hari ini dalam hot fm, menceritakan tentang KECOH...mana lagi kecoh antara lelaki dan perempuan? bnyk panggilan masuk memberikan pandangan. yang laki cakap perempuan lagi kecoh...yang perempuan cakap laki lagi kecoh...ada juga perempuan cakap mmg perempuan yang kecoh daripada lagi... aku tertarik dgn 1 panggilan. dia cakap, kajian mengatakan bahawa purata kematian antara lelaki dan perempuan ialah, lelaki akan mati dalam 80tahun manakala perempuan akan mati pada usia 85tahun. kenapa lelaki mati awal daripada perempuan. kerana lelaki tertekan dengan kekecohan yang dilontarkan isteri. maka lelaki mudah dapat sakit jantung. cepat mati. kenapa perempuan mati pada 85tahun? sebab selama baki 5tahun tu la, wanita tiada tempat nak berleter.. relex sket. tak tertekan utk berleter. statement dia sungguh lawak. apapun....ajal maut ditangan Tuhan. baru lahir pun boleh mati. tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, jika ajal dah sampai, ia tidak lewat sesaat, tidak lebih sesaat.
tu sekadar mukaddimah pd entri pada kali ini. hehhee hr ni aku nak cite pasal MAAF.
Susah sangat ke nak mohon maaf? tahukah anda dengan memohon maaf, marah seseorang akan melebur? tak kira salah siapa, alangkah indah jika kita yang mohon maaf dahulu. aku seorang yang susah memohon maaf. tetapi, aku belajar sesuatu dari ibu aku.
dulu...masa aku kecik, even badan aku besar, aku tetap memilih dalam bab makanan ni. suatu pagi, mak aku menggoreng semula nasi briyani malam tadi. ntah kenapa tekak aku pg tu, tak dpat terima nasi briyani goreng tu. aku pun mengamuk dengan menolak sendikit pinggan tu sambil berkata
"adik tak suka nasi briyani goreng pagi2 la!"
mak aku membalas "makan la.sedap tu.makan panas2 la best. nah telur goreng"
telur tu tak dapat menawan hati aku. aku terus merajuk dan berkata "tak nak...xpela. tak payah makan. biar lapar je kat sekolah nnt."
mak aku dtg pada aku, merampas pinggan yang ada didepan aku tu, lalu mencampakkan ke dalam tong sampah. tersentap seketika aku. mata aku dah mula berair. sambil hati aku melonjak marah akibat kelaparan. aku bangun dan berlalu dari dapur tu. tak sengaja melanggar kerusi, menampakkan ia seperti aku mengamuk. tak lama selepas itu, kedengaran bunyi ketukan yang amat kuat. aku masuk dalam bilik, amik beg sekolah, lalu pergi ke sekolah. air mata terus mencurah.
balik petang tu, aku terus ke dapur, mencari makanan mungkin sepotong roti utk mengalas perut sebelum makan malam. ketika itu mak aku belum balik kerja lagi. abah aku yang turut serta dalam acara makan roti tu, tiba2 melemparkan soalan smart pada aku...
"ni apsal kuali ni dalam tong sampah?berlubang lagi..."
fikiran aku teruuuussss melayang kepada bunyi ketukan pg td.. berair semula air mata aku melihat kuali berlubang dalam tong sampah tu. dengan perlahan aku bersuara menjawab pertanyaan abah tu...
"mummy marah sbb adik taknak makan nasi briyani goreng"... bapak aku hanya tersenyum p.ramlee....heh!
aku terus masuk dalam bilik..menangis..dan letih nangis, dengar bunyi kereta. tandanya mak aku sudah pulang dari kerja. aku pun kluar dari bilik. bukak tv. layan cite kartun. ahaks!nama pun budak2. nasib baik takde astro lagi masa tu. kalau tak, konfem bukan astro ceria. sebaik tv dibuka, aku leka dikerusi.ditambah sedikit kemanjaan anak bongsu dan keegoan seorang lelaki macho ketika itu, aku lupa utk memohon maaf pada mak aku. mak aku masuk rumah terus duduk sebelah aku.
"nak join tgk kartun ke mummy ni?"..bisik hati aku.
"adik marahkan mummy ke?" alamak! ape mummy cakap ni....terkejut aku.bila masa aku marahkan mak aku.
"mummy mintak maaf ye.esok mummy masak yang lagi sedap.ok?" tersentap hati aku, automatik mata aku berair, dan secara kinestetiknya, tangan aku memeluk mak aku.
"tak..sepatutnya adik mintak maaf kat mummy.mummy dah masak letih2.tapi adik taknak makan." adegan drama sudah bermula. kartun entah kemana...ego entah kemana...marah pun ntah kemana... yang lebih menyayat hati tu, aku buat salah, mak aku yang mintak maaf. mummy..adik sayangkan mummy.. u r the best mom that i ever have.. taknak ibu lain dah!taknak ibu tiri...hehhehe so abah no chance kawin lain..hahahha
peristiwa itu mengingatkan aku bahawa, maaf boleh meleburkan kemarahan seseorang. tapi tak semestinya mohon maaf boleh selesaikan segalanya. kadang2 jika orang tu asyik buat salah jer. terpaksa la kuar ayat "tiada maaf bagimu".
memetik sedikit daripada sebuah sumber : Memaafkan: Sentiasa menjadi orang pertama meminta maaf. Ini mungkin sukar bagi anda terutama apabila anda tahu anda tidak bersalah. Tetapi jika anda ingin menjayakan perhubungan, telan sahaja ego anda, dan minta maaf, terutama kepada ibu bapa anda, suami, isteri atau kekasih anda. Apabila anda memaafkan secara rela, orang lain akan bersedia memaafkan dan mungkin meminta maaf dari anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
SO, SUSAH SANGAT KE NAK MOHON MAAF?
p/s : kuali berlubang tu, diketuk semula malam tu, dan ada sampai sekrg. masih diguna. :D
Cara Block / Ban Notifikasi Game Di Facebook
-
Antara perkara yang tidak begitu digemari apabila melayari facebook ialah
apabila mendapat notification berkenaan game. Agak sukar untuk memaklumkan
setiap...
10 years ago
2 comments:
certain2 org tu dia rase payah nk kuar kata maaf even klu dia salah pn dia payah nk admit. slalu nya org yg senang utk ucap 'terima kasih'merupakan org yg takde mslh utk ucap kata 'maaf'.
betul! ringankan mulut berkata baik, pasti kita akan diringankan hukuman diakhirat sana...amin..
Post a Comment