Search This Blog

Lelaki idaman saya...

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 pUnCa ALLAH tUrUnKaN BaLa

Petikan tazkirah zohor oleh Ust Khalid di Surau Wisma Felda, khamis, 18 disember 2008.

8 PUNCA ALLAH TURUNKAN BALA

1. Apabila harta negara diagihkan kepada golongan tertentu sahaja
2. Apabila suami takutkan isteri
3. Apabila anak menderhaka kepada ibu
4. Apabila anak melebihkan kawan-kawan daripada ibu bapanya
5. Apabila seorang ketua dihormati kerana takutkan kejahatannya
6. Apabila jemaah meninggikan suara di dalam masjid@surau
7. Apabila pemimpin dilantik daripada orang yang hina
8. Apabila artis disanjung tinggi

Allah turunkan bala dalam 3 bentuk :

1. Angin
2. Gempa
3. Manusia bertukar rupa binatang

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Tips Pikat Lelaki Anda

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa si dia mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat si dia.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.
8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
9. Jangan terlalu mengokong.
10. Ketika berinteraksi dengan si dia jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WaNita yAng LeLaki Tak SuKa

-Wanita yang suka mengumpat
-Sombong dan bongkak
-Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
-Hisap rokok
-“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
-Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
-Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
-“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
-“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
-Wanita yang hipokrit
-Pembohong dan suka mencari alasan
-Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
-Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
-Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
-Pengotor dan pemalas
-Tak bertanggungjawab langsung
-Tak pandai mengemas
-Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
-Kuat berleter walau hal remeh temeh
-Boros berbelanja
-Tak tahu memasak
-Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
-“Queen Control” atau suka mengarah-arah
-Tak pandai bergaya atau selekeh
-Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
-Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
-Panas baran
-Kuat merajuk dan sukar dipujuk
-Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
-Tak mahu mengakui kesilapan dan EGO!!!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1001 persoalan kenapa lelaki / perempuan masih membujang

1.”Duit dah tak ada”. Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama
2. “Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin”. Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.
3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”. Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.
4.”Tak datang seru lagi kot”. Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.
5.”Banyak sangat halangan”. Padahal diri belum bersedia.
6.”Belum bersedia la”. Padahal cukup segala syarat2 nya.
7. “Ilmu tak cukup la”. Padahal dah ada master atau PHD.
8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secukupnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.
9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.Padahal tak reti pon nak bercinta.
10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.Padahal tak buat kerja apa pon.
11.”Busy la, banyak keje nie”. Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.
12.”Jodoh tak sampai lagi kot”.Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.
13.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.
14.”Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir”.Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.
15. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.
16.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.
17.”Lelaki nie suka pasang ramai org sangat”. Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.
18. “Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”. Padahal pentingkan diri- sendiri.
19. “Nak carik yang solehah/soleh lah”.Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.
20. “Suka yang pakai tudung labuh je”. Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.
21. “Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat”. Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada yang kaya saja.
22. “Masalah la”. Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.
23. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah….
24. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”. Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.
25. “Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit”.Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.
26. “Payah la nak jaga hati masing-masing”.Padahal makan hati banyak sangat,sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.
27. “Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Memang dah tak ader jodoh kot”. Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll .
30. “Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah”. Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah……………………………….

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajarlah Menghargai Pengorbanan

Mengapa sebuah sapu lidi begitu murah harganya? Begitu murahnya sampai-sampai jauh lebih murah daripada seteguk air penghilang dahaga.

Padahal, apakah Anda tahu, bahan dasar lidi itu harus dipetik dari pepohonan kelapa yang ditanam di dusun-dusun jauh di pedalaman. Harus diserut, dihaluskan, diikat kuat agar mudah digunakan dan tak melukai tangan.

Ia harus diangkut oleh kendaraan, melewati pasar dan naik turun timbangan penawaran. Karena, ia dipetik oleh tangan-tangan kecil yang tak menuntut banyak upah.

Ia dijalin oleh perempuan-perempuan yang tak menghitung laba rugi. Ia juga dipikul oleh bahu-bahu para lelaki yang tak terlalu mengerti transaksi jual beli.

Sebatang sapu lidi itu begitu murah sampai di tangan kita, karena orang-orang itu tak menghitung jerih perih kerjanya. Mereka pun tak menghitung berapa banyak butir-butir keringatnya yang telah jatuh membasahi tubuhnya.

Mari kita sadari bahwa di balik kemurahan dan kemudahan yang kita terima sekarang ini, terselip pengorbanan patut kita hargai dan renungkan...

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SeLaMaT hArI rAyA..

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya pembaca blog naziffuddin.blogspot.com.

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t.

Semoga mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insya'allah, serta selamat pulang ke tanahair dan ke pangkuan keluarga.

Disamping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.

Justeru saya mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Ulu Yam Baru dan Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Naziffuddin Bin Taijulddin
No 194 Desa Jaya,
Bandar Tun Razak Jengka,
26400 Maran,
Pahang Darul Makmur.

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS