Search This Blog
HATI DAN ROTI
DIET SAYA BERMULA HARI INI!!!
Info Panduan Diet Atkins
- Diet Atkins dipelopori pakar pemakanan barat DR Robert C Atkins.
- Diet Atkins sejenis corak pemakanan membantu mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan.
- Pengamal Diet Atkins Mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, mi, kentang dan gula apabila badan mula membakar lemak sebagai bahan api sekali gus berat badan mula menyusut.
- Diet Atkins terbukti mengurangkan berat badan dalam tempoh 5 – 6KG seminggu bergantung kepada berat badan asal individu serta 20 – 30KG dalam tempoh beberapa bulan dengan syarat melakukan diet dengan penuh disiplin.
- Terdapat beberapa makanan tertentu yang boleh dimakan
- Syarat memulakan diet atkins iaitu memastikan minum air mencukupi iaitu satu liter bagi 25KG berat badan, makan tiga hingga ke lima kali sehari, dan elakkan lapar.
Maybe anda boleh menaiki tangga.
Kembali Berkarya?
haiiii assalamualaikum...
BUJANG
ini mungkin karya terakhirku sebagai orang bujang... hari esok, aku akan dinikahkan dengan seorang perempuan yang telah ditunangkan oleh keluarga aku sejak dari kecil lagi. biarpun aku ada orang lain, tp tradisi keluarga wajib diteruskan...
PETIKAN AKHBAR - ABPBH Tour - Sg Petani
Peminat tidak kisah bersesak demi bintang pujaan masing-masing
SEMUANYA tersenyum puas, tidak kira sama ada artis mahupun peminat, sejurus tamatnya siri jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 keempat di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, kelmarin. Tentunya ia detik sukar dilupakan pengunjung pusat beli-belah terkenal itu apabila mereka dapat bersua muka dengan artis kegemaran masing-masing. Apatah lagi buat peminat Aaron Aziz dan Shaheizy Sam, antara finalis yang mendapat sorakan paling hebat, seperti mahu runtuh premis komersial terbabit. Jeritan peminat, terutama daripada kalangan perempuan, di ruang legar pusat beli-belah itu kaut bergema sebaik saja artis ini muncul dari belakang pentas. Biarpun muncul agak lewat pada sebelah petang, peminat tetap tidak berganjak menanti kemunculan dua artis kesayangan mereka ini. Ternyata Ombak Rindu memberi impak sangat kuat buat penonton. Mana tidaknya, sketsa yang dipetik daripada filem popular itu sekali lagi membuatkan peminat berebut-rebut untuk ke pentas berlakon bersama Aaroz. Malah mendengar Aaron menyanyikan beberapa baris bait lagu Ombak Rindu membuatkan peminat riuh bersorak.
Bukan saja lakonan, nyanyian lagu itu oleh Hafiz juga pastinya membuatkan seorang peminat bertuah tidak tidur malam apabila dia diundang ke atas pentas untuk mengalunkan irama indah itu bersama bintang Akademi Fantasia terbabit. Mahu luruh jantung peminat itu saat Hafiz melutut di hadapannya, sambil memegang tangan.
Pelbagai aksi ditonjolkan oleh finalis dan artis undangan acara siri jelajah kali ini, dalam menghiburkan kira-kira 5,000 peminat yang hadir. Sesak macam mana sekali pun, ia tidak menghalang mereka untuk melihat dari dekat seterusnya beramah mesra bersama barisan bintang pujaan masing-masing.
Peminat Sam juga tidak kurang hebat apabila hadir bersama kain rentang. Ia jelas menunjukkan Bintang Paling Popular ABPBH2010 ini masih mempunyai peminat setia yang ramai. Kelab peminatnya yang dinamakan 'Shaheizy Sam Lover Club' ini setia menunggu Sam dari awal tengah hari, dan memenuhi hampir separuh bahagian depan pentas.
Begitulah semangat yang ditunjukkan peminat untuk bertemu artis kesayangan. Bukan sekadar bersesak malah mereka juga cukup sporting apabila diminta pengacara siri promosi itu kali ini, Along Cham, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, untuk menari mahupun menyanyi bersama artis.
Seperti hendak pecah perut dibuatnya apabila permainan dan aktiviti pentas yang diadakan cukup kelakar. Sebagai contoh, aksi peminat bergelek sakan bersama Izara Aishah dan Fizz Fairuz dalam acara dinamakan 'Sekaki Berdarah' membuat hadirin ketawa tidak kering gusi. Masing-masing mahu memberikan yang terbaik untuk memenangi peluang menaiki kenderaan Nissan Livina XGear dan Nissan Teana 2.5L (A) tajaan Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd bersama artis pilihan.
Turut mencuit hati ialah sketsa Cinta Elysa yang diarahkan Fasha Sandha dan Johan As'ari. Tambah kelakar apabila seorang jejaka, iaitu peminat Fasha dikuasai perasaan gementar dan gugup apabila disuruh berlakon bersamanya.
Permainan mencari solekan terbaik membabitkan artis dan peminat, anjuran Avon, yang diacarakan calon kategori Artis Komedi Popular, Enot dan Along juga tidak kurang menghiburkan.
Penghargaan buat penyokong
DI samping acara permainan dan sketsa menghiburkan, selingan nyanyian daripada One Nation Emcees, Forteen, Shila Amzah dan Najwa Latif secara tidak langsung membuatkan siri jelajah promosi ini bertambah menarik. Shila yang diserang demam harus dipuji kerana dia masih mampu menghiburkan peminat dengan dua lagu iaitu Price Tag, nyanyian asal Jessie J, dan Patah Seribu.
Meskipun masa agak terhad, inilah peluang keemasan bagi finalis untuk mempamerkan penghargaan mereka kepada peminat yang setia mengundi mereka hingga ke peringkat Top 5. Biarpun ada di antara mereka sibuk dengan aktiviti seni, tetapi masih mampu meluangkan seketika untuk bermesra bersama penyokong.
Kali pertama menyertai siri jelajah ABPBH edisi ke-25 ini, finalis kategori Artis Baru Wanita dan Penyanyi Wanita Popular, Najwa, berkesempatan menyampaikan single ketiganya, Kosong, selain Cinta Muka Buku. Tampil berbeza, dia turut menjemput artis terbaru naungan NAR Records, I Am Neeta, berduet dengannya menyanyikan medley lagu Secret (One Republic) dan Wish You Were Here (Avril Lavigne).
Diakhiri dengan persembahan bertenaga daripada Black dan Hazama, sememangnya kunjungan kali keempat ke Sungai Petani bukanlah usaha sia-sia. Kejayaan acara promosi di Zon Utara ini membuktikan ABPBH tetap kekal jenama yang berpengaruh di persada seni. Tidak hanya bertindak sebagai landasan mengurangkan jurang di antara artis dan peminat, ia juga dapat menonjolkan warna-warni industri seni kita kepada dunia luar.
Ternyata acara yang dihadiri lebih 20 finalis daripada 16 kategori ini kenangan sukar dilupuskan. Lebih bermakna apabila peminat dapat mengabadikan kenangan bersama artis dalam bentuk foto yang dicetak bersama logo ABPBH. Najwa, Forteen, Johan As'ari, Hafiz dan Hazama ialah antara artis yang berkesempatan untuk bergambar bersama peminat sebelum acara pentas dimulakan pada jam 2 petang.
Sementara itu, Siti Noor Hajar Kamaruddin, 27, dinobatkan peminat berpakaian paling kreatif mengikut tema ABPBH 2011, 'Big, Bold and Silver', manakala juara bagi dekorasi kek tercantik ialah Sakiroh Zainal. Masing-masing membawa pulang barangan LUX dan berpeluang untuk makan malam bersama barisan finalis yang hadir.
Siri jelajah promosi ini akan menemui peminat di destinasi terakhir iaitu di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, pada 23 hingga 25 Mac. ~ dan PEMINAT SAM AKAN MEMAKAI TSHIRT KHAS BERWARNA HIJAUUUUUUU!!!! Auewwwwwww!!!!
KINI SSLC~
ni design banner aku buat. copyright okayyyy kemudian aku hantar utk printing... |
siap di printing ;o) mendapat arahan utk dipos ke kedah. sbb tour ABPBH akan berada disana.. ;o) dan inilah hasilnye ;o) |
geng2 SSLC yg berada di kedah shaheizy sam dah pegang banner yg aku buat la der... huhuhuh bangga den... terima kasih kepada pengerusi Qaseh Syayang kerana memberi kepercayaan penuh pada aku utk terus menyumbang semangat dan keringat dalam menjayakan semua ni.. terima kasih kepada Myra Zainal sbb amik gambar ni... terima kasih kepada mummy khaty(ibu sam) turut menyokong SSLC ops ape itu SSLC? SSLC is Shaheizy Sam Lovers' Club sila join group ini cepattt!!!! now, aku ada projek baru.. iaitu, TSHIRT SSLC... |
Tips Perkahwinan
he is my besfren who married early than me. muahahaha |
orang cakap, kalau taknak gemuruh time akad nikah, duduklah sebelah member yg akad nikah sebelum tu. hehehe |
“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”
“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”
Bukan aku tak mahu....
Persiapan Kahwin Katanya...
hye semua.. dan assalam bg yg beragama Islam...hari ni, 1 disember. hari pertama bulan terakhir dalam 2011.. pastinya meninggalkan seribu 1 makna dalam hidup aku. dan juga org lain.
aku tahu aku cute.. terima kasih... tb2 aku teringat yg dia pinjam nak guna toilet... aku ckpla air ada sket jer... takleh guna... rupanya, bukan dia bertapa...tp nak letak bende ni... adoiiii..... setelah aku lapor dalam fb... ni arahan berikutnya...
tahu tak bilik tu, always ada binatang seperti tikus? nasib baik tak kena makan... hah? korang nak tahu ape dia? erm..... persiapan kahwin la... ye... tak caya? tgk gmbr bawah ni....
Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri
Pernahkah pasangan korang mendiamkan diri secara tiba2 dan tidak mahu bercakap dgn korang? Bila korang tanya, "u ada masalah ke?"... dia akan ckp tidak dan senyap jer. kadang2 tak angkat call n tak reply sms korang... pernah tak?pelik kan?
1st skali, jgnla korang berfikir yang bukan2. jgn pk dia ada gegel lain ke ape ke. even pemikiran tu maybe betul. tp itu hanya 1% shj. hari ni aku nak kupas ttg, knp laki suka mendiamkan diri.
Ada 2 sebab kenapa dia diamkan diri... ;o)YANG PERTAMA sbb dia ada masalah. dan YANG KEDUA dia kecik hati dengan anda ;o)
Kita pergi yang pertama dulu. Sbb dia ada masalah. "tp knp taknak kongsi??? knp diam membisu dan tak layan aku??" maybe hati kecil korang ada ckp mcm tu kan? Hal ini .....
Kerana itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Janganla korang pk macem2 plak dengan cara dia. bukannya dia takkan berkongsi masalah. tp kadang2, bila kongsi dgn anda, ia tak membantu. jadi, atas rasa tanggung jawab itulah, dia akan berusaha menyetelkan sndr. ;o) lebih2 lagi jika sebelum2 ni, dia pernah kongsi masalah, then keadaan lebih serabut bila berkongsi dgn anda. lagila si dia nak bersendirian. so, let him do it! ;o)
Sebab kedua dia diam adalah kerana dia kecik hati. % utk diam sbb kecik hati kerana orang lain adalah rendah. tapi % untuk diam jika kecik hati dgn anda adalah lebih tinggi. Anda sepatutnya mengambil ruang yang ada, utk...
1- cuba mendalami perasaan dia.
2- jgn bertanyakan bertubi2 soklan.
3- jgn berharapkan dia yang bagi solution utk dia pulih.
4- mengambil hati dia, pujuk dan do something yang dia suka.
5- anda dah kenal dia lama, so, pastinya ada perkara yang selama ni, boleh buat dia kembali normal. dan anda tak nmpk. so, anda kena cari, gali dalam2. dan apa bila anda lakukan perkara itu, Insya Allah!!! dia akan pulih.
6- jgn mendiamkan diri dan mengubah tajuk yang sedang hangat dibincangkan.
7- jangan mencurah api ke dalam minyak.( minyak kan diam... so pi curah api, awat nya! hahaha)
8- cuba elakkan melakukan double mistake. tak sempat dia nak pulih kecik hati tu, anda buat sesuatu yang dia tak suka lagi. atooiiii bahaya!!!
9- bertahan. kerana maybe kecik hati dia akan membawa ke masa yang agak lama, bergantung kepada kepandaian anda dalam memujuk. ;o)
10- dan maybe yang terakhir, cuba amik wuduk, dan solat sunat hajat. EH! knp bende ni last skali? knp tak mula2? mula2 dia lah... pastu usaha.... istiqamah dgn usaha anda..then yg ke 10 ni la tawakkal.. ;o) ok?
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami. amin. (sbb ape kami? sbb bila korang baca, tak semena-mena korang telah doakan utk diri sndr. )
JIKA INI KARYA TERAKHIRKU.... ketahuilah... setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. cuma, berkesan atau tak je.. ;o) slamat mencuba!