Search This Blog

Prioriti..... Suami & Isteri ;o)

SUAMI
--------
1-Allah
2-Nabi
3-Ibu Bapa
4-Kerja
5-Isteri

ISTERI
--------
1-Allah
2-Nabi
3-Suami
4-Ibu bapa
5-Kerja




POLAN A : Ah! apsal si bob ni asyik cite pasal suami isteri je dalam blog dia?
POLAN B : dia dah nak kawin la tu...
POLAN A : ye ke? bgsla.. dia dah lama ptt kawin tu...

AKU : weh!!! ni peringatan utk kita sume... korang tak dgr ke skrg, mcm2 kes yg berlaku di Malaysia. cerai. pukul isteri. tikam suami. pijak anak. bg anak makan megi. tgglkn isteri. queen control. semua tu terjadi sbb apabila sepasang suami isteri kawin atas dasar cinta semata2.. buka Lillahi Ta'ala.. so, korang ni, tak kawin lagi. berwaspada la. ok? cuba baca artikel ni. yg rasa kosong, isikan. yg trsimpang jauh, cepat betulkan... assalamualaikum!

untuk kanda arjuna...

1-suami yg taat adalah suami yg dapat follow perintah Allah dan RasulNya serta dapat membimbing isterinya ke jalan yg benar.

2-suami seharuslah MAMPU memberi nafkah pada isteri samada zahir dan batin. kalau tak mampu, MAMPUS la..

3- suami mestilah sentiasa sedia memberikan nasihat,bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tanggungjawab rumah tangga, in the same time, tugasan Allah beri, tak tinggal. ;o)

4- suami kena pandai settlekan masalah isteri, keluarga terhadap jiran dan sebagainya.

5- suami mestilah prihatin dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan diri sndr, isteri, keluarga dan kariah sekeliling.

6- suami mestilah mampu menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuan dirinya.

7- ni yg paling penting dan paling susah org nak buat. sabar. suami harus sabar dan tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

8- suami jg tidak boleh cemburu buta tanpa asas pd isterinya yg mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga.

9- suami mestilah SENTIASA memberikan kasih syg, belas kasihan dan bergaul baik dgn isteri.

10- janji mesti dikota. suami mesti menunaikan janji pada isteri dan anak2. kalau takut tak dpt kota, jgn janji!

11- suami mestilah menjauhkan dirinya dari perbuatan maksiat seperti meminum arak, zina, judi, mencuri, menipu dan sebagainya. curi hati isteri takpa! hahaha

12- suami mestilah bijak memahami perasaan isteri dan hatinya samada dengan perbuatan atau perkataan yang dimuntahkan oleh sang isteri. jgn biarkan dia berada dalam keadaan sedih.

13- suami mesti utamakan bersih. bukan perhimpuan 2.0 tu. ni bersih luar dan dalam.haa... tau la waktu bujang, bilik bersepah. janggut tak terjaga, pakaian tak bersih. dan kawin, kena la berubah.. kalau tak berubah, nanti rebah!tau!?

14- suami mesti menahan diri dari bergaul bebas dgn gegel(wanita) lain. biasanya, kalau dah kawin, si suami ni, mudah sgt nak cari gegel lain. cuba korang pk, masa sebelum kawin, apsal korang pilih isteri korang? so, stick with ur decision la! jgn tamak2! otamak otagi nnt...

15- perkara ke lima belas ni, best! kadang2, manusia diluar sana, ada yg busuk hati. ada yg suka jg tepi sluar jeans kita. so, suami mesti pandai siasat tentang aduan org luar terhadap isteri kita. ape2 pun, u must trust isteri dulu. jgn dgr cakap org luar, terus tibai isteri.

16 - last skali, amanah! "aku terima nikahnya..." bukan sekadar lafaz. terima isteri anda daripada ayahnya. tapi, dosa dia pun anda kena tanggung. so itu amanah yg suami kena jaga.

itu 16 perkara utk sang arjuna... setiap point diatas, adalah hujah tersendiri. so, pandai2 lah jadikan ia sbagai pedoman atau kayu asas dalam sesebuah institusi rumah tangga anda.



untuk sang dara jelita....

panjang plak entri kali ni. korang leh baca, kalau korang suka.. kalau tak suka, tlg baca jg! hehehehe aku boleh terbalikkan isi diatas yg aku dapat sumbernya dari SINI. tapi aku tampilkan hadith riwayat Anas Bin Malik yg aku dapat dari SINI. moga sang isteri dapat menjadikan hadith ini, tunjang dalam memperkasakan dan membantu suami anda membahagiakan institusi rumah tangga anda. ;o)

Allah menjanjikan ganjaran ini kepada isteri yang solehah ;-
1- sekali suami minum air yang disediakan oleh isteri, lebih baik daripada puasa setahun.

2- makanan yang disediakan oleh isteri lebih baik daripada isteri pergi mengerjakan haji dan umrah.

3- mandi junub yang isteri lakukan dek kerana berjima' dgn suaminya adalah lebih baik daripada mengorbankan 1000 ekor kambing utk diberi makan pada fakir miskin.

4- apabila isteri mngandungkan benih suaminya, tercatit sudah namanya sebagai syahidah dan sepanjang khidmat pada suaminya dianggap jihad.

5- dapat mendidik anak2 menjadi soleh dan solehah akan menjadi benteng daripada terkena api neraka. manakala bersangka baik pada suami, menjadi tasbih.

6- tidak akan putus ganjaran dari Allah jika siang dan malamnya adalah untuk membuatkan suaminya gembira.

7- kepada isteri yang mengerjakan solat, puasa di bulan ramadhan, jaga kehormatan, dan taat pada suaminya, maka pilihla mana2 pintu syurga yg anda suka... sesungguhnya ANDA BERHAK!!!


tatkala aku menaip artikel ini, aku tak perasan yg air mata ku gugur. betapa PEMURAH nya Allah kepada kita. lihatlah.. mudah je nak dapat ganjaran. tapi perlulah diigtkan, mudah masuk syurga, mudah jg isteri masuk neraka. knp? lu pikir la sndr.. ;o)


ada org ckp,
kalau kawin seksa. ketahuila, tak kawin, lagi seksa!
kalau tak kawin seronok. ketahuila, kalau kawin lagi seronok!
pendak kata...
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... so jgn cepat tergadah.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Darjat Seorang Isteri


sebelum ni, aku asyik cerita macamana nak cari laki itu, ini dan sebginya... pendek kata, entri aku utk gegel je.. kn?hr ni, utk gegel lagi.. sekadar peringatan... harap membantu anda semua wahai pelengkap tulang rusuk lelaki.

kenali 4 golongan isteri. ANDA YANG MANA?

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

YA ALLAH YA TUHANKU... JADIKAN PASANGANKU ISTERI YANG SOLEHAH. ISTERI YANG SEJUKKAN MATAKU. ISTERI YANG MENENANGKAN HATI. ISTERI YANG MENGIKUT PERINTAHMU. ISTERI YANG WASATIAH. ISTERI YANG PANDAI MENGAMBIL HATIKU, ISTERI YANG PANDAI MEMUJUK. ISTERI YANG PANDAI MEMBANTUKU KETIKA DIRIKU BUNTU. ISTERI YANG SENTIASA BERADA DISISI KU TATKALA AKU TERBABAS KELUAR LANDASAN MU. SERTA PELIHARALA DIRINYA DARI API NERAKA. AMIN.



Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS