sudah lama aku tidak ke dapur..bukan maksud aku tak ke kawasan dapur. tiap2 hari lalu. nak gi toilet je mesti lalu punya. maksud aku, memasak. semalam, tanggal 18mei bersamaan dengan hari masak sedunia(ni aku tambah jer), aku kembali ke dapur. tapi aku masih lagi tidak memasak. aku just jd cooking helper. dalam bahasa kita, penolong pemasak.
Dalam perjalanan pulang dari pejabat yang direnjiskan dengan air hujan,aku dengan diego berbincang nak makan ape malam ni. nak masak atau makan kat kedai. aku pun menyuarakan selera tekak aku. antara ayam penyet ojo lali ataupun subway. peh selera tak mudah...lalu diego menyatakan bahawa makanan tu semua kena makan waktu kaya. skrg dah sengkek. so kenala ikat perut. lalu diego melontarkan pandangan bernas dia...
diego : bob, apa kata kita buat nasi goreng mlam ni.
bob : wah!menarik!so nak beli ape?
diego : kita buat nasi goreng AB.
bob : stand for?
diego : nasi goreng azhan bob.
bob : hahahah so nk letak ape dlm tu?
diego : kita letak sawi n carrot. kita buat pedas dan kurang minyak. brla berkhasiat.
bob : lebai mana makan sawi.
diego : takpe kita ajar dia makan. kalau dia taknak dia letak tepi, dan ko la yg habiskan.
bob : wakakaka on.
maka sampai dirumah, aku mandi siap2, kemudian aku mula memotong bawang besar, putih, carrot, cili padi dan sawi. manakala azhan menanak nasi. dah kering nasi semua, sampaila proses menggoreng.
bob : alamak! kuali besar ni dah berkarat.
diego : no problem, kita guna kuali leper.
bob : o mak ai! 3x masak la cenggini.
diego : xpe. itula kreatif namanya.
bob : hahhahaa korok mung
proses masak pun berjalan lancar. dan ini lah hasilnya.
P/S : dah lama tak makan dalam talam macam kat TAHAP dulu...malam td dpt makan. dengan naim lagi...so terigt la semula kenangan lalu...
MUSIC BG : Handy Black - Kau Yang Bernama Seri(bukan Nurlina ye..wakakaka)
Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
-
Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah
apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan
setiap...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment