Search This Blog

DIET SAYA BERMULA HARI INI!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi serta salam utk 1 Malaysia

hari ni merasakan sungguh letih kerana semalam, di KL. tghr di Jengka, jam 1pg di Temerloh. Jam 6pg di KL semula.
Dahla hari ni hari pertama DIET. 
Kali ini, apakah diet yang bakal digunakan?
DIET ATKIN lerrr...

Info Panduan Diet Atkins

  • Diet Atkins dipelopori pakar pemakanan barat DR Robert C Atkins.
  • Diet  Atkins sejenis corak pemakanan membantu mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan.
  • Pengamal Diet Atkins Mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, mi, kentang dan gula apabila badan mula membakar lemak sebagai bahan api sekali gus berat badan mula menyusut.
  • Diet Atkins terbukti mengurangkan berat badan dalam tempoh 5 – 6KG seminggu bergantung kepada berat badan asal individu serta 20 – 30KG dalam tempoh beberapa bulan dengan syarat melakukan diet dengan penuh disiplin.
  • Terdapat beberapa makanan tertentu yang boleh dimakan
  • Syarat memulakan diet atkins iaitu memastikan minum air mencukupi iaitu satu liter bagi 25KG berat badan, makan tiga hingga ke lima kali sehari, dan elakkan lapar.
TEKNIK MASAKAN :-
Panggang, stim, bakar, sup, digoreng tanpa tepung/gula/madu
MAKANAN DAN MINUMAN :-
Ikan, Ayam, Daging, Sayuran Hijau SAHAJA, Udang, Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan, Rumpai laut, Supplement dan vitamin.
MINUMAN :-
Air RO


NO CARBO
NO SUGAR
NO AIS

so, for breakfast... taraaaa...
4biji telur + 1 RO water.


Untuk mggu pertama atau bulan pertama ni, saya akan mulakan dengan 5hari sahaja diet seperti ini

BF (7-8am) - telur dan air RO
Minum Pagi (10-11am) - Sayuran dan air RO
Lunch (1-2pm) - sayuran + ikan goreng@ayam.
Dinner (6-7pm) - sup sayur + ayam bakar

Kalau lapar selain dari waktu itu, amalkan makanan sunnah. seperti kurma. atau buahan masam seperti epal. atau pisang untuk tenaga atau sayuran hijau. Yang penting jangan lapar!

Baki 2 hari lagi ialah sabtu dan ahad.
pastinya akan dijemput untuk kenduri dan lepakin wit family or frenz.
so, teruskan kenduri dan lepak.
CUMA.....
kawal diri anda untuk makan.
nasi maybe sebesar tapak tangan.
air kenduri maybe segelas sahaja.
sayur perlu ditingkatkan dan ayam atau ikan mesti dibanyakkan.

pokoknya elakkan yang berminyak, berlemak, dan bermanis. hehehehhe

EKSESAIS! (exercise)
tersangatlah perlu...
Di FELDA ini, terdapat GYM. so, saya akan kembali ke pentas GYM. Bagi mereka yang tiada gym, tidak cukup masa untuk exercise, anda perlulah mencuri masa seperti anda mencuri masa mambaca artikel ini atau membalas sms dan panggilan pasangan anda ketika waktu kerja,
dengan melakukan exercise setempat.

Maybe anda boleh menaiki tangga.
Contohnya saya, pejabat tingkat 41/50. mungkin saya naik lift sampai tingkat 40, dan teruskan 1 tingkat dengan tangga. 1 tingkat je? ermmm... itu contoh permulaan. jgn terus 41tingkat dengan tangga. tak jadi kerja nnt. heheheh
atau parking paling jauh dengan pejabat. agar dapat berjalan pergi dan balik kerja.
Pejabat saya takde tangga dan tempat parking dekat.
ermmm.... awak boleh lakukan senaman di tempat meja awak jer. latih tubi(pamping), bangkit tubi, bahagia bertubi-tubi. oh tu bukan.. itu kris dayanti. hehehehe dan mcm2 lagi.

MEJA SAYA TAKDE SPACE NAK BUAT.

HELLOOOOOOO~~~!!!! nak kurus dan sihat ke tak?
kalau nak,
JANGAN BERI ALASAN!!!

Taaaakkk... saya tak marah pun.... saya cuma nak cakap...

SELAMAT BERJAYA!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: