Search This Blog

Siapakah Pelengkap Tulang Rusukku?



Siapakah permaisuri di hatiku? siapakah yang telah mencuri hati aku?
lagu ni, aku dedikasi untuk dia..

Aku rela
Hidup denganmu
Demi bahgia
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Dijaga dan lena ku kuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi bersamamu

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Gengam dan semat dihati
Manisnya asmara
Kekal selamanya



Dia ialah....



Ni la nolie. tettt Nurlina Binti Abdul Wahab. no kad pengenalan.... tettt takkan semua tu aku nak cite? aku cite pasal dia ni sket dah la... she is nice! cute. tgk gmbr atas pun dah cukup.. bermula pertemuan kami di Wisma Elken Kuantan pada 1 ogos 2009, ketika itu aku memenuhi permintaan dia utk menghadiri seminar kesihatan. biasalah, jika lelaki tunjuk bentuk badannya, pasti wanita akan tertarik. masa tu aku volunteer nak jd model. so, masa tu la dia tgk tubuhku yg berketul2 ni.. hahahha tak lama kami bina tapak hubungan, kami melangkah ke hubungan yang lebih serius pada 9 sept 2009. 2tahun sudah usianya.. pelbagai ujian dan rintangan kami lalui. bukan tidak bersyukur...bukan nak menyesal... tp semua itu telah mengajar dan memberikan peluang utk masing2 mengenali diri msing2 dan sesama sendri.

Sempena usia 2tahun ini, bb nak mohon maaf sekiranya bb ada lakukan kesalahan, yang buat syg menangis. smg hubungan ini kekal sehingga selamanya.... jadikan segala pengalaman yang dilalui bersama bb sbgi ilmu utk menghadapi masa2 hadapan. dan jgnla sesekali cepat tergadah dengan ape saja dugaan yg bakal kita tempuhi selepas ini.

p/s : psttt pstttt cepat2 la belajar memujuk dgn mujarab... dah 2 tahun dah ni... umur belum tentu hidup lama... ;o) sayang syg selalu.. muahhh!!!! my bear is u... ur panda is me! ;o)

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS MENCARI LELAKI A.K.A CALON SUAMI YANG BAIK


HAI tawan2(kawan).. pe khabar semua... rini aku takde mood nak buat ape2. kecuali menulis blog. tu pun mengolah rakan2 punya point.. oleh sbb ramai kawan2 ku dah nak berkahwin atau pun masih dalam proses pencarian, nah! aku bg tips pada korang utk mencari calon lelaki yang sesuai utk dibuat suami. ;o)


1. Yang berkemampuan. Si lelaki itu mesti berkemampuan. pedooh(tipu) kalau korang kata leh hidup jika si mamat tu tak berkemampuan. korang nak makan, gerak, beli barang, guna duit ape? duit saidina? duit jutaria? duit monopoly?hahahhaa so, cari yg bekerja.

2. Lelaki yang boleh menggantikan tugas sebagai ayah dan ibu anda. Kerana jika perempuan ni, bila dah kawin, suamila amik tugas ayah bonda anda. jadi, make sure, si mamat tu, boleh menggalas tugas tersebut. jika kawin sekadar mcm nak kapel, tp tiada rasa tanggung jawab, go to helicoptee la...

3. Pastikan si mamat tu, boleh membawa anda ke jalan yang benerrrr. dan anda juga mesti boleh menegur dia jika laki tu, terlupa. sbb laki ni, kadang2 terbabas jg. itu mmg tak dpt dinafikan. ;o) makanya, jika si mamat tu, dapat membimbing anda, dialah lelaki yang anda perlu 'rembat'

4. Pandai dalam urus rumah tangga. focus kepada mereka yang pandai menolong anda ketika di rumah. contohnya, basuh pinggan, tolong masak, jemur kain dan sebagainya... hal ini penting tau! sbb zaman dulu, ye la laki hanya kuar cari duit. zaman skrg, dah lain. kebanyakkan suami isteri keluar mencari rezki. jadi masing2 letih bila balik. jadi, perlula berganding bahu. tapi ini tak bermakna si suami kena buat lebih dari isteri. tugas isteri masih utama dirumah. kerja diluar adalah no 2. jika kerana kerja ke2 menyebabkan isteri memberi alasan yang letih atau terabai kerja pertama, lebih eloklah anda,sbgi isteri, memuhasabahkan diri anda segera. 

5. Yang ini yang paling penting dalam mana hubungan. PERCAYA PADA ISTERI. tidak mudah bersangka buruk. Suami yang meninggalkan isteri di rumah, utk keluar mencari rezki, tidak boleh sama skali bersangka buruk pada isteri yang letih buat kerja dirumah. ko dah kuar, ko nak tuduh mcm2 kat bini. apa ko rasa, kalau ko keluar mencari rezki letih2, last2 ko dituduh main kayu dua? bengang tak? begitu jg dgn kaum isteri. jadi anda perlula mencari lelaki yang tidak mudah bersangka buruk pada anda. anda pun, jgn la bersangka buruk pada suami anda. lebih2 lagi jika ada dikalangan rakan anda kena 'bam' dgn lelaki. terus menyalahkan semua lelaki dalam hal ni. masing2 ada salahnya... jd tak perlu kita salahkan semua. salahkan pd mereka yang buat saja sudah la. tidak adil jika anda menyalahkan semua jika kesalahan itu hanya kerana seorang. ibarat kerana kerbau berlumpur, habis terpalit sekumpulannya.. attoooiiiiiiiiii dalam tidak sedar, anda menyalahkan ciptaan dan takdir Allah. lu pk la sndr!

6. Ciri suami yang anda perlu cari adalah RAJIN, POSITIF THINKING, dan TIDAK MEMAKAN HARTA PEREMPUAN. apa? igt perempuan je ada pisau cukur? laki pun ada la.... laki mcm ni, yang hanya bergantung pada isteri inilah tidak patut dijadikan suami. sbb pemalas! tak inginkan kemajuan! jika si isteri membenarkan pd suami utk mengguna duit isteri, alhamdulillah, isteri akan dapat pahalan besar. tp si suami kenala anda mata pencarian sndr jg.


7. Mudah memaafkan. sedangkan lidah lagi tergigit. apa pula suami isteri yang tggl sebumbung. ;o) pergaduhan tu mesti terjadi. kadang2 pasal hal kecik jer. tp leh gaduh. sbnrnya gaduh tu la yg buat hubungan jadi erat. cuma jgn diulang selalu kesalahan itu. buat salah, mintak maaf. buat salah, mintak maaf. lama2 laki akan jadi bosan. sbb dah mintak maaf, tapi buat lagi. dahla mintak maaf macam tu jer. mintak maaf ni, kena la ada susulan. barulah menjadi. nak aku cite pasal manusia dan paku ker? lain kali jer la... hehehe


8. dan terakhir skali, si mamat tu mestila datang dari keluarga yang baik2. bukan dari bangsawan ya.itu  cite kassim selamat. tak kisahla si mamat tu gaji kecik ke besar, make sure dia dari golongan yang baik2. kerana keluarga yang baik, akan melahirkan golongan yang baik. eh, iman tak dpt diwarisi la... eh ada jg org ckp mcm ni ek? org leh beta dgn aku, alaaaaa ayah dia pak imam, anak dia buka sana sini. sorry to say, pak imam tu salah ajar la kalau mcm tu. pak imam tu takde ilmu kekeluargaan.  ;o) lu pk la sndr ;o)

Selamat mencari! smg berbahagia dgn pilihan masing2. AMIN!

SUMBER ASAL

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudah Lama Tidak Berblogging!

Assalamualaikum...n Hi kpd mereka yg bukan beragama Islam... ;o)

waaahhhh sudah lama aku tidak berblog... knp?KENAPA? jgn tanya pada aku kenapa aku tak berblog, sebaliknya tanyalah pd diri anda, knp tak dorong aku utk berblogging...wakakakkaa

First skali, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, aku ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambutnya... seterusnya, kepada semua umat manusia yg join menyambutnya tak kira agama dan bangsa ;o)

2nd, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54. cite pasal merdeka ni, aku pun tak faham. skrg timbul yang aku belajar sejarah selama ni, adalah sejarah yg terpesong. yang cakap tu, pulak seorang guru! dulu sama2 belajar dgn aku, dalam kelas sejarah. lupa plak brp score dia masa dulu. dalam media masa, tak kira tv atau surat khabar, berkata lain, internet kata lain. habis, mana satu nak betul? kalau aku tak kisah pasal sejarah leh tak? pepun, kita dah aman. cuba perlukan pembetulan sedikit sebanyak,agar Malaysia tak dijajah semula.. atau di-take-over-kan semula oleh penjajah,

Tidak berniat utk menulis panjang. cuma, just nak warm up dimana, aku akan kembali berblogging. akan kembali dgn pelbagai tips penyelesaian masalah baik dari segi CINTA, HIDUP dan PERSOALAN RUMIT. ;o) juga aku akan kembali dengan diari harian aku. cuma tak hari2 la aku update.. nak update ni, kena ada mood.. so, first, aku kena ubah interface blog aku ni... kena lebih menarik dan tertarik... ;o)kepada semua followers aku, jgn lupa note dalam hidup anda, BIB <--- BOB IS BACK!

Salam sayang dari saya kepada semua pembaca.... jemputla datang beraya di rumah ;o) 
No 194 Desa Jaya
Bandar Tun Razak Jengka
26400 Maran,
Pahang

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS