Search This Blog

. .. ...SELAMAT TINGGAL GEMUK... .. .





BERAT AKU ADALAH 112kg (22 Januari 2011)

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...CLICKBANK... .. .

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...SaTriA bAjA pUtiH... .. .

syg : knp abg senyum je hari ni?
abg : abg buat ape yg syg suruh abg buat semalam?
syg : syg suruh ape?
abg : syg suruh abg buang yang keruh, ambil yg jernih...
syg : syg abg...

skrip di atas tidak berkaitan dengan tajuk entry kali ini...skrip di atas juga tidak ada kaitan dengan aku. tp aku terdgr sebuah dialog dalam tv, CAFE AKIL HAYY kot tajuk dia...antara budak AF tu dgn pelakon pompuan sorg tu... ntah la... sape nama aku malas amik port. sbb masa tu aku tgh mandi....

situasi dia sgt sweet.

dah! itu saja... yg aku nak cite skrg ni...adalah, pada 16 hb, aku di kehendaki menderaiv(memandu) sebuah kereta manual... aku terpaksa tinggalkan KELIVO aku dirumah.... ;o( sedihnya bukan kepalang.... tp bukan permanent...sekejap je...

kereta aku kali ini adalah


yaaaa sebuah kereta manual.... sudah lama aku tidak memandu kereta manual.. tetapi itu tidak membuatkan aku kekok menggunakannya... lihat! ape yg aku bawa dr kelivo...bukan kad touch n go! tapi spec baru aku...keh keh keh betapa bergayanya aku ketika memandunya...

kemudian, kereta ini, mempunyai


yaaa stering yg agak sporty berbanding dgn kelivo aku.... kuncinya berbuah strawberi..biarpun cuaca di kg awah skrg...agak panas! luar dan dalam....

kereta ini jg dilengkapi sebuah sport rim yg aku idamkan tuk match ke KELIVO aku...kalau la leh main tukar tayar mcm tukar tayar dash yankuro, dah lama aku tukar.... keh keh keh rim ape?


yaa rim putih....kalau dimatch kan dgn kelivo hitam aku...bapok semat(smart) nyeee....

biarpun kereta ini dilengkapi dgn ekzos yg agak besar. tp ia tak bising... mmg aku idam jg ekzos besar.. tp apa yg menariknya kereta ni,

kereta ini membuatkan aku tidak boleh mendengar siaran HOTFM...(menarik ke?) maka aku sudah sekian lama aku tak dpt dgr panggilan hangit, AM Krew jd KRU....dan jg slot sudirman... aduyai... knp?sbb radio dia leh set pada perpuluhan ganjil saja... HotFM 97.6... maka tak dapat berbuat ape2... maka aku bertukar selera ke 95.3.. radio muzik....hahahha layan retro plak skrg...

aku tak keseorangan...aku ada teman tatkala aku bermasalah atau sedih sepanjang perjalanan...aku ada kawan teman aku... iaitu


aku gelar dia...si put3...hahaha maybe sbb cite putera katak..tp aku takkan la letak putera katak...gay la plak... mestila putri...kn? kn?

okla broommm broommm dgn kete ni... tp tak lama.... dalam 28feb aku kembali bersama kelivo aku yg tingkapnya sudah elok!! terima kasih mum n dad! sbb baiki tingkap aku itu...hehehe agak mahal!

inilah dia kereta Satria Baja Putih!


jika ini karya terakhirku.... aku ingin mencari sape yang nak beli kereta ini.... rm11K on road.... sila emailkan pd aku di are_jeep313@yahoo.com..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...TIPS MEMUJUK LELAKI YANG MERAJUK... .. .

gambar tiada kaitan dgn entri
(ada sket kot..kalau merajuk, bawa diri ke tempat tenang mcm ni.hehehe )

sebelum ni, aku pernah buat entry pasal memujuk lelaki merajuk. tapi, ia seperti tiada memberikan kesan sepenuhnya. maybe sbb ada beberapa perkara yang tidak dapat diikuti sepenuhnya seperti,

a) tidak berniat dalam hati bahawa "ku pujuk ini adalah utk memulihkan keadaan hubungan kami"

b) tidak berbuat kerana keikhlasan.

c) melakukan hanya utk membalas dendam.

d) bersikap putus asa selepas berbuat sekali dua usaha memujuk yang tidak berjaya.

e) mind set(warna pink gitu!) bahawa, aku pujuk, aku buat ape pun, ia takkan mengubah ape2 pun..

sedangkan batu pun boleh dilekukkan oleh air. inikan pula manusia berkepala batu. keh keh keh cuma mungkin cara dan waktu tidak bersesuaian dengan pujuk rayu itu. jgnla pula dipersalahkan laki itu. dan jgn salahkan sape2. itu semua suratan dan takdir yg telah ditulis. yang penting :

USAHA TERUS MENERUS KERANA ADA TANGGA DISITUNYE BUUNNNN...
dalam erti kata lain,
USAHA TANGGA KEJAYAAN!

lama aku nak karyakan perkara ini...akhirnya siap jg...

jika anda(perempuan khususnya tak kisahla wanita atau anak dara), bersikap NEGATIF dalam hal yg anda buat, ia takkan kemana2... sebaliknya, kat situ je. sbb, kalau kita imbas kembali, pelajaran matematik sekolah rendah dulu.( ke tingkatan 1), negatif membuatkan pengiraan itu kebelakang. (boleh bg ceramah motivasi aku ni..hehehe ) betul tak? bukan betul kepada aku nak jd motivator tu....betul kepada pengiraan negatif tul. betul tak?

so jangan bersikap NEGATIF! terus positif dan kau positif-positif lagi! baru anda akan berjaya..

sesungguhnya, kaum LELAKI sebenarnya kaum yang paling kuat merajuk.

setuju
atau
tidak
?

korang setuju atau tak, takde hadiah jika betul. kalah pun takde hadiah. sbb aku nak cakap, tak semua laki kuat merajuk. maksud ayat disitu, adalah LELAKI PUN ADA RAJUKNYA.

maka kali ini, saya tampil di dinding blog ini utk berkongsi tips utk memujuk lelaki. sbb ape lelaki saja? pujuk perempuan? haa saya cakap pasal laki, sbb saya laki. kalau saya perempuan, saya cakap pasal perempuan.

si polan : hbs entry awak sebelum ni cite pasal perempuan, masa tu awak jadi perempuan la ek?

haih... susah la kalau ada soklan mcm ni.. nasib baik aku je yg reka soklan ni. so aku leh la jawab...

jadi tipsnya adalah sperti berikut :

yang pertama! :

KENAL PASTI DULU PUNCA!

kamu kaum hawa, perlu pastikan dulu punca. bagaimana? tanya dia? hahah kalau laki tu menjawab sebabnya, alangkah beruntungnya kamu. tapi, jika dia tak jawab, haa alamatnya, carilah sendiri...

mana jawapan si polan atas? aku dah jawab dah... knp korang tak tahu? sbb aku yg reka soklan tu, dan aku dah jawab la.. dalam ht... hehehe

sambung perbincangan kita...

perempuan A : kadang2 kami perempuan tak sedar akan kesilapan kami. jadi tak tahu puncanya...

jawapan : korang kenal berapa lama? dah serius ke belum? couple? tunang? kawin? kalau korang br kenal sebulan dua, itu kawan. kawan yg buat hal nak merajuk2 ni, lupakan la.. cari kawan lain. dah serius? BFF? couple? kenapa korang tak peka pada couple korang? korang ni nak main2 ke dgn hubungan korang tu? atau nak kekal sampai akhirat? pk semula...

perempuan A : jangan la marah...

saya tak marah...saya cakap jer... dah tunang? tak tahu punca dia merajuk? mcm ni nak kawin dgn dia?

perempuan A : kalau mcm tu, kira kami tak sefahaman la. putus tunang la!

eh eh! senangnya...awak dah decide nak tunang dgn dia, dan hidup dgn dia, jangan gatal2 nak putuskan dan malukan nama keluarga. awak perlula mula belajar memahami dia. bukan bersikap cari yang lain. kalau nak cari yang lain, masa awak mula2 nak melangkah ke hubungan yang serius tu. dah tunang, nak2 taknak, usaha la ke arah kebaikan...

awak dah kawin pun tak sedar ape yg awak dah buat sampai suami awak merajuk? ya Ampun... berbalik la kepada suami awak. berdosa tau buat suami merajuk. pergi cari puncanya dahulu.

KEBIASAANYA, lelaki ni merajuk jika berlaku perselisihan faham antara 1 sama lain. biasanya perselisihan yang berlaku adalah disebabkan ketidakpuasan hati nya dan bertindak tuk merajuk dan membawa diri dgn tidak mereply sms dan mengangkat call anda. kalau reply pun, balas sepatah2.. kalau angkat call pun, jawab sket2 jer.

si perempuan yang bingung ini pula akan terus menghubunginya utk mendapat jawapan,kenapa dia merajuk dan sebgainya, dgn hati yg berkata perkara kecik pun nak merajuk, macam budak2...laa dah itu perangainya...yg kau nak terima dia dulu, sape suruh... terima je la..

bukan ape, dia taknak menambahkan serabut dikepala nya lagi bila dia menjawab sms itu dan mengangkat call itu. tahu la perangai perempuan ni, yang bnyk soal+songeh+ dan suka mencabar dan mengkritik perangai lelaki. lelaki pula pantang dicabar. Jika anda tidak sayangkan perhubungan anda, anda boleh berbuat sedemikian. dia akan semakin jauh...anda leh bnyk soal, bnyk songeh dan mencabar kredibiliti seorang lelaki. kalau tak kena carut, lempang....kena tengking! kih kih...

jadi, tips yang saya tampilkan ini, dirujuk dari web TENTANG CINTA. dan diolah oleh saya.

hehehe


BERIKAN RUANG UTK DIA(LELAKI TU LA)

ruang dan masa ini lah akan mencelikkan mata dia samada patutkah dia merajuk? patutkah dia terus merajuk? jadi berikan dia masa.

A) JIKA DIA RASA TAK PATUT, dia sendiri akan hadir pada anda dan meminta maaf atas kelakuan dia.

B) JIKA DIA RASA PATUT, dia takkan dtg.(short, simple and steady~)


BERIKAN SOKONGAN 100%

jika anda seorang yang memahami, berikan sokongan kepada dia. contohnya, jika dia bersikap berdiam diri dgn menonton tv atau pura2 buat keje, biarkan. layankan ape sahaja yang dia nak buat.

A) JANGAN melawan atau memerli apa yang dia buat.

B) JANGAN membalas dgn ape yg dia buat. (dia leh buat, aku pun leh- ini ibarat mencurah minyak Pertonas Ron 97 yang mahal tu ke arah api pada kereta yang sedang terbakar)

ini kerana, apa sahaja keje yang dia buat, bukan la dia buat 100%, dlm otak dia, ligat memikirkan masalah yang berlaku.


JANGAN TANYA APA2

jangan sesekali anda bertanya kenapa dia merajuk? kenapa dia bersikap sedemikian..apekah perasaannya sekarang... kerana soalan2 itu boleh membuatkan kepala dia pecah dek kerana soklan2 anda itu yang menghalang dia berpk utk menyelesaikan masalahnya.akibatnya : dia akan lebih menjauhkan diri pada anda..... nasib awok la.... sape suruh bnyk tanya pada salah waktu...


GEMBIRAKAN HATI ANDA

sementara laki anda memulihkan diri dari rajuk itu, anda jangan kusutkan kepala. ambil langkah dengan menggembirakan hati anda. dengan melakukan hal anda, yang mana hal tersebut, tidak membuatkan dia boleh berasa bertambah merajuk. seperti main game. tgk tv, baca novel. dsbginya.. jika si dia tak suka anda shopping dan keluar rumah, jgn sesekali menggembirakan hati anda dgn cara begitu. kerana ia seperti situasi minyak Ron97 tu jg. dan jangan jg bersikap menunjukkan sikap gembira anda itu didepan dia, atau di dinding facebook. ini kerana, dia akan menganggap, anda tidak memperdulikannya. seterusnya membuatkan dia bertambah merajuk... nasib awok lagi....


BUAT SESUATU

jika sudah masuk hari ke 3, dia masih dalam mood rajuk, anda jgnla duduk diam lagi. anda perlu bertindak sesuatu. anda perlu melakukan sesuatu yang dia suka. samada, memohon maaf dgn cara yang kreatif, memasak utknya, menghantar movie2 cinta. atau memberikan dia lagu2 yang memberi maksud cinta... sesetengah lelaki, rajuknya akan cair jika dia ditontonkan kisah cinta. lebih2 lagi, ada kaitan dalam hidup dia.... mmg cepat cair.. cubalah!

wah! panjangnya entry kali ini. anda juga boleh rujuk entry2 sebelum ini, seperti INI dan lain2 lagi....

jika ini karya terakhirku, aku doakan, semoga kamo berbahagia bersama pasangan kamo.... do the best! jgn negatif! ada masalah ttg lelaki, ajukan soklan kepada are_jeep313@yahoo.com

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...NaSiB... .. .


apelah nasib aku semalam...bermula dgn bangun pg berpeluh2..tak cukup dengan itu, nak kuar breakfast, wallet tertinggal kat office plak. korek la tabung... nak start enjin, minyak plak takde.... pergila ke kedai bekpes aku yg aku suka. tutup plak. ape leh buat. makan depan office je la.. bawa la kete sambil lewa. sampai je office, nak bekpes depan office.. hbs la plak.... ape la nasib..

tapi,

mula-mula TUHAN bagi kita MATAHARI,
tiba-tiba TUHAN bagi kita RIBUT TAUFAN,
kite tercari-cari mane MATAHARI kita,
rupe-rupanya TUHAN nak bagi kite PELANGI yang CUKUP INDAH

tengahari semalam, assistant aku ajak aku makan rumah dia.. mak dia masak Patin Tempoyak makke denge budu... beh dowh.... cite dia mcm ni, pagi tu aku tlg si ateh(assistant) aku ni format hp NOKIA E72 dia... dan ianya berjaya, tanpa hantar ke kedai. maka, dia pun cakap, dia nak ajak makan lunch. mcm biasala. aku kan malu.. segan dsbginya... last2 aku terima jg la. thanks to ateh...

balik semalam, badan ku sgt letih. dah lama hidung aku tak berdarah, semalam leh berdarah plak....tgh driving leh kuar darah. teringat cite SUTERA PUTEH. hero tu,Bonni Sta Maria, mengidap penyakit barah otak. selalu sakit kepala. dan bila dah parah tu, hidung nya asyik berdarah. mula la otakku melayang...dah sampai rumah, lapar, nak masak, aku tak makan malam. so makanla koko crunch. ringan n diet yg sihat! yeayyy! lepas makan tu, aku pun start buat keje... keje ape? keje butik aku. amik gmbr kebaya. mak aih! sehelai dekat 10-15min. tu pun tak betul lg...badan tak larat. kepala dah pening, igt nak guna malam tu jg. beriya aku buat. sampai sudah aku tak tdo.

pg ni, igt nak bekpes kat kedai feberet aku tu. tutup jg! haih...ape la nasib aku.hampir accident masa otw ke office td. maybe pemanduan aku tak dpt kefocusan yg jitu.... sampai je office kepala dah pening... dalam jam 10 td, g la aku beli nugget n keropok. makan dalam kete... boleh plak sos tu tumpah atas seat kete aku. bukan sket tp dekat secawan tumpah. peh!!! luluhh ht aku. alih letak tepi gear. lap hampir sekotak tisu. dah siap lap, tgk yg tepi gear tu plak tumpah ke alas kaki... Allah... ape la ujian aku dapat ni... kete aku tu dah la bersemut. siapla tghr karang...mesti bersemut...mcmn la nak selesaikan masalah semut ni...

masuk office hari ni, dengan muka tak tdo.. mula la asyik nak marah je ni...



jika ini karya terakhirku... aku mohon pelangi sampai kepadaku...sesungguhnya aku dah tak larat nak bawa kete... mohon maaf kepada semua orang... karya aku hari ni, ku taip tanpa lenggok... tiada perasaan...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...CaRa LeLaKi MeNgUjI wAnItA... .. .


Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.


Jika ini karya terakhirku... ketahuilah lelaki tidak suka diungkit atau mempersoalkan apa yang dia buat. kerana dia tahu ape yang dia buat. adapun seseorg lelaki itu berbuat salah, maka tegurlah dengan penuh hikmah. bukan dgn mempersoalkan berbanyak kali... seperti kata pepatah, api yang marah, jgn le minyak disimbahkannye buunnn....

SUMBER : TENTANG CINTA

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...MaAf... .. .

hari ni HOT CHAT AM KREW bercerita ttg MAAF... bagaimana cara org meminta maaf....cara mintak maaf...sebab ape kena mintak maaf dan sebagainya...



M-mereka
A- anak
A- anak
F- felda

hahaha takde kaitan okay...antara pemanggil yg call tu, dia cakap, selama 7tahun diorg kawin, isteri dia tak pernah mintak maaf even dia buat salah... asyik dia je yg mintak maaf... walaupun itu salah isteri dia, suami dia akan mintak maaf. sbb ape? sbb kalau tak mintak maaf, bini dia takkan masak n takkan jaga anak. nak ikutkan, dia penuhi semua permintaan isteri dia. AM KREW bg cadangan supaya try jg penuhi sekali permintaan isteri dia. dia cakap, takleh, nnt bini dia balik rumah mak dia...

mak aih! ada jg isteri macam ni... mintak jauh la... kau nak balik rumah mak kau, kalau suami kau larang, berdosa kau! sepanjang kau tak mintak maaf, selagi tu, ibadah kau takkan dipandang Allah...dan dilaknat. perh! mintak jauh beb....

ada 1 lg pemanggil, perempuan. dia pernah turun dr ipoh ke KL, semata2 nak mintak maaf pada bf dia...wow! yg ni aku suka! perempuan mcm ni, buat sekali dlm hidup dia pun dah okay kot... tp kalau dia turun, mintak maaf...pastu dia buat lg...haih... serupa tak payah! kn?

ada 1 sms tu, guy...dia ckp, dia dah hbskan satay atas meja. pastu adik n mak dia merajuk tak dpt makan... dia dok sabah... dan dia beli tiket flight gi ke semenanjung tuk beli. sbb ape? sbb satay itu adalah satay KAJANG!

ada jg sms yg dihantar, cara dia mintak maaf adalah, dia bg sebuah kotak... dalam tu, letak handy plus.. alolololo cweet giler! kalau aku jd gf dia, konfirm cair!

pernah suatu ketika dahulu, aku tgk sebuah filem TAMIL... dalam tu, mengesahkan hero tu seorg pejuang menentang rasuah. dalam dia membina empayar dia ke seluruh tamil nadu, dia dah lahirkan beribu pelajar dan pekerja yg jujur utk bekerja diseluruh sektor kerajaan tamil nadu. dia punya target, dia nak menuntut pembelaan kematian isteri dia akibat projek kondo yg kerajaan buat.. ape kaitan dgn artikel ni? keh keh keh prinsip dia,

MAAF TIADA DALAM KAMUS HIDUP

kata dia, jika ada perkataan maaf, maka mahkamah dan hukuman tak diperlukan...
kata dia, jika ada perkataan maaf, maka org akan buat salah dan terus buat salah...
kata dia, aku dah lupa dah...dah 3 4 5tahun aku tgk cite tu... terasa nak tgk lg...tajuk dia...erm...tu pun aku lupa....



ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS

ape maksud tu? lu pk la sendiri...

jika ini karya terakhirku... aku memaafkan semua kesalahan semua org.. itu lebih memadai.. walaupun dia anggap aku macam tu macam ni... dgr cakap org lain ke ape ke... sesungguhnya Allah maha mengetahui...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...1 iN a MiLLiOn... .. .





orang semua kecoh pasal lagu neyo ni..kat fb...pernah sekali tu, ada peminat iqram dinzly tujukan lagu ni pd dia.. aku pun pelik...ape la yg best sgt lagu ni..aku pernah dgr suatu ketika dulu.. takdela best sgt... masa aku dgr tu, lagu ni br kuar.. takde official video lg.. ada gmbr neyo n lirik saje...

last week.. sempena CNY..aku try la buka... vevo punya version official VC neyo one in million. oh mak aih! br ku tahu..knp org suka..

pertama sebab dia ni...
ahaks! badan tinggi, n nari gedik mcm pompuan... keh keh keh nama dia john silver


perkara kedua sebb ada pelakon storm the yard ni.

rupanya dia ni penari betul2 n juga choreographer... nama dia columbus short. dia paling bergetar skali bila nari. tgk minit ke 0:36...

gabungan diorg 3org ni membuatkan lagu one in a million ni menjd lagu yg sagt gempak! belum tgk lirik lg.. mengisahkan seorg lelaki yg nak pujuk awek dia. dgn tarian. dia pun nari. tp awek dia ni nmpk mcm guy ni main2 apebila kali pertama kawan2 dia(si john n columbus ni la) leka dgn awek masing2.. then, guy ni kejar n pujuk lg...tak lemah smgt rupanya... tp gurl dia ni sangat SONG! iaitu bnyk songeh! bg bunga pun taknak! pe lagi.. guy tu nari plak kat jalan raya, depan semua org... terlihat kegembiraan pd awek tu.. tb2 ada plak awek lain plak yg menari bersama. dalam erti kata yg lain...awek tu dtg mggoda, si guy ni bukan nak layan..tp taknak la rosak persembahan itu. tp awek dia ni, SONG! lari.... ikut hati...mati!

dari segi lirik dia... nice. maksud yg mendalam...cth :

There’s a million girls around but i don’t see no one but you
Girl you’re so one in a million
You are
Baby you’re the best I ever had

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you’re one of a kind
That means that you’re the only one for me
Only one for me


disertakan dengan lenggok tone suara yang merdu dan juga gerak tari yang mengkagumkan... wah! jika aku sebagai perempuan pun akan cair maa....

dan yang paling penting...dalam ni ada galen hooks! sape dia tu?
dia ni model dalam VC ni...dia ni penari jg sbenarnya...kalau lihat susuk badan dia...erm..she is not a dancer.. tp kalau mcm ni la dancer... no komen! korang tgk sendiri la... mmg cute bila dia nari.. dia jg choreographer utk chili pepper youtube dance. bertambahla kecomelan dia...hah! giler dah aku ni... nak tgk dia lebih manis, korang tgk lagu ni yg versi live. cute! arrgghhh!!!

Jika ini karya terakhirku, aku terigin nak belajar menari mcm dlm VC ni..tp ia memerlukan badan yg lembut, mcm badan aku masa form 4.. heheh masa tu, aku boleh melompat dan berguling atas pentas pentomen...

p/s : koreografer atas jalan raya tu sgt gempak! termasuk penari pompuan yg join tu. O-SEM!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...JaHaT kE cInTa... .. .





igt kan lagu remix.... rupanya lagu betul...nice utk didgr..but bukan utk dilayan...

Jika ini karya terakhirku.... sesungguhnya cinta itu tak jahat... cinta ibarat kentut..ditahan tak keruan...dilepas lega...tp igt! bau kentut itu ada positif n negatif... bau cinta bgtu jua... so beware! learn from experience! do not trust with garbage fact! main hoon na!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS