Search This Blog

. .. ...GuAsA... .. .





Guasa

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...TuDuNg Vs. HiPoKriT... .. .


SUMBER

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.
Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.
Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.
Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.
Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.
Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.
Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.
Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.
Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.
Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
9 Muharram 1431
26 Disember 2009

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...NaMuN aPaLaH dAyAkU... .. .





Hadirlah keindahan
Abadi kau berikan
Kenangan telah ku alami

Cinta yang didusta
Prilaku dosa
Khayalan
Kau memperdayaku

Namun apalah dayaku
Tempuh dan biarkau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia

Pedihnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagahkan teguh berdiri

Segala nikmatnya
Syurga kononnya
Kelalaian
Kau memperdayaku

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...DaLaM hUtAn AdA tAmAn. Ha! Ha! Ha!... .. .





Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...tAk KeSaH rUpAnYa..XpELa KaLaU mCm TuE... .. .





Bercerita lagi lagi dan lagi
Tentang penggantiku dah kau jumpa
Uh dia lebih bergaya
Bicara semanis kola
Dia itu dia ini dia la la la

Verse
Mungkin kau tak tahu
Ku tak seperti dulu
Selama bersama
Ku bukan dicinta tapi diperguna
Hanya sia-sia

Chorus
Apa ku kisah
Kau mainkan rasa
Kau punca segala
Kau takkan berubah
Apa ku kisah
Kini ku berdiri
Rela ku sendiri
Tak lagi peduli
Apa ku kisah
Akan tiba satu masa
Kau akan terkena
Apa ku kisah
Apa ku kisah
Apa apa ku kisah
Apa ku kisah apa ku kisah

Dulu ku memang naïf
Sekarang dah naik tarif
Keinsananmu hilang
Janji langsung tak pegang
Aku tak kisah sama siapa engkau bersama
Kau umpama musuhku untuk sekian lama

Kepala pusing
Pusing tidak menentu
Aku bosan caramu
Buatku bercelaru
Orang suka kata-kata yang dusta
Sebelum kau jadi ratu
Baikku jaga (ka-ching) di saku

Ulang Verse
Ulang Chorus

Tak kisah tak peduli
Di sana kau berdiri
Rasa resah gelisah
Kerana ku tak peduli
Dengan segala kata janji
Yang tak mungkin terjadi
Tak mungkin terjadi



Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...aPe PrOpAgAnDaNyA?aPe MoTiFnYa?BuKTi... .. .





Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah

Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya

Air… mata….
Ku tahan…
Mengalir lesu
Dalam kalbu

Dingin.. lalu…
Membeku…
Menjadi bukti luhur niatku…

Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu dedah..

Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja

Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...ApA nAk JaDi... .. .


hari ni, aku rasa macam nak ape je.... semua bende tak jadi... takkan nak kena berkorban lg? adduuiii....

breakfast pg ni roti 2keping je. my mum tak masak. takpela..niat aku bukan nak bukak offis pun...nak tutup, n g breakfast kat temerloh. bagaikan petanda bahawa aku tak boleh berbuat sedemikian, dapat 1 sms. sibuk. so takpela. sampai ofis. terus buat keje yg tak siap. ahha! dah lunch time.... bersiap nak kuar makan...

F**K! wallet aku....tertinggal rupanya... mak aih...nak puasa, haram.... masuk balik dlm office... terpaksa berlapar... dahla hati sakit... lapar plak tu...nak tahan sampai bila?

apa nak jadi la dgn aku ni....

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...AiDiL aDhA... .. .


rasanya belum terlambat untuk aku wish selmat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam yang menyambutnya.

secara peribadi, aku tidak merasakan kemeriahan sambutannya semalam. mungkin sbb aku skrg dah malas dalam membuat segala bende.. atau mungkin semangat korban yg disalah ertikan. dengan mood2 aku sekali dikorbankan...

K.O.R.B.A.N....ape maksud korban pada anda? adakah mereka yg ada bahagian dalam sembelih lembu tu je yg dianggap melakukan korban? tidak....mendengar tazkirah yg disampaikan oleh Prof Izzy dalam sudut refleksi Hot FM kelmarin, korban ni, bukan sahaja mereka yg ada bahagian dalam lembu tu, tapi org yg tolong terlibat menumbangkan lembu juga dikira berkorban. melapah. menjayakan program korban, dianggap berkorban. yg tak beli lembu, tapi nak kawasan rumahnya menjadi tmpt sembelih, juga dianggap berkorban.. indahnya Islam....

pagi2 raya, aku terus mandi dan bersiap. memakai pakaian raya aidilfitri tahun ni. tak sempat nak breakfast. sedangkan sunat utk makan dahulu seblum g solat raya. berbekalkan kemalasan dijiwa, aku ke surau paling sejuk di malaysia ni. SURAU TAMAN DESA JAYA. tak percaya? dtgla solat sendiri ke surau ni... sampai je kat surau..mcm biasa la..aku remaja pertama yg ada kat sana. selesai solat dan jamuan, aku balik ke rumah. tukar baju. dan ke surau semula. tapi agak lambat sbb aku tak leh tgk lembu tu disembelih, nnt aku takleh makan daging dia..

aku sampai masa tu ada 2/5ekor lgi tak sembelih...diorg tgh sembelih lembu ke 4. aku dah cuak dah...aku terus bg focus kat lembu kumpulan aku...tgk lembu terakhir dah tercungap2. cuak mcm aku jg. tp dia sah2 kena sembelih. aku takkan kena.. hahaha tahun lepas aku bahagian ikat plastik daging. tahun ni, upgrade sket...aku bahagian timbang.hoho... kumpulan aku dpt 60kg daging. tak termasuk tulang dan organ dalaman.

aku wakilkan kakak aku, amik bahagian dia. then terus balik.tak dtg amik bahagian aku buat keje. sbb... kita dtg sana bukan nak dpt bnyk daging...tp nak beribadah..tul tak?

balik2 tu, aku tak kuar beraya. mungkin sbb aku malas. atau mungkin ada sebab lain yg berada jauuuhhhh dalam sudut hati aku yg aku sendiri tak dapat ungkap kan. mungkin sbb ia bercantum2 permasalahan nye menyebabkan aku jadi lebih malas... atau... ada sebab yg lebih specifik? wallahu alam...aku dok layan tv je sampai ptg...

gmbr abg aku amik. sbb aku nak amik, tak de kamera...tunggula bila aku dah dpt gmbr tu, aku upload...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...RiNdU pAdAnYa... .. .






Muzik-muzik malam ni agak best dan mencapai piawaian muzik2 malaysia sbenar..cuma ada sket yg terloncat2 tu yg tak patt...

black is the best tonite..n aizat too...tone yg diubahsuai dalam beberapa note, membuatkan aku lupa skjp kesakitan aku...dan sempat meremang bulu roma ku...bulu roma je...jgn pk lain...

sebelum tdo, niat nak download semua 30 lagu yg berentap di separuh akhir ni..tp kesakitan tidak mengizinkan...tp, knp blog boleh tulis? sape takde kat tepi aku...jgn banyak soal... baca je ape yg aku tulis...

tp video ni, membuatkan aku rindu padanya..sape? Rasulullah la... korang tak rindu?

p/s : tentiba air mata aku berderai..tak tahu sebab ape.........

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. .. ...Sakit pinggang... .. .

semalam dapat tdo jam 4pg. bangun subuh, mata merah. lepas subuh, breakfast dgn parent. tak dapat tdo. sambung layan movie. tp tak tahu cite ape...

dah 2 hari sakit belakang. hari ni sakit lama aku datang semula. sesak nafas n rusuk kiri. tp gagahkan diri ikut abah aku g surau. n makan masakan mummy aku. ikutkan, tak dapat nak makan, sbb sakit sangat. nak ngadu, nnt kena laser.. so pendam. masuk bilik, menahan kesakitan. pgg skjp je hp, untuk hntr report. tp warden tak reply. ;o(

knp aku buat entry lirik lagu akon ni? masa aku buka PC...aku terjumpa 1 link lagu akon. aku pun buka.. erm... petepettt!!! sebiji kena kat muka aku...bende ape?lirik dia... terus aku terkenang kesalahan yg pernah aku lakukan... mungkin ini balasannya... aku terima...

tak lengkap kalau lagu itu saja... ia mesti dihadiri sama dgn lagu, SBIOM... igtkan aku akan tak suka dah pada lagu akon.... rupanya, layan semula..

aku gagahi buka laptop utk aku memuntahkan sesuatu yg ada dalam bdan aku ni..sakit2 pun aku terpaksa buat...nak guasa, urut diri sndr..tak lepas...tak sampai tgn beb....bila nak sampai...ntah la...yg sampai, tgn ke lappy aku ni jer...

ada 1 lg lagu..bertema kan nasyid....jap lagi aku pos entry baru...

p/s 1 : rasa macam nak g keje sok....dok rumah takde buat ape pun..sakit hati je...
p/s 2 : tak reti nak komen? ape guna aku buat shout box kat tepi tu...kn?

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sorry..Blame It On Me... .. .





As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for

I’m sorry for the times I left you home
I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect

I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry I’m not always there for my son
I’m sorry for the fact that I'm not aware
That you can’t sleep at night when I am not there
Because I am in the streets like everyday
Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world
And how I'm so proud to call you my girl

[Bridge]
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me

[Chorus]
You can put the blame on me [4x]
Said you can put the blame on me [3x]
You can put the blame on me

Sorry for the things that he put you through
And all the times you didn’t know what to do
Sorry that you had to go and sell those packs
Just trying to stay busy till you heard from Dad
And you would rather be home with all your kids
As one big family with love and bliss
And even though Pops treated us like kings

He got a second wife and you didn’t agree
He got up and left you there all alone
I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that your son was once a thief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this way
I’m sorry that the FEDS came and took me away

[Bridge]

[Chorus]

I’m sorry that it took so long to see
They were dead wrong trying to put it on me
I’m sorry that it took so long to speak
But I was on tour with Gwen Stefani
I’m sorry for the hand that she was dealt
For the embarrassment that she felt
Just a little young girl trying to have fun
Her daddy should never let her out that young
I’m sorry for Club Zen getting shut down
I hope they manage better next time around
How was I to know she was underage
In a 21 and older club they say
Why doesn’t anybody wanna take blame
Verizon backed out disgracing my name
I’m just a singer trying to entertain
Because I love my fans I’ll take that blame
Even though the blame’s on you [3x]
I’ll take that blame from you

And you can put that blame on me [2x]
You can put that blame on me
And you can put that blame on me

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mr Lonely... .. .





Lonely I'm Mr Lonely,
I have nobody,
For my own
I'm so lonely, I'm Mr. Lonely
I have nobody,
For my own
I'm so lonely,

Yo this one here goes out to all my players out there ya know got that one good girl who's always been there like ya
Know took all the bullshit then one day she can't take it no more and decides to leave

I woke up in the middle of the night and I noticed my girl wasn't by my side, coulda sworn I was dreaming, for her I was
Feenin, so I had to take a little ride, back tracking over these few years, tryna figure out what I do to make it go bad, cause
Ever since my girl left me, my whole life came crashing

I'm so lonely (so lonely),
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

Can't believe I had a girl like you and I just let you walk right outta my life, after all I put you through you still stuck
Around and stayed by my side, what really hurt me is I broke your heart, baby you were a good girl and I had no right, I
Really wanna make things right, cause without you in my life girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

Been all about the world ain't never met a girl that can take the things that you been through
Never thought the day would come where you would get up and run and I would be out chasing you
Cause ain't nowhere in the globe I'd rather be, ain't no-one in the globe I'd rather see then the girl of my dreams that made me
Be so happy but now so lonely

So lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own)

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

Never thought that I'd be alone, I didn't think you'd be gone this long, I just want you to call my phone, so stop playing girl and
Come on home (come on home), baby girl I didn't mean to shout, I want me and you to work it out, I never wished I'd ever
Hurt my baby, and it's driving me crazy cuz...

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own)

I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl

Lonely, so lonely
So lonely, (so lonely),
Mr. Lonely, so lonely
So lonely, so lonely, (so lonely), Mr. Lonely

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAKIT HATI~!!!

dah jam 230pg...aku masih tak dapat lelapkan mata.... td nak tdo dah...skali, golek sini golek sana...takleh tdo..mata terbuka jg..

buka laptop semula...nah! nak luahkan pasal perangai org skrg...mmg menyakitkan hati..kalau tak percaya cakap org..gosip2....mmg tak sah...sakitnya hati aku.....

cubala berfikir atau siasat sebelum bertindak melulu....takde la sakit hati sangat...

kot ye pun kita ada masalah tersendiri...kita tak leh jdkan itu sebagai alasan tuk bertindak diluar kawalan kita.... kita kena pk baik buruk setiap langkah kita...

ini tidak...br baca atau dgr dr 1 pihak....terus nak bertindak melulu...

p/s : sakit hati....+ sakit pinggang yg makin menjadi2....nasib baik dah ada air kat rumah aku ni..kalau tak, kena angkat berbaldi2 lg..nak raya plak tu..sakit pinggang...arrgghghhhh

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS