Search This Blog

KENAPA SAYA TIDAK HADIR - TUN MAHATHIR



1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.


1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KeLaPa Vs MuTiArA~!!!


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut
panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan
pujian..
Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman..


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di MaNa SiLaPnYa~!!!


belum sempat aku tampal sticker mukhriz...dia dah kalah...erm..maybe sbb aku xtampal kot..tu yg dia kalah tu..isk isk isk..maafkan aku mukhriz..hahehuhiho

calon ketua ade tiga..undian layak bertandingan dimulakan dgn mukhriz,diikuti dgn khir toyo dan paling sedikit dapat kelayakan undi,KJ..xcukup dgn itu,dia tampil ke PWTC tu bersama tiket salahlaku politik wang..cuma xdigantung jer...TAPI,keputusan malam td,terbalik...KJ dapat jd ketua..khir undian kedua tertinggi dan LAST sekali mukhriz..erm...xpelik ker?dimana silapnya?siap kira 2kali lagi undian tu...


belum sempat aku tampal sticker mukhriz...dia dah kalah...erm..maybe sbb aku xtampal kot..tu yg dia kalah tu..isk isk isk..maafkan aku mukhriz..hahehuhiho

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

neno neno neno~!!!

Semalam borak dengan abang aku..aku ckp dgn dia, pernah nampak x kete polis malaysia,guna kete honda...dia kata,ade ke?aku katalah aku pernah nmpk...then dia tanya aku plak..pernah nmpk kete polis evo?aku pun gelak la..ade ke?abg aku ckp..ade la..siap ada siren lg kat atas...

balik rumah je aku terus buat carian...betulla..rupanya mmg ade..sempena hari ke 202 polis...mereka lahirkan sebuah kete yg sporty giler...peh!!kagum aku...

hidup PDRM!!!

p/s: harap leh lihat aksi drift la dr polis..hehehehe

Semalam borak dengan abang aku..aku ckp dgn dia, pernah nampak x kete polis malaysia,guna kete honda...dia kata,ade ke?aku katalah aku pernah nmpk...then dia tanya aku plak..pernah nmpk kete polis evo?aku pun gelak la..ade ke?abg aku ckp..ade la..siap ada siren lg kat atas...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BeRsAtU, bErSeTiA, bErKhIdMaT~!!!!



semalam 24mac..mulanya persidangan UMNO kat PWTC..sejak tahun 2000 aku nk pergi persidangan ni..akhirnya semalam...aku dpt jg pergi..9thn aku tunggu..akhirnya semalam..balik keje jer aku terus menuju ke stesen LRT bandar tasik selatan.perjalanan tren ke PWTC mengambil masa 24minit.sampai je kat sana,aku didatangi dengan agen Dato Mukhriz Tun Mahathir..igtkan nk tangkap aku..rupanya nk bg aku pelekat kereta n sticker "BERANI BERUBAH"...mmg aku suka dpt sticker2 semua ni..aku pun berjalan masuk ke PWTC..

serius aku ckp..expo2 dlm tu semua utk perempuan..utk laki xde pun..aduhai...sedih aku..aku nak beli tshirt,beg, buku n macam2 lg..tp semua tu mahal..aku ni xbawa duit..so just usha jer la..

sampai je kat sana..aku nmpk ramai PUTRI UMNO..menjerit2..aduyai..then aku nampak crew NTV7 nk buat live..ape lg..aku bapak aku...

BOB :assalamualaikum..
ABAH :waalaikumsalam..hah!knp dik...
BOB :cuba teka adik kat mana?
ABAH :kat rumah la..
BOB :salah..adik dgn mukhriz ni..
ABAH :hah?mukhriz mahathir ke?
BOB :hehehe xde laa..adik kat PWTC.join perhimpunan UMNO..
ABAH :ooo...ye ke...hahaha ape la adik ni..
BOB :bah..cb buka NTV7..ade org nk buat life x?
ABAH :jap...(tukar cenel)..haa ade...kat PWTC..
BOB :ok..skrg abah tgk ek..adik nk lalu belakang org ni..
ABAH :ok..
BOB :haaaa nmpk x?
ABAH :nampak!nampak!! adik pakai baju biru petak2 ek..hahaha

hanya abah aku n mummy aku jer yg nmpk aku masuk tv..hehehe itu dh cukup membanggakan aku..xperlu org lain tgk..tp..aku gi sana pun bukan dpt jupe perwakilan..aku jupe artis..first skali aku jupe malek noor..dia duta persatuan pengguna islam..then aku jupe senator jins shamsuddin...nk balik tu aku dok sebelah hans isaac...dia tunggu kete dia yg diambil jockey hotel..dia pakai BMW X5 klu xsalah aku...yg besar macam harrier tu..

lepas maghrib,aku balik..letih...balik tgk cite cinta untuk ain,then terus terbungkang...wafwafwaf kul 3pg terjaga..layan travian jap...then tutup laptop..titun...

nah lirik utk anda semua..wafwafwaf

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

p/s:semalam yg hangat...Tok Jib berucap mlm td menjerit2..sakit telinga aku...



semalam 24mac..mulanya persidangan UMNO kat PWTC..sejak tahun 2000 aku nk pergi persidangan ni..akhirnya semalam...aku dpt jg pergi..9thn aku tunggu..akhirnya semalam..balik keje jer aku terus menuju ke stesen LRT bandar tasik selatan.perjalanan tren ke PWTC mengambil masa 24minit.sampai je kat sana,aku didatangi dengan agen Dato Mukhriz Tun Mahathir..igtkan nk tangkap aku..rupanya nk bg aku pelekat kereta n sticker "BERANI BERUBAH"...mmg aku suka dpt sticker2 semua ni..aku pun berjalan masuk ke PWTC..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MeMaSaK bErSaMa AbG...~!



hidup membujang..mcm ni la...nasib baik aku ni chef...tp,klu aku dok sorang je masak2 mcm ni...klu ade org lain...huh!!jgn harap aku nk masak...

untk pengetahuan pembaca semua...gambar diatas ialah makanan dinner aku..berlainan dgn post yg sebelum ni..tu makanan tghr..ni nasi goreng kacang pedas..hehehe cara dan bahan masih sama...cuma tukar kacang campur dgn kacang panjang..tujuan saya menukarkannya ialah sbb kacang campur sudah habis...tgk dlm peti,ada kacang panjang jer..so tibai je laa...show masak dah nk start masa tu...hehehe oh ya..tambah 1 lg..sbb aku tersgt lapar..hilang konsep diet aku masa tu...hehehe tambahkan telur goreng...nyam nyam nyam...makanan yg aku masak utk seorg setengah tu..dibantai oleh aku seorang sahaja...hbs diet aku...

nak resepi lain?tunggu di masa yg lain,waktu yg sama, dalam rancangan..

MEMASAK BERSAMA ABG DIN....

p/s:knp abg din?knp x abg bob?sbb ada 'org' xsuka word 'abg bob' tu..



hidup membujang..mcm ni la...nasib baik aku ni chef...tp,klu aku dok sorang je masak2 mcm ni...klu ade org lain...huh!!jgn harap aku nk masak...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PoNtEnG @ dArUrAt~!?

Hari ni aku terlewat bangun..menyebabkan aku tak pergi keje..bukan xnk pergi...tp klu pergi pun dah separuh hr dah..so keputusannya...dok rumah...hahaha breakfast...makan megi jer...lunch...erm...malas tul nk kuar..aku pun kuatkan diri utk masak nasi...dah masak nasi tu...aku cedok separuh drpd tu untk makan tghr...separuh lg untuk dinner...ni dia makanan lunch aku.....





A - Nasi Goreng Kicap Pedas
B - Soya Ikan
C - Air Ribena

Bahan2
1 Pinggan Nasi Putih
2 Sudu cili yg diblender
1 Biji Telur
1 Piring campuran kacang
5 Potong Soya Ikan
2 Sudu Minyak
Sedikit Kicap
Sedikit Garam

Cara2
1.Panaskan minyak.
2.Goreng soya ikan hingga garing
3.Selesai goreng,gunakan baki minyak untuk tumisan cili. Tumis sehingga naik baunya.
4.Masukkan kicap.
5.Masukkan sedikit garam.
6.Masukkan telur.
7.Masukkan nasi putih dan goreng sehingga rata.
8.Masukkan campuran kacang.
9.Goreng sehingga nasi tidak melekat antara nasi-nasi.
10.SIAP!!!

Itulah resepiku yang boleh siap kurang dari 10minit.

p/s : cara buat air ribena aku nk ajar juga ke?heheheh
Hari ni aku terlewat bangun..menyebabkan aku tak pergi keje..bukan xnk pergi...tp klu pergi pun dah separuh hr dah..so keputusannya...dok rumah...hahaha breakfast...makan megi jer...lunch...erm...malas tul nk kuar..aku pun kuatkan diri utk masak nasi...dah masak nasi tu...aku cedok separuh drpd tu untk makan tghr...separuh lg untuk dinner...ni dia makanan lunch aku.....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NaSi KaMbInG~!





kenal org ni?nila tokoh maulidurasul 1430H..dato' dr maamor osman..isteri dia kawan kakak ipar aku.so dia buat kenduri sempena nk g umrah..aku pun join sekali la..sampai je rumah dia terus gi makan..bnyk giler lauk dia buat..aku pun amik nasi putih..dah isi penuh ni,dgr org belakang aku ckp..

"kat hujung tu ade nasi kambing"

aku pun toleh n aku nmpak kambing seekor atas nasi briyani..peh!!makanan arab..secara automatik aku buang 3/4 nasi dlm pinggan aku..hehehe bg space utk makanan arab tu laa...amik la aku lauk sket2..sampai nasi kambing tu,aku penuhkan pinggan aku..peh!!hr hujan masa tu..layan teh panas plak..aduh..sudahnyer,org tahlil kat dalam..aku tahlil kat luar...heheheh maaf yer dok...dia ade anak 2org.sorg 23tahun..perempuan.budak UKM..sorg lg lelaki br 8thn..br nk ngorat anak dia,tb2 kakak aku ckp,dia ni xlayan lelaki...so buat ape aku nk cari pasal kn...so tgk je la gelagat dia layan tetamu...ade ramai org besar2 dtg..perwakilan UMNO pun ada..tunggu jg kalau2 ade Tun Mahathir...tp xde...hehehe

dlm masa yg sama,kawan aku kat MLK msj aku pasal game MU dgn liverFOOL...nasib baik aku xpergi tgk kat NZ ke kat rumah ker...sbb MU kalah teruk...hahahha xpe..kasi can kat liverFOOL...


"kat hujung tu ade nasi kambing"

aku pun toleh n aku nmpak kambing seekor atas nasi briyani..peh!!makanan arab..secara automatik aku buang 3/4 nasi dlm pinggan aku..hehehe bg space utk makanan arab tu laa...amik la aku lauk sket2..sampai nasi kambing tu....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 TiPs MeNoLaK cIntA sAhAbAt


1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU”


1. Menyatakan kepadanya secara...
2. Menyatakan kepadanya sekiranya...
3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I'M YOURS vs AKU MILIK KAMO~!


Mula2 aku rasa macam poyo jer lagu ni...tp bile dgr...MAK AIH!!KREATIF SIUT...korang nk dgr?download laa...klu omputih lagu I'm your nyanyian Jason Mraz...ni malaysia mari..lagu aku milik kamu nyanyian sape ntah..

download

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam
Tidak ku berhenti

Sebelum terlewat ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta

Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta(cinta)

Dan takkan ku sangsi
Aku pasti
Takkan tunggu lagi

Usah ragui masa lalu kini
aku milik kamu

Dengarkan bisikan hatiku
tentang cerita
Ooo Oh

Lama benarku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku
Sendiri ku tertawan

Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia

Dengar dengar dengarlah
Ini kisah tentang kita
Inilah masa untuk kamu percaya cinta


p/s: suara alan ni macam Piere Andre...Lagu ni leh jd contoh PPSMI kot?hahahahah

Mula2 aku rasa macam poyo jer lagu ni...tp bile dgr...MAK AIH!!KREATIF SIUT...korang nk dgr?download laa...klu omputih lagu I'm your nyanyian Jason Mraz...ni malaysia mari..lagu aku milik kamu nyanyian sape ntah..nak lirik dan download lagu? baca selanjutnya.....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PPSMI



SENARIO 1

cikgu: murid-murid..hari ni kita belajar satu formula baru untuk fizik..

F = M x A

F tu daya
M tuh jisim dan
A tuh pecutan.

Murid2 : apa pulak F tu Daya..

D la patut Daya..M jisim? A pecutan?

cikgu ni dulu lepas ke tak kertas BM dulu ni?

SENARIO 2

Anak : Babah babah...ten divide five, berapa?


1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.

Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal

2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?

Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).

3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?

Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.

4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?

BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.

5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?

Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.

sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.

Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.

Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.

6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?

Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.

Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.

Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.

7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?

Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.

Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).

Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.

Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?

Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.

8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?

Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.

Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.

9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?

Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.

Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.

Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.

10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?

Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.

Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.

SENARIO 1

cikgu: murid-murid..hari ni kita belajar satu formula baru untuk fizik..
F = M x A....F tu daya, M tu jisim dan A tu pecutan.

Murid2 : apa pulak F tu Daya..D la patut Daya..M jisim? A pecutan?cikgu ni dulu lepas ke tak kertas BM dulu ni?

SENARIO 2

Anak : Babah babah...ten divide five, berapa?


1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mAuLiDuR rAsUL~!

semalam 9 Mac bersamaan dengan 12 rabiul awal tahun gajah...ops!! i mean tahun 1430H..heheheh hari yg paling indah untuk diraikan terhadap kelahiran nabi besar kita...Muhammad S.A.W...smlm aku xde mood nk bangun lmbt..entah laa..mata ni segar jer..dr pd aku ngadap TV..tgk ape siaran sempena Maulid nabi..
terdengarla satu tazkirah dimana ustaz rujhan yg bg..

U.R: knp kita meraikan maulidurasul?antaranya ialah kita nk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd Nabi sbb dgn kelahirannya Beliau ke dunia ni,menyebabkan kita punyai tunjang yg kuat utk panduan hidup iaitu Al-Quran dan hidupnya..Beliau jglah telah bersusah payah utk menegakkan agama ini sehingga sampai ke zaman kita..jadi hadirnya amat bermakna kepada kita dan kita wajib memuji dan mengucapkan syukur dan terima kasih..

tambahannya lagi...

U.R: sbb itu klu kite menyambut kelahiran kita,jgnla mintak hadiah pada ibu kita..sbliknya berterima kasih kpdnya kerana beliaulah yg bersusah payah mengandungkan kita...melahirkan kita..50-50 dah nyawa...(jenis baby mcm aku ni..haa besar nk mampos...hehehe)

terdgr bende tu..ade betulnya apa yg dikatakan..aku baru jer mintak mak aku masak special utk aku..hik hik hik..cancel la cenggini..ini dia lagu utkmu ya Rasullullah...

BudiMu bagai air mengalir
JasaMu bak selaut mutiara
BaktiMu bagai segunung permata… Rasulullah

Wahai insan bernama Muhammad
Sungguh mulia pengorbananMu
Tidak kenal erti penat lelah
Ya Rasulullah

Assolatu 'alan Nabi
Wassalamu 'alar Rasul
Assyafi'il abtahi
Wa Muhammad 'arabi

Akan ku cuba
Teruskan perjuanganMu
Sesekali tidak ku kecewa
Walau rintangan jua halangan
Yang bakal menghalangi perjuangan

Kan ku selawat padaMu
Tanda bukti kecintaan
Moga mendapat pahala dan jua barakah

C/o
Wahai Nabi kekasih Allah
Sungguh tabah menempuh dugaan
Segala bakti pengorbananMu
Tuhan saja bisa membalasnya

Ku pohoh dicucuri rahmat
Ditetapkan iman di hati
Moga-moga ku menjadi insan yang berguna


aku gerak balik ke KL dalam sekitar 2.30ptg..aku amik kawan aku naim dulu kat jengka 19..then masuk highway pantai timur..terusssss ke KL...

baru masuk LPT,dah jammed..aku igt sbb jalan sdg dibaiki..rupanya...Innalillah...accident antara lori tangki dgn sebuah MPV..depan aku bas..so xsabar aku nk tgk ape yg berlaku...sampai je aku ditempat kejadian..aku nmpk lori tangki tu remuk kat belakang dia..tu sebelah kiri..aku pusing sebelah kanan tgk MPV dah xde rupa..dahla hancur,tersadai atas divider plak tu..ok lg masa tu..mata aku sambil mandu sambil tgk kejadian tu..first sekali aku nmpk bapak tengah tersandar kat diverder tu kat blkg MPV tu..atas dia,dia tgh mangku anak dia 2org...sorg lelaki yg berlumuran darahnya..dan sorg perempuan yg mengeletik macam dah nyawa2 ikan..aduh..sorg lg kat bawah divider tgh terbaring.aku rasa dah xde dh kot...depan sket lg..aku nmpk mak dia tgh terduduk bersimpuh kat depan enjin MPV tu...mata xberkelip..pandang nun jauh melintasi highway..seakan2 tidak percaya akan kejadian yg menimpa dirinya itu...xcukup dgn tu...depan sket lg,kedapatan 2org lg kat jalan bertentangan..perh!!klu aku xsalah la...aku nmpk yg 2org tu,putus kakinya..xgaya manusia dah...

seluruh badan aku menggeletar...ni la accident paling teruk aku pernah lihat..aku ni dah la alah kpd darah...sekali nmpk depan mata..xtahan sgt..aku berhenti kat R&R temerloh yg jauhnya 5km dihadapan...g toilet..muntah2 dulu...hehehheh sapun minyak angin sket..minum 100plus n makan chewing gum..15minit...then aku gerak meneruskan perjalananku...xpernah hayat aku bawa kete 80km/j..hahahaha

GAMBAR

p/s: xleh jadi doktor aku ni...heheheheheh

semalam 9 Mac bersamaan dengan 12 rabiul awal tahun gajah...ops!! i mean tahun 1430H..heheheh hari yg paling indah untuk diraikan terhadap kelahiran nabi besar kita...Muhammad S.A.W...smlm aku xde mood nk bangun lmbt..entah laa..mata ni segar jer..dr pd aku ngadap TV..tgk ape siaran sempena Maulid nabi..
terdengarla satu tazkirah dimana ustaz rujhan yg bg..

U.R: knp kita meraikan maulidurasul?antaranya ialah kita nk mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kpd Nabi sbb dgn kelahirannya Beliau ke dunia ni,menyebabkan kita punyai tunjang yg kuat utk panduan hidup iaitu Al-Quran dan hidupnya..Beliau jglah telah bersusah payah utk menegakkan agama ini sehingga sampai ke zaman kita..jadi hadirnya amat bermakna kepada kita dan kita wajib memuji dan mengucapkan syukur dan terima kasih..

tambahannya lagi...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AkU pErLuKaN rEv0LuSi??



belum terlambat jika aku ucapkan TAHNIAH bunkface!!sbb lagu dia yg jujur ni...siyes!jujur sial lagu indie...harap u all dpt masuk AJL 24 dan jd juara mcm MUH..cuma...behave ur self,bunkface!!

download

aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

rasa resah ku

kian celaru
dengan ilham ku tempuh

F1
aku cuma mahukan

bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
OO.. OH OO..OH

C/O
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimpi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa masa depan ku

adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

benarkah anjakan paradigma
susuli ku terima

repeat F1$C/O


p/s: aku cuma mahukan bayangan resahku hilang...

belum terlambat jika aku ucapkan TAHNIAH bunkface!!sbb lagu dia yg jujur ni...siyes!jujur sial lagu indie...harap u all dpt masuk AJL 24 dan jd juara mcm MUH..cuma...behave ur self,bunkface!!

download

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pEmBeLaAn tUjUh KaLi GaNdA...


aku br siap format laptop aku..lepas dah install winamp..aku pun add la folder lagu yg aku ade..lagu pertama yg TERmainkan oleh winamp ni ialah SEIZE THE DAY.nyanyian AVENGED SEVENFOLD..nice lyric..tp aku xnk jd mcm dlm video clip dia..this is the lyric...feel it!

download
video

chorus
Seize the day or die regretting the time you lost
It's empty and cold without you here, too many people to ache over

I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry
These streets we travel on will undergo our same lost past

I found you here, now please just stay for a while
I can move on with you around
I hand you my mortal life, but will it be forever?
I'd do anything for a smile, holding you 'til our time is done
We both know the day will come, but I don't want to leave you

F1
I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry (a melody, a memory, or just one picture)

repeat chorus

Newborn life replacing all of us, changing this fable we live in
No longer needed here so where do we go?
Will you take a journey tonight, follow me past the walls of death?
But girl, what if there is no eternal life?

repeat F1

repeat chorus

F2
Trials in life, questions of us existing here, don't wanna die alone without you here
Please tell me what we have is real

So, what if I never hold you, yeah, or kiss your lips again?
Woooaaah, so I never want to leave you and the memories of us to see
I beg don't leave me

repeat chorus

repeat F2

Silence you lost me, no chance for one more day [2x then continues in the background]
I stand here alone
Falling away from you, no chance to get back home
I stand here alone
Falling away from you, no chance to get back home


p/s: bile aku nk dpt semula badan macam penyanyi kumpulan ni?hahahahah

post signature

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAC



MAC bermaksud...Muka Aku Comel....hahahah MAC ni bulan 3 la..bulan mac..

1 MAC
bulan mac ni dimulakan dgn panggilan hangat dr abah aku...yang mengatakan bahawa,gaji mingguan aku dah masuk...hehehe....
tapi kusangka hujan sampai ke malam...rupanya petir dipetang hari...
aku telah membuat tindakan yang bodoh...dan tindakan itu akan kuingat sampai biler2 DANNNN....aku xkan mengulanginya untuk sekian kalinya...
malam tu aku xdpt tdo..seakan2 izrail sudah memanggil namaku...dada aku sesak sgt..nasib baik ade game final carling cup..MANCHESTER UNITED lawan tottenham..first half aku duduk.second half aku baring.masuk extra time aku dah terbungkang dah..tp xdpt tdo lg.game hbs dengan kesudahan MAN U mnggondol piala carling dgn kemenangan 1-0(penalti 4:1).

naik atas igt leh tdo..xleh jg..terbaring macam dah xde nyawa..nk muntah pun ade tp xterkeluar.macam2 gaya aku buat utk lelapkan mata aku ni..ditambah lg dgn keresahan hati aku ni memikirkan sesuatu yg xpasti...jam dah kul 445pg..555pg nk kene bgn dah..akhirnya aku tertdo sambil bersandar pada dinding..

2 MAC
sampai jer parking pej.aku call utk mengetahui kepastian..tak ku sangka..cempedak dah jd nangka..panggilan pagi tu menjadi panggilan hangit.sepanjang waktu keje aku xbuat ape..hanya operate lappy aku untuk kali ke 6 dalam masa 2minggu..aduyai...

balik keje jer..jalan xjammed...sampai jer bulatan billion,tb2 hujan lebat...terkesima aku sekejap..kat tepi jalan,kedapatan ramai penunggang motosikal bergegas berhenti utk memakai baju hujan..ketika itu,aku bersyukur kerana aku menaiki kenderaan yg beratap...

rupanya hujan itu petanda awal bahawa aku jg akan mengalami hujan bila sampai rumah tu...sungguh xku sangka...knp begini nasib yg ku terima...

3 MAC
aku bangun dengan perasaan suram hr ni..breakfast pun ala kadar je walaupun makanan yg kakak ipar aku buat,feberet aku...sosej dibalut roti..

macam biasa aku memecut laju sambil mendengar HOT FM..dah lama aku xdgr ERA..part yg aku minat pun hanya slot riuh jer..tp HOT,aku minat semua...dalam perjalanan,topik yg hangat dibincangkan ialah CERAI,APA PUNCANYA... macam2 org bg komen..laki la puncanya...perempuanla..poligami la..origami la..ops!! terlebih sudah..origami tu lipat2 kertas laa...hahaha bg aku, isu cerai ni xpatut didedahkan dlm media masa.. cukupla sekadar pendedahan dalam kursus kawin bahawa hinanya penceraian ni..tp apabila ia dibisingkan dlm media masa..ia hanyalah membanggakan sahaja...apa yg nk aku kaitkan kat sini,seperti isu REMPIT..apabila didedahkan dalam media masa,semakin ramai rempit TERlahir...ye laa..niat produser,penerbit penulis mmg bagus..nk tunjuk akibat drpd aksi itu,tp rakyat malaysia ni xpandang yg itu..rakyat malaysia pandang yg aksi 'hebat' si rempit tu..lalu ingin menirunya..serupa dlm konsep cerai ni.cuba kaji, selepas pendedahan beberapa artis yg bercerai,berapa bnyk kes penceraian mengikutnya?brp?tgk sendiri la dlm statistik dlm akhbar hr ni..lebih sedih lagi..apabila terdapat sebilangan manusia berkata "alaa...kawin je..klu xserasi,cerai n cari lain.." inilah dunia sekrg...

p/s : carilah pasangan yg boleh membuatkan anda bahagia bersama..bukan sebelah pihak sahaja..


MAC bermaksud...Muka Aku Comel....hahahah MAC ni bulan 3 la..bulan mac..

1 MAC
bulan mac ni dimulakan dgn panggilan hangat dr abah aku...yang mengatakan bahawa,gaji mingguan aku dah masuk...hehehe....
tapi kusangka hujan sampai ke malam...rupanya petir dipetang hari...
aku telah membuat tindakan yang bodoh...dan tindakan itu akan kuingat sampai biler2 DANNNN....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS