Search This Blog

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri


Pernahkah pasangan korang mendiamkan diri secara tiba2 dan tidak mahu bercakap dgn korang? Bila korang tanya, "u ada masalah ke?"... dia akan ckp tidak dan senyap jer. kadang2 tak angkat call n tak reply sms korang... pernah tak?pelik kan?


1st skali, jgnla korang berfikir yang bukan2. jgn pk dia ada gegel lain ke ape ke. even pemikiran tu maybe betul. tp itu hanya 1% shj. hari ni aku nak kupas ttg, knp laki suka mendiamkan diri.


Ada 2 sebab kenapa dia diamkan diri... ;o)YANG PERTAMA sbb dia ada masalah. dan YANG KEDUA dia kecik hati dengan anda ;o)


Kita pergi yang pertama dulu. Sbb dia ada masalah. "tp knp taknak kongsi??? knp diam membisu dan tak layan aku??" maybe hati kecil korang ada ckp mcm tu kan? Hal ini .....

Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.

Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.

Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).


Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


Janganla korang pk macem2 plak dengan cara dia. bukannya dia takkan berkongsi masalah. tp kadang2, bila kongsi dgn anda, ia tak membantu. jadi, atas rasa tanggung jawab itulah, dia akan berusaha menyetelkan sndr. ;o) lebih2 lagi jika sebelum2 ni, dia pernah kongsi masalah, then keadaan lebih serabut bila berkongsi dgn anda. lagila si dia nak bersendirian. so, let him do it! ;o)


Sebab kedua dia diam adalah kerana dia kecik hati. % utk diam sbb kecik hati kerana orang lain adalah rendah. tapi % untuk diam jika kecik hati dgn anda adalah lebih tinggi. Anda sepatutnya mengambil ruang yang ada, utk...


1- cuba mendalami perasaan dia.

2- jgn bertanyakan bertubi2 soklan.

3- jgn berharapkan dia yang bagi solution utk dia pulih.

4- mengambil hati dia, pujuk dan do something yang dia suka.

5- anda dah kenal dia lama, so, pastinya ada perkara yang selama ni, boleh buat dia kembali normal. dan anda tak nmpk. so, anda kena cari, gali dalam2. dan apa bila anda lakukan perkara itu, Insya Allah!!! dia akan pulih.

6- jgn mendiamkan diri dan mengubah tajuk yang sedang hangat dibincangkan.

7- jangan mencurah api ke dalam minyak.( minyak kan diam... so pi curah api, awat nya! hahaha)

8- cuba elakkan melakukan double mistake. tak sempat dia nak pulih kecik hati tu, anda buat sesuatu yang dia tak suka lagi. atooiiii bahaya!!!

9- bertahan. kerana maybe kecik hati dia akan membawa ke masa yang agak lama, bergantung kepada kepandaian anda dalam memujuk. ;o)

10- dan maybe yang terakhir, cuba amik wuduk, dan solat sunat hajat. EH! knp bende ni last skali? knp tak mula2? mula2 dia lah... pastu usaha.... istiqamah dgn usaha anda..then yg ke 10 ni la tawakkal.. ;o) ok?


Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. amin. (sbb ape kami? sbb bila korang baca, tak semena-mena korang telah doakan utk diri sndr. )


JIKA INI KARYA TERAKHIRKU.... ketahuilah... setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. cuma, berkesan atau tak je.. ;o) slamat mencuba!


Sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

buku3lima said...

oh sebab tu eh lelaki suke mendiamkn diri...ada mslh.. hurmm... patutlah.. jadi cara yg sesuai adalah membiarkan dia selesaiakan mslh dia dulu... he needs time ..thanks for this article.. :)

Nazlina Collections said...

;o) but do not give he so much time to solve his problem. just be with him n do not give him problem from u ;o)

kepala lelaki ni, sntiasa ligat mencari penyelesaian. tetapi kelakuan wanita akan membantutkannya. menyebabkan kemarahan timbul kepada si perempuan pula. ;o) hati2 ;o)

Anonymous said...

Klau dia terus x contact tu apa cerita pulak?

Unknown said...

Haaaha . Taknak pecaya :p

Chu Nada said...

Menarik betul isi karya ni

Chu Nada said...

Menarik betul isi karya ni

Anonymous said...

Thanks ....