Search This Blog

malang untuk 29 mei!

hari ini aku akan pulang ke kota metropolitan yang sesak lagi membosankan. belum selesai masalah yang aku bawa balik dari KL....masalah baru muncul...dahla kerja tak sempat nak siap. pulang ke KL dgn banyak kerja juga.

dalam 3 hari aku berada di kampung halaman ni, macam2 berlaku. pergolakan hati, tuntutan jiwa, keinginan nafsu dan juga ketahanan iman.. semua aspek ini telah menguji aku. dari setiap sudut tak kira masa dan tempat. ia cukup membuatkan aku lemah dan menangis seorang diri di atas tikar. entah mengapa baliknya aku kali ini, merasakan wujudnya ruang kosong disekeliling aku. tambahan lagi, semalam tanggal 29 mei 2010, aku dapat isytiharkan bahawa hari paling malang untukku.

bukan aku tak cuba utk menceriakan hr semalam ku. tapi, penutupnya tetap sedih. mengapa harus terjadi pada diri aku? sesungguhnya aku redha dengan ujianMu kerana aku tahu Kau takkan mengujiku lebih drpd yg aku mampu tampung. tapi, kenapa ia berlanjutan? dan kenapa saat ini?adakah Kau mahu memberi 1 petanda kepada ku bahawa sesuatu bakal berlaku kelak?

musim cuti sekolah telah sampai. ini bermakna musim kenduri akan bermula. jika dahulu, aku hanya menghadiri majlis rakan ayahku sahaja. tapi kali ini, aku sudah mula hadir majlis rakanku sendiri yang kawin. sudah ramai melangkah masuk ke alam melengkapkan diri itu. biarpun disekolah dahulu, akulah yang terkenal dgn pelajar kasanova, ada makwe dsgnya.. tapi orang yang tangkap aku dating yang kawin dulu. aku?bila lagi? insya Allah. ada rezki, adalah.

menjadi kewajipan bg mereka menjemput rakan2 seperjuangan untuk hadir ke majlis mereka. jadi tidak hairanlah jika berlakunya pertindihan jadual. kalau dekat, masalah itu dapat diselesaikan. tetapi jauh. ia membuatkan aku konflik utk memilih, kemana harus aku pergi. 2 2 biji rumah penting. nak pergi 2 2 pastinya tak sempat. ditambah pula dgn masalah kewangan yang aku hadapi. ia membantutkan aku untuk pergi bebas. biarpun hati aku berat utk hadir ke perkahwinan si A... tp, selepas melihat kad jemputan si D, aku sudah merasakan sebutir serba salah didalam hati ini. kemana aku harus pergi? adakah aku pergi ke majlis mereka, mereka akan hadir ke majlis aku nnt? seperti aku menghadiri majlis konvo mereka, tetapi mereka tak hadir pun ke majlis konvo aku. benar kata2 seorang penulis blog.. kenapa rakan yang kita bantu selama ini, hilang bila kita punyai masalah? knp ini berlaku?susah betul nak cari rakan yang sanggup bersama kita.

belum selesai masalah itu, timbul pula masalah baru. antara kereta dan kamera, manakah yang lebih penting utk aku gunakan duit itu? baiki kereta...atau kamera yg sudah lama aku idamkan?



p/s : suatu ketika dahulu, aku berhajat utk memakai pakaian seperti ini utk majlis penganugerahan seseorang. tapi semua itu tinggal kenangan. aku dikhabarkan berita sedih yang aku tak dapat menyertai beliau. tahniah utk DIA!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: