HAI tawan2(kawan).. pe khabar semua... rini aku takde mood nak buat ape2. kecuali menulis blog. tu pun mengolah rakan2 punya point.. oleh sbb ramai kawan2 ku dah nak berkahwin atau pun masih dalam proses pencarian, nah! aku bg tips pada korang utk mencari calon lelaki yang sesuai utk dibuat suami. ;o)
1. Yang berkemampuan. Si lelaki itu mesti berkemampuan. pedooh(tipu) kalau korang kata leh hidup jika si mamat tu tak berkemampuan. korang nak makan, gerak, beli barang, guna duit ape? duit saidina? duit jutaria? duit monopoly?hahahhaa so, cari yg bekerja.
2. Lelaki yang boleh menggantikan tugas sebagai ayah dan ibu anda. Kerana jika perempuan ni, bila dah kawin, suamila amik tugas ayah bonda anda. jadi, make sure, si mamat tu, boleh menggalas tugas tersebut. jika kawin sekadar mcm nak kapel, tp tiada rasa tanggung jawab, go to helicoptee la...
3. Pastikan si mamat tu, boleh membawa anda ke jalan yang benerrrr. dan anda juga mesti boleh menegur dia jika laki tu, terlupa. sbb laki ni, kadang2 terbabas jg. itu mmg tak dpt dinafikan. ;o) makanya, jika si mamat tu, dapat membimbing anda, dialah lelaki yang anda perlu 'rembat'
4. Pandai dalam urus rumah tangga. focus kepada mereka yang pandai menolong anda ketika di rumah. contohnya, basuh pinggan, tolong masak, jemur kain dan sebagainya... hal ini penting tau! sbb zaman dulu, ye la laki hanya kuar cari duit. zaman skrg, dah lain. kebanyakkan suami isteri keluar mencari rezki. jadi masing2 letih bila balik. jadi, perlula berganding bahu. tapi ini tak bermakna si suami kena buat lebih dari isteri. tugas isteri masih utama dirumah. kerja diluar adalah no 2. jika kerana kerja ke2 menyebabkan isteri memberi alasan yang letih atau terabai kerja pertama, lebih eloklah anda,sbgi isteri, memuhasabahkan diri anda segera.
5. Yang ini yang paling penting dalam mana hubungan. PERCAYA PADA ISTERI. tidak mudah bersangka buruk. Suami yang meninggalkan isteri di rumah, utk keluar mencari rezki, tidak boleh sama skali bersangka buruk pada isteri yang letih buat kerja dirumah. ko dah kuar, ko nak tuduh mcm2 kat bini. apa ko rasa, kalau ko keluar mencari rezki letih2, last2 ko dituduh main kayu dua? bengang tak? begitu jg dgn kaum isteri. jadi anda perlula mencari lelaki yang tidak mudah bersangka buruk pada anda. anda pun, jgn la bersangka buruk pada suami anda. lebih2 lagi jika ada dikalangan rakan anda kena 'bam' dgn lelaki. terus menyalahkan semua lelaki dalam hal ni. masing2 ada salahnya... jd tak perlu kita salahkan semua. salahkan pd mereka yang buat saja sudah la. tidak adil jika anda menyalahkan semua jika kesalahan itu hanya kerana seorang. ibarat kerana kerbau berlumpur, habis terpalit sekumpulannya.. attoooiiiiiiiiii dalam tidak sedar, anda menyalahkan ciptaan dan takdir Allah. lu pk la sndr!
7. Mudah memaafkan. sedangkan lidah lagi tergigit. apa pula suami isteri yang tggl sebumbung. ;o) pergaduhan tu mesti terjadi. kadang2 pasal hal kecik jer. tp leh gaduh. sbnrnya gaduh tu la yg buat hubungan jadi erat. cuma jgn diulang selalu kesalahan itu. buat salah, mintak maaf. buat salah, mintak maaf. lama2 laki akan jadi bosan. sbb dah mintak maaf, tapi buat lagi. dahla mintak maaf macam tu jer. mintak maaf ni, kena la ada susulan. barulah menjadi. nak aku cite pasal manusia dan paku ker? lain kali jer la... hehehe
8. dan terakhir skali, si mamat tu mestila datang dari keluarga yang baik2. bukan dari bangsawan ya.itu cite kassim selamat. tak kisahla si mamat tu gaji kecik ke besar, make sure dia dari golongan yang baik2. kerana keluarga yang baik, akan melahirkan golongan yang baik. eh, iman tak dpt diwarisi la... eh ada jg org ckp mcm ni ek? org leh beta dgn aku, alaaaaa ayah dia pak imam, anak dia buka sana sini. sorry to say, pak imam tu salah ajar la kalau mcm tu. pak imam tu takde ilmu kekeluargaan. ;o) lu pk la sndr ;o)
Selamat mencari! smg berbahagia dgn pilihan masing2. AMIN!
0 comments:
Post a Comment