

"dia" yg dimaksudnya itu bukan Tuhan...mana leh hidup tanpa Dia...Dia the Greatest ma..yg mencipta kita...yg memberi kita peluang pada kita utk hidup....

"dia" yg dimaksudnya itu bukan jg nurlina wahab...mana leh hidup tanpa dia...she is the best i ever have...(betul ke ayat english aku ni?)

"dia" yg dimaksudkan ialah F.A.C.E.B.O.O.K...dulu aku pernah hidup tanpa fb ni..ketika itu, layan frenster...myspace pun bukak tutup...lepas ada fb...sekitar mac 2008 aku daftar...terus aku dengan fb...dulu nak jg layan fb n frenster..tp tak larat...so tutup semua, tggl fb jer..

awal tahun dulu aku pernah tutup fb aku sekejap..hampir sebulan...lagi beberapa hari nk genap sebulan...kalah dgn godaan...hehehhe isnin lepas aku tutup lg fb aku..knp?biarlah rahsia..heheheh aku leh ckp aku bz dgn keje aku jer.

persoalannya....boleh ke aku hidup tanpa fb?aku bnyk pic2 yg aku edit nak upload kat fb.. semuanya tergantung...nk pakai flickr, cam tak best...dah ade account...dah ada pic langsung...tp sekali je update...wakakaka fb ni senang sket nk update...upload pun senang..

sejak aku takde fb ni...aku rasa macam terputus hubungan je dgn kawan2..tak tahu diorg buat ape...jemputan kawin ke...plan ape2 ke...semua terputus...sedar2 dah buat keputusan tanpa tanya aku dahulu...mulalah rasa sakit hati...nak marah karang, batal puasa...wakakakaka

pastu ada plak ckp aku buang kawan...sbb tgk kat fb org lain, ada lagi nama aku. PENGUMUMAN : AKU DAH TUTUP AKAUN FB, SO KALAU ADA NAMA AKU KAT MANA2, ITU KITA PANGGIL FB FAULTY...aku tak pernah buang kawan dr fb ok...aku dibuang ada la...(sape makan secret recipe, dia la yg rasa king confect)

persoalannya, boleh tak aku jadikan blog mcm fb? lagipun bukankah blog ni dulu tmpt org tulis mcm tulis dlm diari tu?leh tak aku update entry mcm aku update status fb?leh tak?upload gmbr..ofcoz la leh...main game?sah2 takleh...lagipun aku tak suka dah main game fb...erm..pening2....apa yg perlu aku buat skrg ni?

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

| m.a.s.a.k |

sudah lama aku tidak ke dapur..bukan maksud aku tak ke kawasan dapur. tiap2 hari lalu. nak gi toilet je mesti lalu punya. maksud aku, memasak. semalam, tanggal 18mei bersamaan dengan hari masak sedunia(ni aku tambah jer), aku kembali ke dapur. tapi aku masih lagi tidak memasak. aku just jd cooking helper. dalam bahasa kita, penolong pemasak.

Dalam perjalanan pulang dari pejabat yang direnjiskan dengan air hujan,aku dengan diego berbincang nak makan ape malam ni. nak masak atau makan kat kedai. aku pun menyuarakan selera tekak aku. antara ayam penyet ojo lali ataupun subway. peh selera tak mudah...lalu diego menyatakan bahawa makanan tu semua kena makan waktu kaya. skrg dah sengkek. so kenala ikat perut. lalu diego melontarkan pandangan bernas dia...

diego : bob, apa kata kita buat nasi goreng mlam ni.
bob : wah!menarik!so nak beli ape?
diego : kita buat nasi goreng AB.
bob : stand for?
diego : nasi goreng azhan bob.
bob : hahahah so nk letak ape dlm tu?
diego : kita letak sawi n carrot. kita buat pedas dan kurang minyak. brla berkhasiat.
bob : lebai mana makan sawi.
diego : takpe kita ajar dia makan. kalau dia taknak dia letak tepi, dan ko la yg habiskan.
bob : wakakaka on.

maka sampai dirumah, aku mandi siap2, kemudian aku mula memotong bawang besar, putih, carrot, cili padi dan sawi. manakala azhan menanak nasi. dah kering nasi semua, sampaila proses menggoreng.

bob : alamak! kuali besar ni dah berkarat.
diego : no problem, kita guna kuali leper.
bob : o mak ai! 3x masak la cenggini.
diego : xpe. itula kreatif namanya.
bob : hahhahaa korok mung

proses masak pun berjalan lancar. dan ini lah hasilnya.


P/S : dah lama tak makan dalam talam macam kat TAHAP dulu...malam td dpt makan. dengan naim lagi...so terigt la semula kenangan lalu...

MUSIC BG : Handy Black - Kau Yang Bernama Seri(bukan Nurlina ye..wakakaka)

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

| s.y.a.i.t.a.n |

sekarang dah masuk bulan 5@mei....hampir 5bulan lebih aku dah bergelar pekerja. dan tidak merasakan duit mak ayah aku lg. kadang2 rindu tu meniup ke dlm ht aku..tp cepat aku sedarkan diri dan berkata "aku kan nak berdikari. knp nakkan duit mereka lagi.biarlah mereka belanja duit mereka pada bende yg mereka mahu belanjakan."

aku dah mula kumpul duit. cadangnya utk meminang anak org. paling kurang..2 tangan..tapi. xsampai 5jari kumpul...syaitan telah bluetooth nafsu dia ke dalam diri aku..ditambah pula pengaruh cerita ADAMAYA(nasib baik dah hbs), nafsu itu semakin membuak2 mengalahkan air mendidih 100 darjah celcius...nafsu ape?

nafsu kepada DSLR.
argghhh aku terpaksa guna semua simpanan ku...utk membeli bende ni. persoalannya, adakah tindakan aku BENAR? atau hanya terpengaruh dgn godaan syaitan? godaan nurlina wahab pun aku tak tergoda...inikan pula godaan syaitan. huh!

persoalannya lagi...adakah bila aku beli benda ni, itu adalah keputusan aku atau keputusan yang dipengaruhi syaitan?macamana nak beza?attoooiii......

syaitan = Saya Yang Akan Ikut Telunjuk Atau Nehi...

setan...setan...aku tak akan terpengaruh dengan godaan ko setan....aku sedang ikut arahan Allah sekrang...mungkin aku tak seperfect mana...tapi aku sedang berubah dari yg jahat kepada lebih jahat....eh maksud aku...lebih baik...so, jgn kau hampiri aku...la takrabu ana!!!!jgn hampiri saya! ana la uhibbu anta syaitoonnn!!!!

sejak 2 menjak ni, kepala aku dah sedikit sakit. jiwa semakin memberontak. maybe sebab aku dah berhenti sheesha kot...lebih2 lagi selalu dikecewakan oleh beberapa golongan yang ada disekelilingku. mungkin dia tak bermaksud ape2...tp tak sedarkan dia atas perbuatannya itu?cuba la berfikir ttg org lain sket..ini tidak... main langgar jer..

pas sorang-sorang campak aku ketepi. igt aku ni ape?tunggul?(ni ayat farid kamil dlm evolusi KLD II.pinjam sat noooo)... kalau tak nak pk pasal perasaan aku...TOLONG!pk pasal adab dalam Islam..

sekrang ni, mcmn nak ubat ht aku?solat pun tak khusuk...kalau khusuk pun, lepas bg salam, terus sedih...dah tu mcmn....haihhhhh mohon petunjuk..mohon petunjuk...

P/S : aku paling benci jika orang cakap tak serupa bikin..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

| s.o.l.a.t | l.a.m.b.a.t |



rentetan dr article ini

sedang elok aku baring melepak di depan kaca televisyen...menonton siri hotel maniaM....ada org sape aku dr belakang....sambil berkata "Fawailul lil musolliin"!! dah macam seruan dah aku dgr..kecut sekejap telur aku....aku pusing....aku hanya tersenyum...dak naim rupanya...dia pun mulakan cerita...

naim : "aku chat dgn adik aku...chat punya chat..aku pun katalah pada adik aku..abang naim nak solat jap...pastu adik dia ckp Fawailul lil musolliin..ko tahu maksud dia jib?"

ajib : tak tahu..(sambil tersenyum dan ketakutan sbb seruan td)

naim : celakalah bg mereka yg sembahyang!

ajib : hoh!(cuak dah gua masa tu)

naim : (dia sambung) Allazii nahum fii solaatihim saahun. (yaitu) orang-orang yang lalai dalam solat nya..

ajib : aaaa (tanda memahami maksudnya ayat yg dia bacakan tu)

naim : dah solat pun, ttp celaka jib...so, jom solat cepat!

ajib : gi dulu gi dulu....(kata aku dgn tanpa rasa salah..)

mana tak nya...usahkan naim...mak aku nasihat pun aku tak dgr....ish ish ish mcm ni nk kawin?solat tak perfect lg... aku tak pedulikan nasihat dak naim tu...aku ttp solat lambat sebelum tdo...kalau la aku mati masa tgk tv tu.......................

nah! balasan kepada solat lambat...badan aku yg panas sket je semalam...hr ni dah panas....bgn pg2..mulut aku penuh kahak...bila aku buang...warna merah...bukan kuning atau hijau...maksudnya?ada org simbah crayon dlm mulut aku....waakakak maksudnya darah la...tu br tuhan hantar darah dlm mulut...kalau darah dlm otak?terus KO...nauzubillah..mintak jauh...dosa bnyk lagi tak tertaubat...

apapun..trma kasih kepada sahabat ku...naim rockmin dan azhan..yg tak jemu2 kejut aku subuh....kalau takde korang...apa la nk jadi dgn aku...

renungan : kalau la satu hari nnt..korg kejut aku subuh, tp aku tak bangun2...aku nak ucapkan terima kasih sbb tak lupakan aku...tp mmg mata aku dah tak terbuka utk selamanya...mohon ampun..smg jumpe di syurga...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS