hari ini 4 januari. hampir 4hari aku tak bukak internet dan facebook. boleh pun tahan. tapi mesti ada sbbnya.. kn? sampai je office. aku mendahului AM aku. maybe sbb takleh tdo. AM aku pun rupanya selalu terjaga awal. mungkin juga terlalu memikirkan Hari Terbuka PJK Kg Awah. hehehe
aku bukak laptop. aku bukak internet. AM aku ckp, "mcm org 4hari tak makan je bukak internet tu." hehehe tgk email tak sampai 100 pun. baca dan buang segala bende sampah. buka facebook. hanya mampu baca dan tersenyum gelagat2 manusia bermain fb. tak kesampaian utk membalas hatta untuk menekan butang like..
mengimbau saat tahun baru 2011 beberapa hari lepas. aku hanya mampu terbaring di depan tv. sempat jg rakam detik2 nak masuk 2011. ntah mengapa aku tidak merasakan seperti mahu menyambut tahun baru. yg pasti, permulaan tahun ini sangat hodoh!
selepas tu, aku sambut dalam mimpi je. hehehe pg 1 januari seakan mengerti... hujan lebat. rupanya ada jasad sedang menerima kunjungan Izrail. semoga roh mu dicucuri rahmat FAIZAL YUSOP. 33 tahun. peh! cukup muda. tersentap aku membaca kematian dia yg membuka lembaran tahun baru ini. mungkin ada hikmah disebalik itu.
bg diri aku. aku terbaca bahawa dia berlakon 1 cerita. TIRAMISU. walaupun aku lebih suka Chocolate indulgance, slot akasia ni, cukup menusuk kedalam hati aku hanya dgn 2 episod sahaja.. terus download 5episod yg aku terlepas. bak kata sahabatku, waktu siaranya dah ubah. 7-8mlm. mmg sah la susah nk tgk. waktu maghrib tu. jd inisiatif yg aku dpt amik adalah, MUAT TURUN. sah2 ini kisah kedua aku suka selepas AYOUB. mungkin ayoub suka tiramisu.
hr 2 jg aku baca sorotan status pelakon dira abu zahar yg mana dia sebagai isteri arwah dlm tiramisu, berkata. semalam 3hb adalah shooting terakhir bg cite tu... tak sabar nak tgk the end cite tu. ape yg diorg cover utk part arwah. pendek kata, lisa surihani, adik miasaranasuha, sy.amani dan jg ex wife dia, sgt merasa kehilangannya.. aku jg. dia sgt best dalam slot adamaya. watak antagonis yg dipggnya sgt menjadi. tp Allah lebih sayangkan dia...
eh cite dia plak bnyk...cite aku? cite aku tak dpt dikongsikan sepenuhnya di sini. sbb ia hanya akan mengundang pelbagai rentetan tindakan selepas itu. jd, lebih baik aku pendamkannya sahaja. bak kata salah seorang pendengar setia DUNIA JAM 10 dari kelantan,
"Kita mungkin dapat menyusun sejuta satu ayat. tapi kita belum tentu dapat menggambarkan inti perasaan kita"
sekali baca.biasa je. ttp jika dikupas2 ayat itu. peh!!!! ckp mendalam maksudnya.
Jika ini karya terakhirku...itulah sifat aku skrg...
to be continue.......
1 comments:
wah, mcm syahdu je entry kali ni
Post a Comment