Search This Blog

KINI SSLC~


tidak pernah ku terlintas bahawa aku akan aktif bersama kelab peminat artis... apetah lagi dekat dgn mereka... pernah aku cuba terlibat sebelum ini, pernah aku nak cuba ikut program mereka...tp mungkin bukan jodoh aku dengan depa... tp, pertemuan dalam FB secara tidak sengaja itu, telah membuatkan aku semngat utk terus menyokong bukan saja secara senyap2 tapi... lebh rapat malah akan rapat dgn beliau.. dan akan dtg aku mungkin akan rai sesuatu dgn beliau...

ape aku nak cite kat sini adalah, langkah kejayaan pertama aku...

cuba lihat gambar di bawah ni...

ni design banner aku buat. copyright okayyyy

kemudian aku hantar utk printing...

siap di printing ;o)

mendapat arahan utk dipos ke kedah. sbb tour  ABPBH akan berada disana.. ;o)

dan inilah hasilnye ;o)

geng2 SSLC yg berada di kedah

shaheizy sam dah pegang banner yg aku buat la der... huhuhuh bangga den...

terima kasih kepada pengerusi Qaseh Syayang kerana memberi kepercayaan penuh pada aku utk terus menyumbang semangat dan keringat dalam menjayakan semua ni..

terima kasih kepada Myra Zainal sbb amik gambar ni...

terima kasih kepada mummy khaty(ibu sam) turut menyokong SSLC

ops ape itu SSLC? SSLC is

Shaheizy Sam Lovers' Club

sila join group ini cepattt!!!!

now, aku ada projek baru.. iaitu, TSHIRT SSLC...



tapi ni contoh jer... yg sedang di cetak ialah warna hijau apple. 

kain jenis 100% mircofibre. quick dry, tak kembang. 

RM30 SHJ!
postage rm5 semenanjung. rm10 sabah sarawak.

CEPAT TEMPAH!! join group SSLC! dan buat tempahan!!

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Perkahwinan

he is my besfren who married early than me. muahahaha

orang cakap, kalau taknak gemuruh time akad nikah, duduklah sebelah member yg akad nikah sebelum tu. hehehe


uihh.. lama tak berblog.. sibuk ajar orang blog.. sampai aku sndr lupa nak update blog... tp tak lama dah.. bulan 4 ni adalah bulan terakhir untuk ajar org kampung berblog secara percuma.. lepas ni, aku akan ajar jg... tp berbayar la.. ;o)

oh ye. ni dah bulan MAC. setiap tahun, dalam blog, friendster, facebook, myspace dan semua social web yg aku pernah ada, pastinya aku akan buat countdown untuk besday aku...

tapi tahun ni, agak berbeza. sbb tahun ni, sempena besday aku, serentak dgn pengakhiran zaman bujang aku. erm.. tepat pada umur 27 tahun, aku akan ada peneman hidup. yang selama ni, aku merantau dari pahang ke perak.. dari perak ke melaka.. dari melaka ke KL... dan dari KL ke pahang semula... akhirnya perempuan pahang juga yang akan ada disamping aku....

oleh sebab ni bulan perkahwinan aku... aku nak kongsi 1 tips perkahwinan... banyak tips perkahwinan.. anda boleh google. hehehehe

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

1. Sunah para nabi dan rasul
Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan
Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah
Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab
Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

5. Memelihara maruah
Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan
Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga
Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bukan aku tak mahu....


Bukan aku tak mahu cakap, aku mahu. tp bila cakap, lain jadinya.

bukan aku saja nak diam...mmg diam takkan menyelesaikan masalah. tp diam lebih baik....

bukan jg aku tak mahu mengalah. tapi aku nak dia tahu yang aku sangat kecik hati.

bukan aku saja-II nak kecik hati...dan bukan budak sahaja perlu dipujuk, org besar pun kena pujuk.

bukan aku tak bersyukur... tp aku nak dia tahu yang niat suciku taknak dipersiakan..

bukan aku tak kesian... aku patut kesiankan diri aku dulu sepatutnya... tapi aku kesiankan dia lebih dari diri aku...

bukan aku tak nak berbicara.. tp aku dah tak sanggup bersuara...

bukan aku tak nak bersiap sedia.. tp aku dah lemah dengan insiden kelmarin...

bukan aku tak nak amik tahu, tp aku dah tak tahu nak buat apa...

Pasang headfon kat telinga, tutup lampu, tutup mata. suatu masa nnt..pastinya.... dia akan cakap, sabar ada hadnya....pastu,dia akan ckp jg, hargailah selagi ada.. pastu... dia akan berhenti berfikir... dah berhenti berfikir, apatah lagi bertindak. dan ia kembali kepada kita. sampai bila?


sampai kapan lagi..
ku harus begini...
rasa kecewa di dalam dada...

buat kesalahan mmg kerja manusia... tapi meminta maaf adalah kerja mulia...

tapi kalau dah asyik mohon maaf, sampai nangis-II, pastu buat lagi, kau nak kata manusia selalu tak sedar akan kesalahannya? kau silap....

bukan aku taknak reply, tp cuba tgk msj-II terakhirku...

bukan aku taknak memaafkan.. aku dah pun maafkan.

bukan aku sengaja berkias.. tp aku taknak kau terluka.. seperti aku, yg susah nak pulih...

jika ia dibiarkan lama... sesungguhnya ia akan mengundang pelbagai penyakit negatif... erm.. bagaimanakah akan aku hadapinya...

post aku kali ni, tak tuju secara terus ke mana2 individu.. ia secara umum. aku berkarya ni kerana aku dah terlalu tertekan. sape yang terasa, dialah yang makan cili, sape yg makan cili, dialah yg akan rasa pedas. kalau kerana post ini, kau nak tuduh aku macam-II, itu hak kamu...

jika ini karya terakhirku... aku doakan kau tahu apa yg kau buat dan patut buat...

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

sajak yg dinukilkan oleh M Nasir ni, sungguh mendalam... setakat aku menulis post ini, sudah berapa belas kali aku ulang... indahnya susunannya... campur pula dgn alunan seruling di bahagian belakang...

seruling adalah satu alat yg boleh aku rebah tersandar dek kerana alunannya...


Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persiapan Kahwin Katanya...

hye semua.. dan assalam bg yg beragama Islam...hari ni, 1 disember. hari pertama bulan terakhir dalam 2011.. pastinya meninggalkan seribu 1 makna dalam hidup aku. dan juga org lain.


hari ni, bermula dgn teraturnya jadual Kursus 1 Malaysia di PJK aku. erm.... mengajar orang buat blog. Jika anda rakan FB aku, korang akan tahu sbb aku dah pos siap2 status aku nak ngajar.. siap gelarkan aku sbgi king of blogging... sbb ape? sbb kalau bukan aku yg angkat maruah aku, sape lagi? muahahahahhaa so pujilah diri sndr.. korang nak ckp aku budget bagus? hak korang... ;o)

bermula jam 10pg, 6org pelajar lelaki mengambil tempat di PJK. iaitu dalam bilik latihan. tapi, pembelajarannya terganggu dek kerana ada client aku yang lain, dtg meminta aku membetulkan laptop mereka.. erm.. terbahagi 2 kejap aku...

dalam pada itu, aku msj tunang aku... buat ape dgn salotape, kertas,dan marker smlm? katanya tulis persediaan kahwin katanya...

jam 1, rehat. tb2 dapat 1 msj... "lets start the game!" huh!!! ape kebenda la dia ni....

arahan pertama : cuba check di pemadam api dalam bilik latihan...


nah! itu dia... kertas terlekat di bawah pemadam api tu... aku pun buka... ni dalamnya...


aku msj bgth yg aku dah jupe.. skali sampai arahan melalui dinding fb... "wokeh next chek point tempat bb bertapa dulu..tp skrg x lagi..sbb ader masalah dalaman..so kn bertaper kt tempat lain..:p"

korang tahu tempat ape? ni la tmpt nye.....

toilet derrr!!! adoii.. toilet ni dan sebulan takde air... ku masuk jg.. dan ini hasilnya....


aku tahu aku cute.. terima kasih... tb2 aku teringat yg dia pinjam nak guna toilet... aku ckpla air ada sket jer... takleh guna... rupanya, bukan dia bertapa...tp nak letak bende ni... adoiiii..... setelah aku lapor dalam fb... ni arahan berikutnya...

"betul!!! next chek point tempat bb sll on laptop tuk bg syg tgk movie..tett"




meja utama dalam bilik latihan.... apa plak isinya??????



hahahhaha I LOVE YOU TOO!!! so aku berikan jawapannya.... dan ini yg aku dapat... "pandai yer...so next chek point...berdekatan dengan tempat syg sll on9...;)"
tampat dia online ialah di PC 15.... so area situ.. aku cari bawah meja.. sampai mengah2... last2, dalam gelap, aku ternampak sesuatu.... dicelah CPU PC 14...

tahu tak bilik tu, always ada binatang seperti tikus? nasib baik tak kena makan... hah? korang nak tahu ape dia? erm..... persiapan kahwin la... ye... tak caya? tgk gmbr bawah ni....


SNICKERS!!!! my feberet coklat!!! and word with full meaning... SORRY...
Sok
Orang
Rasa
Rindu
Ya!

hahahhaha takde ape yg aku dapat katakan melainkan TERIMA KASIH SAYANGKU... smg kau terus kreatif dalam pembelajaran menjadi seorang isteri yang solehah.. amin...

sempena usia sebulan menjadi tunang ku, dan lagi 4bulan nak jadi isteri ku... aku mengambil kesempatan ini, utk mengatakan aku cinta padamu... smg hubungan kita, berbahagia selamanya2...... amin....

JIKA INI KARYA TERAKHIRKU... maafkan juga aku jika aku mengguris perasaan mu... sesungguhnya... Aku menyayangimu... ;o)

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri


Pernahkah pasangan korang mendiamkan diri secara tiba2 dan tidak mahu bercakap dgn korang? Bila korang tanya, "u ada masalah ke?"... dia akan ckp tidak dan senyap jer. kadang2 tak angkat call n tak reply sms korang... pernah tak?pelik kan?


1st skali, jgnla korang berfikir yang bukan2. jgn pk dia ada gegel lain ke ape ke. even pemikiran tu maybe betul. tp itu hanya 1% shj. hari ni aku nak kupas ttg, knp laki suka mendiamkan diri.


Ada 2 sebab kenapa dia diamkan diri... ;o)YANG PERTAMA sbb dia ada masalah. dan YANG KEDUA dia kecik hati dengan anda ;o)


Kita pergi yang pertama dulu. Sbb dia ada masalah. "tp knp taknak kongsi??? knp diam membisu dan tak layan aku??" maybe hati kecil korang ada ckp mcm tu kan? Hal ini .....

Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.

Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.

Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).


Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


Janganla korang pk macem2 plak dengan cara dia. bukannya dia takkan berkongsi masalah. tp kadang2, bila kongsi dgn anda, ia tak membantu. jadi, atas rasa tanggung jawab itulah, dia akan berusaha menyetelkan sndr. ;o) lebih2 lagi jika sebelum2 ni, dia pernah kongsi masalah, then keadaan lebih serabut bila berkongsi dgn anda. lagila si dia nak bersendirian. so, let him do it! ;o)


Sebab kedua dia diam adalah kerana dia kecik hati. % utk diam sbb kecik hati kerana orang lain adalah rendah. tapi % untuk diam jika kecik hati dgn anda adalah lebih tinggi. Anda sepatutnya mengambil ruang yang ada, utk...


1- cuba mendalami perasaan dia.

2- jgn bertanyakan bertubi2 soklan.

3- jgn berharapkan dia yang bagi solution utk dia pulih.

4- mengambil hati dia, pujuk dan do something yang dia suka.

5- anda dah kenal dia lama, so, pastinya ada perkara yang selama ni, boleh buat dia kembali normal. dan anda tak nmpk. so, anda kena cari, gali dalam2. dan apa bila anda lakukan perkara itu, Insya Allah!!! dia akan pulih.

6- jgn mendiamkan diri dan mengubah tajuk yang sedang hangat dibincangkan.

7- jangan mencurah api ke dalam minyak.( minyak kan diam... so pi curah api, awat nya! hahaha)

8- cuba elakkan melakukan double mistake. tak sempat dia nak pulih kecik hati tu, anda buat sesuatu yang dia tak suka lagi. atooiiii bahaya!!!

9- bertahan. kerana maybe kecik hati dia akan membawa ke masa yang agak lama, bergantung kepada kepandaian anda dalam memujuk. ;o)

10- dan maybe yang terakhir, cuba amik wuduk, dan solat sunat hajat. EH! knp bende ni last skali? knp tak mula2? mula2 dia lah... pastu usaha.... istiqamah dgn usaha anda..then yg ke 10 ni la tawakkal.. ;o) ok?


Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. amin. (sbb ape kami? sbb bila korang baca, tak semena-mena korang telah doakan utk diri sndr. )


JIKA INI KARYA TERAKHIRKU.... ketahuilah... setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. cuma, berkesan atau tak je.. ;o) slamat mencuba!


Sumber

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUAMI...Jangan BACA!


Memandangkan aku tiba2 hilang mengantuk dan mood aku untuk buat segala bende! aku pun mengambil kesempatan untuk berkarya.... kali ni, aku nak cite pasal suami!


Korang dah kawin? isteri sedang ngandung? haaa... hari ni ada tips utk SUAMI yang isterinya sedang mengandung.... menjadi suatu impian kepada seorang isteri, mendapat suami yang memahami perasaan, dan diri mereka sendiri. KERANA(nampak tak betapa penting nye ayat selepas ini.hahaha) tatkala dia mengandungla, emosi dia tidak begitu stabil dan sangat memerlukan sokongan padu dari seorang suami yang telah berjanji dihadapan kadi dahulu.

Tapi ramai suami yang gagal mengawal situasi ini. "Ko dah buat, ko biar je bini ko tanggung sorang2 ek?" haaaa itu ayat aku bg korang la. ayat pendek yang mudah korang faham..hehehhee

Jadi, sedikit tips untuk sang suami semua...

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai suami yang punyai kerja di luar rumah. maksud aku pejabat la. samaada kerja bawah orang atau menjadi bos diluar, anda tidak boleh menjadikan KERJA sebagai alasan sibuk. Biarpun korang sibuk mcmn skali pun, make sure korang kena ada masa untuk isteri korang. jangan sampai tak balik rumah. atau outstation lama2. kalau kursus tu, keluarlah duit sket utk tempah bilik lain even company korang dah sediakan tmpt penginapan. kalau gi outstation, bawa lah sekali... tp kalau leh elak bende ni, cuba elakkan. sbb isteri mengandung ni, lain sket..

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Ketika mengandung, isteri mestilah menjaga permakanan. jadi, suami perlulah membantu menjaga permakanan. pastikan isteri makan makanan yg sihat sahaja. MENGIDAM. jadi, korang perlu CUBA mendapatkan apa yang diidamkan oleh isteri. SELAGI ape yang isteri tu idam, adalah HALAL, boleh didapatkan dan logik akal. pernah skali tu, orang dekat2 saya ni, isterinya idam nak makan cat dinding. adoiiii....

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Perempuan mengandung ni, tak sama macam lelaki boroi tau. cuba korang yang boroi, atau tak boroi pun, leh cuba ape yg aku bakal cakap ni, korang amik batu bata, ikat kat perut. pastu cuba gi keje, berak, kencing, mandi dan test solat(cuba je. bukan solat tul2. time nak solat tul2, takpayah la pakai yerk)tgk mcmn korang rasa... hehehe itu bende mati. mcm isteri ni, bende bernyawa. so setiap pergerakan mesti berhati2. so suami perlula bantu dia dari segi pergerakan. Jangan plak bila korang g jenjalan, dia lmbt jalan, korang nak bising2.

4. Bersikap ringan tulang- Biarpun korang ni sibuk dan pemalas. tapi time isteri korang mngandung, tolong la wehhh.... tak payah tunggu isteri suruh baru nak tolong. sebab tu korang kena pandai buat keja rumah. alhamdulillah, aku ni pandai masak, lipat kain, basuh kain, jemur kain, basuh pinggan dan semua nya la... cuba jaga baby je belum try.... hehehhee so, TOLONG bersikap ringan tulang terhadap isteri korang yang mengandung tu.. ok?

5. Belajar psikologi - Korang kena selalu bangun pagi, dengar TANYALAH USTAZ, MUKADDIMAH, MOTIVASI PAGI dan apa saja program yang boleh memberi motivasi terhadap anda. sbb ape? korang kena pandai handle perasaan korang tatkala isteri korang mengandung. sbb ape? sbb isteri mengandung ni, emosi dia berbeda skali. 360 darjah! kadang2, hal kecik je, dia boleh melenting. kadang2 boleh mudah menangis.. so, korang kena faham perubahan ini..

6. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Biasanya, seorang ayah akan kurang manja dengan anak2. hal ini kerana,si ayah banyak masa di luar untuk berkerja. Jadi, peluang ini, perlu dirembat habis-habisan sewaktu ibu sedang mengandung dengan mengambil alih seketika tugas ibu yg sebelum ini, menjaga anak2. ni bg perihal isteri mengandung yg dah ada anak. Rapatlah dengan anak2, dan bermanja2 selagi masa ada.

7. Membawa isteri pergi kemana-mana- Kalau boleh, jgn biarkan isteri anda memandu. zaman skarang ni, kadang2 kita dah jaga keselamatan. tp, orang ttp langgar kita. tp kita perlu ada usaha untuk mengelak sesuatu yg tidak diingini. jadilah pemandu kepada isteri anda yg sedang sarat mengandung. temanilah dia, selagi ada waktu berdua. hehehhe.

8. Menabung dari awal- Jika lihat zaman skrg, barang semakin naik. Jadi tak mustahil pada masa akan datang. Jadi menabungla utk anak2. tak banyak pun takpe. rm100 sebulan. kalau setahun?1200. budak tu nak masuk U umur 20tahun akan datang. rm24k. tak risau dah... kan? tak perlu buat pinjaman. itu kalau utk budak2. kalau korang pun, kena menabung dari skrg. cara menabung, bila dapat gaji, potong 10% awal2 daripada gaji. jgn potong last2. sbb konfirm lari budget. hehehe cubalah... pastu seronok!!


Semoga tips yang diberi dapat menjaga rumah tangga anda. insya Allah. kenali pasangan anda. insya Allah! segalanya akan OK! moga Allah memberi hidayah dan rezki yang melimpah ruah kepada pembaca semua. amin! See you soon!


SUMBER

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NoVeMbEr~!!!


bulan ni agak ramai kawan2 ku yg melangsungkan majlis perkahwinan. bila aku senaraikan, nah! 20 buah majlis. dalam sebulan ada 4 minggu jer. jadi, kalau ikut logik, hanya 4 majlis sahaja, yg dapat aku pergi. lagi 15 terpaksa mintak maaf.. Selamat pengantin baru aku ucapkan pd kawan2 aku yg menjemputku. mn yg aku dpt g, aku g.. mana tak dapat, aku mintak maaf sesgt.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Selamat Hari Raya Aidil Adha ~

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Sejauh mana pengorbanan kita terhadap diri, keluarga, bangsa, negara dan agama?


Jangan ditanya ape yang negara dan agama kita korbankan untuk kita, sebaliknya, tanyalah diri anda, apa yang anda korbankan untuk negara dan agama anda?

Sekadar berkongsi... gambar sekitar Majlis Qurban Surau Desa Jaya, 6 November 2011. ;o)










Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prioriti..... Suami & Isteri ;o)

SUAMI
--------
1-Allah
2-Nabi
3-Ibu Bapa
4-Kerja
5-Isteri

ISTERI
--------
1-Allah
2-Nabi
3-Suami
4-Ibu bapa
5-Kerja




POLAN A : Ah! apsal si bob ni asyik cite pasal suami isteri je dalam blog dia?
POLAN B : dia dah nak kawin la tu...
POLAN A : ye ke? bgsla.. dia dah lama ptt kawin tu...

AKU : weh!!! ni peringatan utk kita sume... korang tak dgr ke skrg, mcm2 kes yg berlaku di Malaysia. cerai. pukul isteri. tikam suami. pijak anak. bg anak makan megi. tgglkn isteri. queen control. semua tu terjadi sbb apabila sepasang suami isteri kawin atas dasar cinta semata2.. buka Lillahi Ta'ala.. so, korang ni, tak kawin lagi. berwaspada la. ok? cuba baca artikel ni. yg rasa kosong, isikan. yg trsimpang jauh, cepat betulkan... assalamualaikum!

untuk kanda arjuna...

1-suami yg taat adalah suami yg dapat follow perintah Allah dan RasulNya serta dapat membimbing isterinya ke jalan yg benar.

2-suami seharuslah MAMPU memberi nafkah pada isteri samada zahir dan batin. kalau tak mampu, MAMPUS la..

3- suami mestilah sentiasa sedia memberikan nasihat,bimbingan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tanggungjawab rumah tangga, in the same time, tugasan Allah beri, tak tinggal. ;o)

4- suami kena pandai settlekan masalah isteri, keluarga terhadap jiran dan sebagainya.

5- suami mestilah prihatin dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatan diri sndr, isteri, keluarga dan kariah sekeliling.

6- suami mestilah mampu menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuan dirinya.

7- ni yg paling penting dan paling susah org nak buat. sabar. suami harus sabar dan tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

8- suami jg tidak boleh cemburu buta tanpa asas pd isterinya yg mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga.

9- suami mestilah SENTIASA memberikan kasih syg, belas kasihan dan bergaul baik dgn isteri.

10- janji mesti dikota. suami mesti menunaikan janji pada isteri dan anak2. kalau takut tak dpt kota, jgn janji!

11- suami mestilah menjauhkan dirinya dari perbuatan maksiat seperti meminum arak, zina, judi, mencuri, menipu dan sebagainya. curi hati isteri takpa! hahaha

12- suami mestilah bijak memahami perasaan isteri dan hatinya samada dengan perbuatan atau perkataan yang dimuntahkan oleh sang isteri. jgn biarkan dia berada dalam keadaan sedih.

13- suami mesti utamakan bersih. bukan perhimpuan 2.0 tu. ni bersih luar dan dalam.haa... tau la waktu bujang, bilik bersepah. janggut tak terjaga, pakaian tak bersih. dan kawin, kena la berubah.. kalau tak berubah, nanti rebah!tau!?

14- suami mesti menahan diri dari bergaul bebas dgn gegel(wanita) lain. biasanya, kalau dah kawin, si suami ni, mudah sgt nak cari gegel lain. cuba korang pk, masa sebelum kawin, apsal korang pilih isteri korang? so, stick with ur decision la! jgn tamak2! otamak otagi nnt...

15- perkara ke lima belas ni, best! kadang2, manusia diluar sana, ada yg busuk hati. ada yg suka jg tepi sluar jeans kita. so, suami mesti pandai siasat tentang aduan org luar terhadap isteri kita. ape2 pun, u must trust isteri dulu. jgn dgr cakap org luar, terus tibai isteri.

16 - last skali, amanah! "aku terima nikahnya..." bukan sekadar lafaz. terima isteri anda daripada ayahnya. tapi, dosa dia pun anda kena tanggung. so itu amanah yg suami kena jaga.

itu 16 perkara utk sang arjuna... setiap point diatas, adalah hujah tersendiri. so, pandai2 lah jadikan ia sbagai pedoman atau kayu asas dalam sesebuah institusi rumah tangga anda.



untuk sang dara jelita....

panjang plak entri kali ni. korang leh baca, kalau korang suka.. kalau tak suka, tlg baca jg! hehehehe aku boleh terbalikkan isi diatas yg aku dapat sumbernya dari SINI. tapi aku tampilkan hadith riwayat Anas Bin Malik yg aku dapat dari SINI. moga sang isteri dapat menjadikan hadith ini, tunjang dalam memperkasakan dan membantu suami anda membahagiakan institusi rumah tangga anda. ;o)

Allah menjanjikan ganjaran ini kepada isteri yang solehah ;-
1- sekali suami minum air yang disediakan oleh isteri, lebih baik daripada puasa setahun.

2- makanan yang disediakan oleh isteri lebih baik daripada isteri pergi mengerjakan haji dan umrah.

3- mandi junub yang isteri lakukan dek kerana berjima' dgn suaminya adalah lebih baik daripada mengorbankan 1000 ekor kambing utk diberi makan pada fakir miskin.

4- apabila isteri mngandungkan benih suaminya, tercatit sudah namanya sebagai syahidah dan sepanjang khidmat pada suaminya dianggap jihad.

5- dapat mendidik anak2 menjadi soleh dan solehah akan menjadi benteng daripada terkena api neraka. manakala bersangka baik pada suami, menjadi tasbih.

6- tidak akan putus ganjaran dari Allah jika siang dan malamnya adalah untuk membuatkan suaminya gembira.

7- kepada isteri yang mengerjakan solat, puasa di bulan ramadhan, jaga kehormatan, dan taat pada suaminya, maka pilihla mana2 pintu syurga yg anda suka... sesungguhnya ANDA BERHAK!!!


tatkala aku menaip artikel ini, aku tak perasan yg air mata ku gugur. betapa PEMURAH nya Allah kepada kita. lihatlah.. mudah je nak dapat ganjaran. tapi perlulah diigtkan, mudah masuk syurga, mudah jg isteri masuk neraka. knp? lu pikir la sndr.. ;o)


ada org ckp,
kalau kawin seksa. ketahuila, tak kawin, lagi seksa!
kalau tak kawin seronok. ketahuila, kalau kawin lagi seronok!
pendak kata...
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... so jgn cepat tergadah.

Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Darjat Seorang Isteri


sebelum ni, aku asyik cerita macamana nak cari laki itu, ini dan sebginya... pendek kata, entri aku utk gegel je.. kn?hr ni, utk gegel lagi.. sekadar peringatan... harap membantu anda semua wahai pelengkap tulang rusuk lelaki.

kenali 4 golongan isteri. ANDA YANG MANA?

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

YA ALLAH YA TUHANKU... JADIKAN PASANGANKU ISTERI YANG SOLEHAH. ISTERI YANG SEJUKKAN MATAKU. ISTERI YANG MENENANGKAN HATI. ISTERI YANG MENGIKUT PERINTAHMU. ISTERI YANG WASATIAH. ISTERI YANG PANDAI MENGAMBIL HATIKU, ISTERI YANG PANDAI MEMUJUK. ISTERI YANG PANDAI MEMBANTUKU KETIKA DIRIKU BUNTU. ISTERI YANG SENTIASA BERADA DISISI KU TATKALA AKU TERBABAS KELUAR LANDASAN MU. SERTA PELIHARALA DIRINYA DARI API NERAKA. AMIN.



Selanjutnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS