Search This Blog

BaCk To BaSiC...



Exist - Alasanmu

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan kelukaan ini
Ku mengalah
Ku bersabar

Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajat mu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan

Engkau pastinya tersenyum
Dengan pengunduran diri ku
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan

Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidup mu

Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh diri ku ini dengan dosa
Ku tinggalkan mu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikap mu
Semenjak dahulu

Exists - Bunga

Tak usah ditanya
mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi
terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi


Pernah ku mencuba
terima seadanya
Sayang ia selalu
calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya


Ku mohonkan yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta


Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata-kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya



Ntah kenapa la hr ni aku suka dgr 2 lagu ni..asyik ulang lagu ni jer...mungkin liriknyer ade kena mngena dgn aku kot...ahaks!!sudahla...

hr ni kat ofis..PANAS!!!bukan sbb ade cite panas...sbb aircond xelok...tgh duduk2...my dad call..rupanya dia ada kat sini..pergila jupe jap..tgh2 jupe tu,ade kete sampai..tgk2 Dato' Hj Khamis..knl?xkenal?cari la dlm google sape dia tu...dia tu EX Pengurus Besar Felda.dah pencen dah..jupe bapak aku mcm kawan sepejabat..masa tu aku nmpk betapa ayah aku ni dikenali org rupanya..nasib baik xjadi YB jer...klu jd,sakit sket aku nk jupe...hehehe

ht aku asyik sedih jer..masuk ofis pg td,kawan aku perasan yg mata aku bengkak...kantoi...ape leh buat...buat xth je laa...br post article td,ni gatai tgn nk post lg...ntah laa...semua bende xkena hr ni...nk luah pd sape?aku pun xth..........

p/s: BACK TO BASIC!!!

post signature

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cInTa GiLa....

Sejak 2 menjak ni,aku selalu dengar lagu ni kat hot fm..sekali aku dgr,ntah ape2..tp ntah mcmn ntah sepanjang perjalanan aku balik dr melaka ke KL semalam,asyik lagu ni jer yang berkumandang...liriknyer xdela membuatkan aku mendayu2 tp buat aku layan jer..mmg smart..aku rasa band indie ni menghasilkan lagu yg sgt jujur...thats y aku xheran klu MUH menang AJL23 mlm td...tahniah kpd MUH...

DOWNLOAD

saat indah bermula…

terasa bahagia…
cinta yang lama terhenti,
berputik kembali…


ada yang menghampiri,
ku tidak peduli…

cinta ini cinta gila,
untuk kita berdua…


c/o
Tiada yang dapat menghalangnya
kita berdua terus bercinta,
selamanya…


i cant live..
i cant live without you oh baby

just only you that my love..with love…

hanya kau ku miliki,
yang tiada ganti…

bukan mimpi sudah pasti,
jiwaku berseri…


ada yang menghampiri,
ku tidak peduli…

cinta ini cinta gila,
untuk kita berdua….


p/s: aku harap band indie dpt menonjolkan kehebatan mereka dgn cara yg betul...karya smart,biarlah attitude pun smart...

post signature

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PATIC vs RSM

dah lama aku xtulis hasil nukilan aku...hari ni macam terpanggil plak nk tulis...hehehehe

ni cite kelmarin..baru nak tulis...hehehe

semua org sedih pasal xsambut tahun baru...tp aku lg sedih...walapun aku tahu aku sedih,tp aku tahu,ade lagi yg lebih sdih...cite aku ni, pada malam tahun baru tu...aku berhajat nk balik jengka..tp,mak aku xbg balik malam2..sedangkan org KL mmg bnyk jejalan balik kampung waktu malam@tgh2 pagi...bile xjadi,aku naik bilik jam 930mlm...kemas2 barang...check dompet...apa yang mengejutkan aku ialah IC AKU HILANG!!!!aku puas igt..kat mana aku letak...tanya semua org...semua xde..akhirnya aku terlelap sambil dompet di atas dada... :(

2minggu aku jd pendatang asing tanpa IC(PATIC)...tergerak ht aku nk gi sunway...sdg berjalan2,aku tersinggah di kaunter kastemer servis...aku pun rerajinkan mulut aku ni untuk bertanya...

PATIC : encik tumpang tanya...ade x IC saya kat sini?saya hilang dah 2minggu dah..
Pegawai : encik hilang kat mana?
PATIC : saya xhilang...yg hilang IC saya..ade ke x?saya dah hntr emel pada pegawai atasan sunway...2 kali saya send..tp xde pun reply..
Pegawai : erm..klu macam tu,tulis nama,no tel dan no IC...

aku tulis dan bg pada dia...dia gi belakang kadboard tu....dalam 2min mcm tu...buat ape ntah..cium dgn pegawai sorg lagi kot... :)) ...lepas tu dia dtg dgn pgg sumting kat tgn dia..dia angkat je...ape yg aku nmpk dulu ialah muka hensem aku waktu form 6 tu...perh!!!aku rasa nk menjerit jer masa tu....betapa aku hepinye masa tu...pada 11 januari@besday siti nurhaliza@resepsi mawi-ekin kat La'Marquee, aku ditabalkan semula sebagai RAKYAT MALAYSIA...

RSM : terima kasih cik..
Pegawai : sama2..be careful ye lain kali...
RSM : (senyum)

RSM = Rakyat Sah Malaysia

keluar jer dari sunway tu,bende pertama aku buat ialah, buang kertas polis jengka tu...bukan salinan repot pun..setakat kertas kecik 3cmX3cm jer...lepas tu aku kuar phone aku,aku call abah aku..abah aku cakap "Tahniah sbb jadi rakyat malaysia semula..."...lepas tu aku call honey aku plak....aku ckp dah jupe IC..selama ni aku jd rakyat indon,skrg dah jd rakyat malaysia...dia leh gelak sakan...xpatut....kot yer pun nk tumpang gembira,jgn la gelak sakan...gelak berlebihan...gelak sket dah laa....sakit telinga aku dgr gelakan dia..agaknyer dia gelak sambil berguling2 macam tenggiling kot...

apapun,now aku dah xkesah nk kuar larut malam..sbb,aku dah ade IC..hahahahaha tp klu gi CLUBBING...no way..sbb.......clubbing KL kene bayar...ape barang...clubbing melaka free jer...(AMARAN KERAS : pergi clubbing,jgn minum minuman keras yer...air kosong pun jgn..takut dia bg vodka jer..sbb warna same jer...mintak air coke sudah...pergi clubbing utk layan lagu sudah...no alkohol!no sex!reti?)

jam pun dah menunjukkan 5ptg.... 15minit lg waktu utk balik keje...so baik aku gi asar dulu...lekat trafic jammed pun xde hal...tp klu maghrib lekat jg..mcmn?haaaa lu pikir la sendiri...

assalamualaikum....

post signature

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BeNaRkAh CiNtA iTu MeNyAkItKaN?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.




Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CiNtA aDaLaH tAnGgUnGjAwAb...

Memang ramai yang inginkan bercinta. Pada masa saya muda-muda dulu (macam sekarang ni dah tua pulak ye?), saya takde la nak fikirkan sangat mengenai cinta ini. Ala…masa dulu tu lebih suka berjumba-jumba dengan kawan-kawan. Tak terfikir lagi untuk terikat dan memikul tanggungjawab ni. Dan sekarang ini, bila sudah bercinta, saya kenalah bertanggungjawab dengan cinta saya ini, Mrs Teddy la… Siapa lagi kan… ;))

Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab? Bagi saya, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.

Dalam konteks cinta ini pula, sudah semestinya tanggungjawab itu ada. Kita mestilah memberikan kasih sayang kita pada buah hati kita itu. Kata, ingin bercinta kan? Jadi, kenalah bertanggungjawab dalam memberikan kasih sayang. Takkan la lepas kata setuju bercinta atau berkapel, then kita boleh tinggalkan sebegitu sahaja?

Selain daripada memberikan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab dalam meluangkan masa bersama-sama dengan kekasih kita itu. Kalau yang bagi lelaki yang tidak suka bershopping tetapi si kekasih ini suka bershopping, kita kenalah ikut. Teman dia pergi shopping.

Kalau dah penat tu cari la mana-mana kerusi dekat kedai tu dan duduklah berehat sementara si gadis kita ini membelek-belek kasut atau baju di kedai tersebut. Kalau beli takpe la jugak kan? Ini tidak, asyik membelek-belek dan mencuba-cuba sahaj. Hehehe. Tapi, diingatkan, pastikan si dia dalam lingkungan radar kita. Nanti hilang kang, jenuh pulak kita nak mencari. Kan susah tu?

Untuk gadis pula, kenalah faham tanggungjawab diri. Kalau si jejaka sibuk dengan tugasan harian, janganlah nak ditambahkan lagi bebanan itu. Kita kena ada tanggungjawab dalam memahami perasaan pasangan kita. Kita kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Kita juga haruslah membantu si dia jika dia perlukan sokongan kita. Berikan kata-kata semangat dan motivasi supaya si dia rasa dihargai.

Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin bercinta, anda haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pendapat saya, bercinta merupakan satu cara untuk kita belajar dalam memikul tanggungjawab sebelum kita dapat bergelar sebagai suami isteri. Kerana, sudah pasti memikul tanggungjawab sebagai suami isteri lebih berat daripada dengan bercinta sahaja.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS