Search This Blog

SUAMI...Jangan BACA!


Memandangkan aku tiba2 hilang mengantuk dan mood aku untuk buat segala bende! aku pun mengambil kesempatan untuk berkarya.... kali ni, aku nak cite pasal suami!


Korang dah kawin? isteri sedang ngandung? haaa... hari ni ada tips utk SUAMI yang isterinya sedang mengandung.... menjadi suatu impian kepada seorang isteri, mendapat suami yang memahami perasaan, dan diri mereka sendiri. KERANA(nampak tak betapa penting nye ayat selepas ini.hahaha) tatkala dia mengandungla, emosi dia tidak begitu stabil dan sangat memerlukan sokongan padu dari seorang suami yang telah berjanji dihadapan kadi dahulu.

Tapi ramai suami yang gagal mengawal situasi ini. "Ko dah buat, ko biar je bini ko tanggung sorang2 ek?" haaaa itu ayat aku bg korang la. ayat pendek yang mudah korang faham..hehehhee

Jadi, sedikit tips untuk sang suami semua...

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai suami yang punyai kerja di luar rumah. maksud aku pejabat la. samaada kerja bawah orang atau menjadi bos diluar, anda tidak boleh menjadikan KERJA sebagai alasan sibuk. Biarpun korang sibuk mcmn skali pun, make sure korang kena ada masa untuk isteri korang. jangan sampai tak balik rumah. atau outstation lama2. kalau kursus tu, keluarlah duit sket utk tempah bilik lain even company korang dah sediakan tmpt penginapan. kalau gi outstation, bawa lah sekali... tp kalau leh elak bende ni, cuba elakkan. sbb isteri mengandung ni, lain sket..

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Ketika mengandung, isteri mestilah menjaga permakanan. jadi, suami perlulah membantu menjaga permakanan. pastikan isteri makan makanan yg sihat sahaja. MENGIDAM. jadi, korang perlu CUBA mendapatkan apa yang diidamkan oleh isteri. SELAGI ape yang isteri tu idam, adalah HALAL, boleh didapatkan dan logik akal. pernah skali tu, orang dekat2 saya ni, isterinya idam nak makan cat dinding. adoiiii....

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Perempuan mengandung ni, tak sama macam lelaki boroi tau. cuba korang yang boroi, atau tak boroi pun, leh cuba ape yg aku bakal cakap ni, korang amik batu bata, ikat kat perut. pastu cuba gi keje, berak, kencing, mandi dan test solat(cuba je. bukan solat tul2. time nak solat tul2, takpayah la pakai yerk)tgk mcmn korang rasa... hehehe itu bende mati. mcm isteri ni, bende bernyawa. so setiap pergerakan mesti berhati2. so suami perlula bantu dia dari segi pergerakan. Jangan plak bila korang g jenjalan, dia lmbt jalan, korang nak bising2.

4. Bersikap ringan tulang- Biarpun korang ni sibuk dan pemalas. tapi time isteri korang mngandung, tolong la wehhh.... tak payah tunggu isteri suruh baru nak tolong. sebab tu korang kena pandai buat keja rumah. alhamdulillah, aku ni pandai masak, lipat kain, basuh kain, jemur kain, basuh pinggan dan semua nya la... cuba jaga baby je belum try.... hehehhee so, TOLONG bersikap ringan tulang terhadap isteri korang yang mengandung tu.. ok?

5. Belajar psikologi - Korang kena selalu bangun pagi, dengar TANYALAH USTAZ, MUKADDIMAH, MOTIVASI PAGI dan apa saja program yang boleh memberi motivasi terhadap anda. sbb ape? korang kena pandai handle perasaan korang tatkala isteri korang mengandung. sbb ape? sbb isteri mengandung ni, emosi dia berbeda skali. 360 darjah! kadang2, hal kecik je, dia boleh melenting. kadang2 boleh mudah menangis.. so, korang kena faham perubahan ini..

6. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Biasanya, seorang ayah akan kurang manja dengan anak2. hal ini kerana,si ayah banyak masa di luar untuk berkerja. Jadi, peluang ini, perlu dirembat habis-habisan sewaktu ibu sedang mengandung dengan mengambil alih seketika tugas ibu yg sebelum ini, menjaga anak2. ni bg perihal isteri mengandung yg dah ada anak. Rapatlah dengan anak2, dan bermanja2 selagi masa ada.

7. Membawa isteri pergi kemana-mana- Kalau boleh, jgn biarkan isteri anda memandu. zaman skarang ni, kadang2 kita dah jaga keselamatan. tp, orang ttp langgar kita. tp kita perlu ada usaha untuk mengelak sesuatu yg tidak diingini. jadilah pemandu kepada isteri anda yg sedang sarat mengandung. temanilah dia, selagi ada waktu berdua. hehehhe.

8. Menabung dari awal- Jika lihat zaman skrg, barang semakin naik. Jadi tak mustahil pada masa akan datang. Jadi menabungla utk anak2. tak banyak pun takpe. rm100 sebulan. kalau setahun?1200. budak tu nak masuk U umur 20tahun akan datang. rm24k. tak risau dah... kan? tak perlu buat pinjaman. itu kalau utk budak2. kalau korang pun, kena menabung dari skrg. cara menabung, bila dapat gaji, potong 10% awal2 daripada gaji. jgn potong last2. sbb konfirm lari budget. hehehe cubalah... pastu seronok!!


Semoga tips yang diberi dapat menjaga rumah tangga anda. insya Allah. kenali pasangan anda. insya Allah! segalanya akan OK! moga Allah memberi hidayah dan rezki yang melimpah ruah kepada pembaca semua. amin! See you soon!


SUMBER

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: