Search This Blog

BUJANG

ini mungkin karya terakhirku sebagai orang bujang... hari esok, aku akan dinikahkan dengan seorang perempuan yang telah ditunangkan oleh keluarga aku sejak dari kecil lagi. biarpun aku ada orang lain, tp tradisi keluarga wajib diteruskan...


aarghhhhh ape ko ngarut ni?? tu semua dalam filem... dah la dalam filem... biasanye org pompuan yg buat luahan mcm ni.. hahahaha

sok besday aku... telah dittpkan jg, pada umur aku 27 tahun ni, aku perlu mendirikan masjid. yg mana, tapaknya sudah di bina sejak 9 september 2009 lagi. pelbagai halangan, rintangan, perangai, citarasa, asam, garam, gula serta turun naik perhubungan, telah berlaku dalam tempoh tersebut. akhirnya ke jinjang pelamin jg.

sampai bilakah ia bertahan? awek yg dengki kat luar sana, maybe akan menyuarakan pendapat ni... mahu tidaknya... kasanova XXL dah nak kawin... menangis awek diluar sana tu yob..... hahahaha bg mereka yg tak dengki, mereka akan mendoakan kebahagiaan aku. begitu jga dgn mereka yg sayang aku... pasti dia nak tgk aku hepi even diorg tak dpt bersama mereka dah.. tak tggl jg, mereka yg menyumpah seranah sbb aku tak pilih dia... eh! hebat benor ke aku ni yob yg nak tulis ayat2 sebegini rupa? udahle tu....dah bertaubat kan?hahahah

ape yg aku nak kongsikan pada entri hari ini ialah, perkara yg aku buat masa aku bujang.. akan dtg, pasti korang akan terbaca entri selepas aku dah berumah tangga.. masa tu, korang akan rasa nak baca entri ni. so, baca dan hafal skrg! heheheh

1. tak kemas bilik tdo. selimut tu, kalau leh biar sebulan tak lipat, mmg takkan terlipat.. 
2. baju kotor berlonggok kat tepi pintu. dgn harapan ada org tolong amikkan dan masuk dalam mesin basuh.
3. tdo lambat sbb buat keje. atau berfacebook atau layan hindustan or tamil desyum desyum!
4. bangun tdo lambat, berkejut dan menanti dikejutkan...
5. tunggu makanan siap dimasak utk bf, lunch dan dinner.
6. salam tangan mak ayah aku. peluk cium mereka...
7. susun atur baju dalam almari mengikut kelas nye, sekali setahun.
8. tdo kat katil besor, tp susunan bantal mcm tdo berdua...
9. sms report pada awek, pastu dah bertunang, sms pada tunang plak, setiap kali nak g mana2 n nak buat ape..
10. balik lambat dari tempat keje, sbb keje bnyk tak siap..

eh 10 dah la... kalau nak tulis semua, mmg tak tdo aku malam ni...

so, ape kemungkinan yg bakal berlaku bila dah kawin? jom kita buat bayangan ;o)

1. bilik akan terkemas sndr.. ada 2 sebab.. 1 sbb isteri kemaskan.. 2, sbb tb2 terasa bertggjwb utk kemas. hahahah
2. baju kotor sntiasa diletakkan dalam bakul kain kotor. n sentiasa kosong bila balik keje.. sbb isteri akan tlg  basuhkan ;o)
3. biarpun ada orang nak meeting dalam fb, cite MANN, chupke chupke mere sanam kat TV, atau sivaji the bos atau surat nak dihantar ke PM tak siap lagi, ttp akan masuk bilik awal... 
4. mesti bangun awal. ada 2 sebab. sbb nak buat keje yg malam td terbengkalai. atau mengerjakan.. ;o)
5. maybe join tolong siapkan makanan bf.. lunch time cuti dan dinner... ;o)
6. salam utk 3 org dah... isteri ;o)
7. sentiasa teratur.
8. tdo katil besor, 2org tdo atas dia.. tp ruang tido, 1 je digunakan... ;o)
9. sms pergi keje, takde dah. directly cakap je dari mulut ke telinga.. ;o)
10. sharp 6.01minit, dah start enjin kereta nak balik...

hehehehe ini kemungkinan yg bakal berlaku.. pepun kita tgk je la nnt... eh! bukan korang.. aku je tgk.. korang amik ikhtibar je ek?

malam ni, agak sayu sket perasaan ni. biarpun dilanda pelbagai kemusykilan, tp aku ttp cuba menghindarinya. biarlah.... nak buat mcmn... dah nasib aku diperlakukan sebegini rupa.. terima je la... kannnnn? kita cuba bersangka baik... kalau dia buat jahat, dia akan tanggun akibatnya...

rasanya cukup la setakat ini nukilan aku... pepun, jgn lupa ask to join this group (Shaheizy Sam Lovers Club - SSLC
mohon maaf kepada mereka yang mengenali ku... sesungguhnya, membuat kesalahan itu, sifat lumrah manusia.. tp memaafkan itu, sifat sempurna Allah ;o) maka, tirulah sifat Allah itu.. jgn tiru sifat syaitan ;o)

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN AKHBAR - ABPBH Tour - Sg Petani


Peminat tidak kisah bersesak demi bintang pujaan masing-masing

SEMUANYA tersenyum puas, tidak kira sama ada artis mahupun peminat, sejurus tamatnya siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 keempat di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, kelmarin. Tentunya ia detik sukar dilupakan pengunjung pusat beli-belah terkenal itu apabila mereka dapat bersua muka dengan artis kegemaran masing-masing. Apatah lagi buat peminat Aaron Aziz dan Shaheizy Sam, antara finalis yang mendapat sorakan paling hebat, seperti mahu runtuh premis komersial terbabit. Jeritan peminat, terutama daripada kalangan perempuan, di ruang legar pusat beli-belah itu kaut bergema sebaik saja artis ini muncul dari belakang pentas. Biarpun muncul agak lewat pada sebelah petang, peminat tetap tidak berganjak menanti kemunculan dua artis kesayangan mereka ini. Ternyata Ombak Rindu memberi impak sangat kuat buat penonton. Mana tidaknya, sketsa yang dipetik daripada filem popular itu sekali lagi membuatkan peminat berebut-rebut untuk ke pentas berlakon bersama Aaroz. Malah mendengar Aaron menyanyikan beberapa baris bait lagu Ombak Rindu membuatkan peminat riuh bersorak.

Bukan saja lakonan, nyanyian lagu itu oleh Hafiz juga pastinya membuatkan seorang peminat bertuah tidak tidur malam apabila dia diundang ke atas pentas untuk mengalunkan irama indah itu bersama bintang Akademi Fantasia terbabit. Mahu luruh jantung peminat itu saat Hafiz melutut di hadapannya, sambil memegang tangan.

Pelbagai aksi ditonjolkan oleh finalis dan artis undangan acara siri jelajah kali ini, dalam menghiburkan kira-kira 5,000 peminat yang hadir. Sesak macam mana sekali pun, ia tidak menghalang mereka untuk melihat dari dekat seterusnya beramah mesra bersama barisan bintang pujaan masing-masing.

Peminat Sam juga tidak kurang hebat apabila hadir bersama kain rentang. Ia jelas menunjukkan Bintang Paling Popular ABPBH2010 ini masih mempunyai peminat setia yang ramai. Kelab peminatnya yang dinamakan 'Shaheizy Sam Lover Club' ini setia menunggu Sam dari awal tengah hari, dan memenuhi hampir separuh bahagian depan pentas. 

Begitulah semangat yang ditunjukkan peminat untuk bertemu artis kesayangan. Bukan sekadar bersesak malah mereka juga cukup sporting apabila diminta pengacara siri promosi itu kali ini, Along Cham, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, untuk menari mahupun menyanyi bersama artis.

Seperti hendak pecah perut dibuatnya apabila permainan dan aktiviti pentas yang diadakan cukup kelakar. Sebagai contoh, aksi peminat bergelek sakan bersama Izara Aishah dan Fizz Fairuz dalam acara dinamakan 'Sekaki Berdarah' membuat hadirin ketawa tidak kering gusi. Masing-masing mahu memberikan yang terbaik untuk memenangi peluang menaiki kenderaan Nissan Livina XGear dan Nissan Teana 2.5L (A) tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd bersama artis pilihan.

Turut mencuit hati ialah sketsa Cinta Elysa yang diarahkan Fasha Sandha dan Johan As'ari. Tambah kelakar apabila seorang jejaka, iaitu peminat Fasha dikuasai perasaan gementar dan gugup apabila disuruh berlakon bersamanya. 

Permainan mencari solekan terbaik membabitkan artis dan peminat, anjuran Avon, yang diacarakan calon kategori Artis Komedi Popular, Enot dan Along juga tidak kurang menghiburkan. 

Penghargaan buat penyokong

DI samping acara permainan dan sketsa menghiburkan, selingan nyanyian daripada One Nation Emcees, Forteen, Shila Amzah dan Najwa Latif secara tidak langsung membuatkan siri jelajah promosi ini bertambah menarik. Shila yang diserang demam harus dipuji kerana dia masih mampu menghiburkan peminat dengan dua lagu iaitu Price Tag, nyanyian asal Jessie J, dan Patah Seribu.

Meskipun masa agak terhad, inilah peluang keemasan bagi finalis untuk mempamerkan penghargaan mereka kepada peminat yang setia mengundi mereka hingga ke peringkat Top 5. Biarpun ada di antara mereka sibuk dengan aktiviti seni, tetapi masih mampu meluangkan seketika untuk bermesra bersama penyokong.

Kali pertama menyertai siri jelajah ABPBH edisi ke-25 ini, finalis kategori Artis Baru Wanita dan Penyanyi Wanita Popular, Najwa, berkesempatan menyampaikan single ketiganya, Kosong, selain Cinta Muka Buku. Tampil berbeza, dia turut menjemput artis terbaru naungan NAR Records, I Am Neeta, berduet dengannya menyanyikan medley lagu Secret (One Republic) dan Wish You Were Here (Avril Lavigne).

Diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada Black dan Hazama, sememangnya kunjungan kali keempat ke Sungai Petani bukanlah usaha sia-sia. Kejayaan acara promosi di Zon Utara ini membuktikan ABPBH tetap kekal jenama yang berpengaruh di persada seni. Tidak hanya bertindak sebagai landasan mengurangkan jurang di antara artis dan peminat, ia juga dapat menonjolkan warna-warni industri seni kita kepada dunia luar.

Ternyata acara yang dihadiri lebih 20 finalis daripada 16 kategori ini kenangan sukar dilupuskan. Lebih bermakna apabila peminat dapat mengabadikan kenangan bersama artis dalam bentuk foto yang dicetak bersama logo ABPBH. Najwa, Forteen, Johan As'ari, Hafiz dan Hazama ialah antara artis yang berkesempatan untuk bergambar bersama peminat sebelum acara pentas dimulakan pada jam 2 petang.

Sementara itu, Siti Noor Hajar Kamaruddin, 27, dinobatkan peminat berpakaian paling kreatif mengikut tema ABPBH 2011, 'Big, Bold and Silver', manakala juara bagi dekorasi kek tercantik ialah Sakiroh Zainal. Masing-masing membawa pulang barangan LUX dan berpeluang untuk makan malam bersama barisan finalis yang hadir.

Siri jelajah promosi ini akan menemui peminat di destinasi terakhir iaitu di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, pada 23 hingga 25 Mac. ~ dan PEMINAT SAM AKAN MEMAKAI TSHIRT KHAS BERWARNA HIJAUUUUUUU!!!! Auewwwwwww!!!!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KINI SSLC~


tidak pernah ku terlintas bahawa aku akan aktif bersama kelab peminat artis... apetah lagi dekat dgn mereka... pernah aku cuba terlibat sebelum ini, pernah aku nak cuba ikut program mereka...tp mungkin bukan jodoh aku dengan depa... tp, pertemuan dalam FB secara tidak sengaja itu, telah membuatkan aku semngat utk terus menyokong bukan saja secara senyap2 tapi... lebh rapat malah akan rapat dgn beliau.. dan akan dtg aku mungkin akan rai sesuatu dgn beliau...

ape aku nak cite kat sini adalah, langkah kejayaan pertama aku...

cuba lihat gambar di bawah ni...

ni design banner aku buat. copyright okayyyy

kemudian aku hantar utk printing...

siap di printing ;o)

mendapat arahan utk dipos ke kedah. sbb tour  ABPBH akan berada disana.. ;o)

dan inilah hasilnye ;o)

geng2 SSLC yg berada di kedah

shaheizy sam dah pegang banner yg aku buat la der... huhuhuh bangga den...

terima kasih kepada pengerusi Qaseh Syayang kerana memberi kepercayaan penuh pada aku utk terus menyumbang semangat dan keringat dalam menjayakan semua ni..

terima kasih kepada Myra Zainal sbb amik gambar ni...

terima kasih kepada mummy khaty(ibu sam) turut menyokong SSLC

ops ape itu SSLC? SSLC is

Shaheizy Sam Lovers' Club

sila join group ini cepattt!!!!

now, aku ada projek baru.. iaitu, TSHIRT SSLC...



tapi ni contoh jer... yg sedang di cetak ialah warna hijau apple. 

kain jenis 100% mircofibre. quick dry, tak kembang. 

RM30 SHJ!
postage rm5 semenanjung. rm10 sabah sarawak.

CEPAT TEMPAH!! join group SSLC! dan buat tempahan!!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Perkahwinan

he is my besfren who married early than me. muahahaha

orang cakap, kalau taknak gemuruh time akad nikah, duduklah sebelah member yg akad nikah sebelum tu. hehehe


uihh.. lama tak berblog.. sibuk ajar orang blog.. sampai aku sndr lupa nak update blog... tp tak lama dah.. bulan 4 ni adalah bulan terakhir untuk ajar org kampung berblog secara percuma.. lepas ni, aku akan ajar jg... tp berbayar la.. ;o)

oh ye. ni dah bulan MAC. setiap tahun, dalam blog, friendster, facebook, myspace dan semua social web yg aku pernah ada, pastinya aku akan buat countdown untuk besday aku...

tapi tahun ni, agak berbeza. sbb tahun ni, sempena besday aku, serentak dgn pengakhiran zaman bujang aku. erm.. tepat pada umur 27 tahun, aku akan ada peneman hidup. yang selama ni, aku merantau dari pahang ke perak.. dari perak ke melaka.. dari melaka ke KL... dan dari KL ke pahang semula... akhirnya perempuan pahang juga yang akan ada disamping aku....

oleh sebab ni bulan perkahwinan aku... aku nak kongsi 1 tips perkahwinan... banyak tips perkahwinan.. anda boleh google. hehehehe

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

1. Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS